Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita rakyat Malaysia berhak mendapat lot tanah tapak rumah pemberian kerajaan negeri masing-masing. Setiap keluarga berhak mendapat satu lot tanah sahaja. Ini bagi orang melayu lah, orang cina dan India saya tak pasti.
Nak dijadikan cerita pada suatu hari saya pergi ke Pejabat Daerah di kawasan saya, saja tinjau-tinjau kalau ada sebutharga kelas “F” yang diiklankan dan jumpa kawan-kawan kat pejabat daerah. Walaupun saya ada lesen kelas “D” tapi saya juga buat kerja kontraktor kelas F dengan meminjam lesen kelas F dari kawan2 kontraktor. Bab pinjam lesen memang biasalah dalam dunia kontraktor. Biasalah kerja sendiri sebagai kontraktor ni kena rajin-rajin melawat pejabat-pejabat kerajaan spt Pejabat Daerah, Majlis Daerah, JKR, JPS dan sebagainya. Bukannya apa, saja nak tunjuk muka pada pegawai2 di situ supaya tak lupa call kita bila ada info penting sambil ajak dia orang minum kopi. Projek kelas F ni memang banyak, klu time banyak projek dua minggu sekali akan keluar antara 5 hingga 15 sebutharga. Itu baru satu agensi kerajaan. Jika ada 7 atau 8 agensi yang keluarkan sebutharga pada bulan itu banyak mana duit yang terpaksa dikeluarkan hanya untuk beli sebutharga. Satu sebutharga dijual dengan harga RM10.
Berbalik pada cerita tanah free tadi, kebetulan pejabat tanah juga ada di bangunan yang sama dengan pejabat daerah, maka sambil minum kopi saya terjumpa dengan member yang kerja pejabat tanah. Dia kerja sebagai S.O di pejabat tanah. Saya tak pasti S.O ini singkatan dari perkatan apa, mungkin Surveyor Officer sebab tugas dia ni adalah mengukur dan menyiasat tanah-tanah lot juga mengenalpasti sempadan tanah. Saya kenal dia ni juga dah lama 6 ~ 7 tahun dulu. Waktu tu saya nak bina jalan tanah merah ( projek dari JKR) di sebuah kampung berdekatan. Untuk mengenalpasti laluan jalan yang hendak dibina kena jumpa S.O di pejabat tanah. Dia orang akan tandakan laluannya.
Sambil minum kopi di cafe pejabat daerah saya disapa oleh S.O tadi. Tanya khabar lebih kurang, saya pun tanya dia tak ada ke tanah kosong. Sebelum ini saya tak pernah tanya pun, kerana saya dah ada rumah/tanah tapi tanah yang saya beli sendiri. Dia cakap ada satu 2 lot tanah yang masih kosong yang orang tahu belum tahu. Kalau betul nak dia suruh saya cepat2 angkat permohonan kat pejabat tanah. Dia terus ambil borang suruh saya isi dan keesokan hari nya pergi ke dapatkan chop dan tandatangan pesuruhjaya sumpah seterusnya pergi jumpa pegawai tanah yang bertauliah utk dapatkan tandatangan. Lepas tu pergi ke kaunter hasil untuk buat bayaran angkat permohonan sebanyak RM10. Lepas 2 bulan dapat surat dari pejabat tanah minta saya hadir bersama S.O bagi menentu dan mengesahkan sempadan tanah. Sekarang dah 6 bulan hanya tunggu mesyuarat exco kerajaan negeri saja. Dia orang meeting untuk mengesahkan saja . Apa-apa pun rekomen dari pejabat tanah daerah. Jika daerah kata o.k peringkat negeri pun ok jugalah.
Kawan saya S.O ni beritahu selepas mesyuarat exco nanti, pejabat tanah daerah akan hantar surat arahan bayaran premium tanah lebih kurang RM4 ~RM 6 ribu. Walaupun kena bayar tapi macam dapat percuma je kerana harga tanah di daerah tempat tinggal saya lebih kurang RM65 ~ RM75 ribu satu lot.
Jadi kesimpulannya, kita sebenarnya berhak mendapat satu lot tanah tapak rumah bagi setiap keluarga. Orang yang belum kahwin tidak layak. Dalam borang kena isi nama isteri dan anak2.














Salam…selamat hari raya aidilfitri. Tuan, sya jg berminat untuk memohon tanah kerajaan. Bleh ke sy buat permohonan rasmi utk nk tahu status “tanah yg kosong..ke main tanya je kt Pgawai tanah..senang ke nk dpt kerjasama kalu main tanya cm2…maaf, sy budak baru belajar..:)
Salam aidilfitri En. ridzuan…
Nak buat permohonan rasmi bagi individu…susah sikit dia org tk layan..lain lah jika sykt pemaju hartanah yg nk majukan tanah kerajaan. Setakat nk tahu tanah kosong lebih baik jumpa terus pegawai yg terlibat. Caranya kena survey dulu lokasi tanah yg kita agak2 kosong. Kemudian dapatkan no lot tanah yg berdekatan supaya mudah dia org nak buat semakan.
salam…. maksudnya kalau selangor ni nk kena anak selangor jugak ke? atau macam saya yang hampir 20 tahun duk kat selangor ni boleh ke mohon tanah selangor?
Salam en wan..
Ya…betul tu…dah 20 tahun menetap di selangor dah dikira anak negeri.
Saya ingin bertanya mengenai permohonan tanah ,masalahnya saya ingin membuat permohonan jni atas nama saya dan ianya telah diusahakan oleh ayah saya dengan membina kolam udang dan ayah saya telah meninggal dan dia tidak pernah membuat permohonan atas tanah ini dia telah mengusakan tanah tersebut kerana tanah tersebut bersambung dengan geran tanah miliknya dengan status tanah bendang oleh itu jika saya ingin membuat permohonan terhadap tanah ini apa kah jenis status perlu saya buat permohonan kerana pada pandangan saya saya ingin membuat permohonan tanah kampung dan tanah pertanian apakah ianya boleh. sebab saya telah pergi ke pejabat tanah tapi permohonan untuk tanah persendirian di bekukan selama 1 tahun kalau secara kelompok berapa ramaikah perlu saya sertai dalam permohonan kelompok ini.
Salam Cik Rahana..
Sebenarnya saya bukanlah org yang arif bab tanah ni..walaubagaimana pun saya cuba jawab setakat yg saya tahu.
1.Boleh mohon tanah tersebut atas nama sendiri jika Cik sudah berkeluarga…
2.Dari apa yg diceritakan saya kenalpasti tanah yg Cik maksudkan itu adalah tanah pertanian. Setiap keluarga berhak memohon 1 ekar tanah pertanian dan 1 lot (+-500m2) tapak rumah.
3.Apa yg saya tahu tanah berkelompok ni adalah dipohon oleh ramai org bagi kawasan yg luas .Saya syorkan sebelum buat permohonan tanah..jumpa dulu pegawai di pejabat tanah yg terlibat dlm pengukuran lot2 tanah…jika tk tahu cari JKKK kawasan cik dan dapatkan maklumat ….JKKK sebenarnya wakil pejabat daerah/tanah …dan mereka tahu pegawai mana yg ditugaskan di kawasan mereka.
Asslm…
Maklumat tuan benar-benar membantu saya.. saya ingin bertanya tuan, mungkin ada kriteria-kriteria pemohon yang menentukan sama ada permohonan tersebut mudah atau sukar untuk mendapat kelulusan.. Macam saya, ibu saya tidak mempunyai apa-apa harta pun dan hanya tinggal dengan anak-anak. Bolehkan beliau membuat permohonan?
Terima kasih atas bantuan tuan.
W’salam..
Sesiapa pun berhak buat permohonan asalkan dia belum pernah terima tanah dari kerajaan walaupun dia sudah ada tanah yg dibeli sendiri. Setiap rakyat malaysia melayu (bukan bumi saya tk pasti) adalah berhak mendapat satu lot tanah tapak rumah atau pun tanah pertanian.
Saya ada daftar untuk download e book tuan taoi tak ada apa-apa pun. Sebenarnya saya nak bina rumah(pondok) di kebun. Rumah asas yang ada bilik, bilik air untuksolat dan berehat.
Salam tuan tanah,
Tanah freehold ke leasehold? Di negeri mana?
Salam,
Freehold atau leasehold bergantung lokasi tanah itu. Semua negeri ada …
salam…boleh tanya pejabat daerah mana yg ada peruntukan tanah utk bumi? dan kawasan mana yg dlm pembangunan atau perancangan peruntukan tanah lg? memang dh lama berhajat tapi nilai tanah skrg terlalu tinggi..
SaLAM En Ahmad,
Maaf krn lambat jawab…
Spt artikel di atas, setiap pejabat tanah ada peruntukkan permohonan tanah oleh individu atau pemaju hartanah. Dgn cara ini kerajaan akan dapat hasil dari bayaran premium tanah yg dikenakan dan kawasan tersebut akan berkembang dari segi ekonomi atau penduduk. Perkara ini sudah lama diamalkan diseluruh negara cuma kita org biasa aje tak tahu. Datuk nenek kita dulu yg ada banyak tanah sehingga ke anak cucu sekarang ini bermula dari buka kawasan hutan dan bercucuk tanam dan terus bina kediaman masing2.
Tapi apa yg saya maksudkan di sini bukannya tanah hutan…tetapi tanah berhampiran bandar yg masih kosong yg tidak diketahui org. Tanah kosong ini mungkin terselit di antara tanah2 org kampung yg terbiar krn tanah tersebut sedikit jauh dan tiada laluan utk ke sana. Apabila kerajaan membina jalanraya berdekatan dgn kaw tersebut maka secara automatik nilai tanah di situ akan naik.
Bagaimana nk tahu ada tanah kosong?…Pergi Jabatan Ukur Negeri masing2 bhg pelan dan pemetaan. Dapatkan pelan tanah kaw yg dimaksudkan. Boleh dibeli antara RM10~RM20 . Kaw yg tidak ditandakan adalah tanah kosong. Walaubagaimanapun pelan kt Jabatan Ukur belum up todate…mungkin berdasarkan pemetaan 2 thn yang lepas.
Yg paling up todate adalah pelan yg ada kt Pejabat tanah daerah masing2. Cara paling mudah adalah mesti kenal dulu dgn org yg bekerja di pejabat tanah terutamanya yg berjawatan S.O yg kerjanya mengukur dan menyiasat tanah yg di pohon oleh orang ramai.
S.O adalah org yng paling mengetahui dimana ada tanah kosong yg boleh dipohon yg tidak terlibat dgn draf perancangan kerajaan tempatan pada masa depan. Maklumat yg diberikan adalah tepat tapi bukan percuma. Jika bersetuju mereka akan tunjukkan dan perlu beri sedikit saguhati di atas maklumat tersebut lalu mereka akan tolong tunjukkan cara bagaimana nak buat permohonan dan isi borang. Boleh call diorang tanya status permohonan dari masa ke semasa.
As-salam.
S.O adalah org yng paling mengetahui dimana ada tanah kosong yg boleh dipohon yg tidak terlibat dgn draf perancangan kerajaan tempatan pada masa depan. Maklumat yg diberikan adalah tepat tapi bukan percuma. Jika bersetuju mereka akan tunjukkan dan perlu beri sedikit saguhati di atas maklumat tersebut lalu mereka akan tolong tunjukkan cara bagaimana nak buat permohonan dan isi borang. Boleh call diorang tanya status permohonan dari masa ke semasa.
Merujuk kpd jwpn KC kpd En. Ahmad,
S1: saguhati yg dimaksudkan adalah bayaran ‘under table’ ke?
S2: Sekiranya kita tidak mahu membuat bayaran maka S.O tidak akan membantu?
S3: tanpa S.O. bagaimana bole sy memohon tanah utk tujuan kediaman sendiri.
Sy ucapkan tahniah krn Kontraktor Cyber membantu kami org2 biasa dlm bab2 pembinaan rumah ini. Sy pun baru jumpa website KC ni. memang berguna utk pengetahuan.
W’salam Putri Manjalara…
S1: Ini bukan wang under table….ia adalah saguhati krn memberikan maklumat dan mengajar cara2 nk buat permohonan. Ia sebenarnya bukan kerja mereka. Tugas SO adalah menyiasat ,mengenalpasti megesahkan dll berkaitan status permohonan tanah oleh org awam setelah mendapat arahan dari ketua mereka. Oleh itu mereka sangat arif di mana terdapat tanah kosong yg boleh di pohon. Maklumat inilah yg org mahukan…jika kita lambat mungkin terlepas ke org lain. Jika nk cari sendiri pun boleh tp byk masa terbuang turun naik pejabat cuma nk sahkan yg tanah kita pohon tu kosong atau tk.
S2: Sebenarnya pd peringkat awal SO dan kita tk ada kena-mengena. Bila fail permohonan CIK/PUAN sampai ke meja dia org selepas melalui beberapa peringkat penyemakan di pejabat barulah mereka akan panggil CIK/PUAN utk hadir semasa site visit tanah tersebut utk pengesahan dan buat pengukuran lebih kurang.
S3:CIK/PUAN boleh memohon tanah tanpa S.O. Caranya pergi pejabat dan ambilborang. Setelah lengkap serah balik bersama bayaran +- RM10 sebagai bayaran utk proses permohonan. Kemudian tunggu surat samada tanah tersebut boleh dipohon atau tk. Jika tk boleh di pohon kena cari lagi tanah kosong dan submit borang permohonan.