Ciri-Ciri Utama Sebelum Membeli Rumah

Apabila kita hendak membeli atau membina sesebuah rumah, di antara perkara paling utama yang mesti difikirkan adalah seperti berikut:-

Harga

Keluasan

Rekabentuk

Lokasi

Kualiti

Kesemua ciri-ciri di atas adalah berkait rapat antara satu sama lain.

 

Harga bagi sesebuah adalah berbeza-mengikut lokasi. Bagi rumah yang sama yang dibina di Kuala Lumpur atau Selangor lebih mahal harganya berbanding model yang sama jika dibina di Kuantan. Ini adalah disebabkan harga tanah di Kuala Lumpur lebih tinggi. Harga rumah juga bergantung kepada keluasan rumah/tanah, rekabentuk dan juga kualiti. Dalam laman web ini saya akan menyentuh soal kualiti dalam sektor binaan/perumahan. Harga, keluasan, reka bentuk dan lokasi adalah bergantung kepada anda sendiri. Kalau anda mahu rumah besar sudah mestilah ianya lebih mahal. Begitu juga dengan rekabentuk dan lokasi adalah terpulang kepada anda sendiri yang membuat pilihan. Semua orang ada cita rasa tersendiri dan berbeza-beza. Ada orang suka rumah teres 2 tingkat. Orang lain pula suka rumah berkembar atau semi-D. Ada yang suka kediaman mereka jauh dari kesibukan bandar walaupun jauh ke tempat kerja. Tetapi dalam soal kualiti mereka tidak boleh buat pilihan kerana mereka tidak nampak atau merasai kualiti itu. Mereka yang bukan pakar dalam bidang binaan tidak dapat menilai sesebuah rumah itu dibina mengikut spesikasi ataupun tidak. Rumah yang tidak berkualiti akan cepat rosak seperti dinding akan retak terutamanya tempat yang ada tiang, frame tingkap/pintu dan roof beam. Rumah yang nampak cantik luarannya tidak semestinya berkualiti. Dinding, lantai atau jubin lantai/dinding nampak cantik adalah kerana workmanship. Workmanship adalah tahap kemahiran seseorang tukang itu dalam bidang masing. Tukang plaster yang mahir dan berpengalaman akan dapat memberikan hasil yang baik pada dinding atau lantai. Dinding akan kelihatan sama atau sekata. Plaster di dinding adalah campuran pasir halus+simen+kapor. Jika terlebih kapor, plaster dinding lama kelamaan akan terdapat retak-retak. Jika kurang kapor pula, plasterer susah hendak meletakkan bahan plaster itu ke dinding dan hasilnya kurang cantik dan kemas.

 

Posted in Uncategorized.

2 Comments

  1. Saya tinggal di sebuah rumah apartment…setelah 2 tahun mendiami rumah tu, terdapat air menitis dari beam(siling) dapur rumah saya. Setelah saya teliti dari mana datangnya air itu, ia bukan keluar dari retakan beam, tetapi dari liang2 konkrit pada beam itu…berdasarkan pihak maintainance apartment, mereka mengatakan paip untuk sinki dapur yang tertanam di lantai rumah di tingkat atas bocor…soalan saya adalah, sekiranya mengikut undang2, adakah pihak maintainence apartment akan menanggung kos pembaikan kebocoran tersebut atau saya yang perlu tanggung?

    • Salam mileh….
      Sebenarnya ini bab undang2….saya kurang arif…lagipun ianya bergantung kpd isi kandungan perjanjian jualbeli apartment tersebut antara en dan pemaju. Pada pendapat saya kos pembaikan adalah perlu ditanggung oleh pihak maintainence apartment tersebut. Lagi pula kebocoran paip bukannya berlaku di apartment en. tetapi di apartment pemilik lain di tingkat atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

301 Moved Permanently

Moved Permanently

The document has moved here.