Bina Rumah Anda

BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Bina sendiri rumah anda-  Apa yang saya maksudkan di sini ialah  mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Bagituan/puan yang ada tanah dan bercadang membina rumah, maka adalah lebih baik anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ianya sangat menjimatkan berbanding melantik kontraktor membina rumah anda.

Adakah anda tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh seseorang kontraktor apabila menyiapkan sesebuah rumah. Pada kebiasaanya harga rumah dikira mengikut keluasannya. Contohnya  bagi sebuah rumah bungalow satu tingkat yang sederhana dari segi rekabentuk  dengan keluasan 1600ka2 dan berharga RM200 ribu, maka keuntungan yang diperolehi dianggarkan 1/3 dari RM200k iaitu lebih kurang RM66 ribu. Ini upah bina rumah sahaja. Jika anda membeli rumah yang sudah siap sepenuhnya sekali dengan tanah tapak rumah maka keuntungan kontraktor makin bertambah iaitu daripada jualan tanah tapak rumah tersebut. Cuba anda bayangkan berapa banyak anda dapat jimatkan wang jika anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ini belum diambil kira lagi jika kontraktor itu seorang yang tidak berapa jujur. Anda mesti ingat bahawa seseorang kontraktor akan memaksimakan keuntungan  yang ingin diperolehi hasil pembinaan sesebuah rumah itu. Jika anda tidak berapa tahu tentang selok-belok bidang binaan rumah seperti membaca pelan rumah, peringkat-peringkat  pembinaan,kualiti  bahan-bahan binaan, workmanship  dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan maka anda dengan mudah ditipu oleh kontraktor.

Mengurus sendiri pembinaan rumah anda bukan bermakna anda kena membuat sendiri kerja-kerja bina rumah anda. Tugas anda adalah sama dengan kontraktor yang membina rumah iaitu:-

  1. Berurusan sendiri dengan pelukis pelan
  2. Membuat permohonan kelulusan pelan
  3. Mencari tukang
  4. Mengurus pembelian bahan-bahan binaan
  5. Membayar gaji pekerja (hanya berurusan dgn tukang)
  6. Berurusan dengan pihak berkuasa tempatan

Adakah tugas-tugas di atas susah  atau tiada masa bagi anda. Saya dapati banyak penjawat-penjawat awam seperti mereka yang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan, guru-guru terlibat dalam bidang binaan rumah. Dengan kata lain membina rumah kemudian jual. Untungnya berganda-ganda. Mereka-mereka ini bermula dengan membina satu dua buah rumah kemudian jual. Bila dapat untung lebih sedikit campur dengan duit simpinan mereka kemudian beli tanah dan terus pecah lot menjadikan lot-lot tapak rumah. Satu ekar tanah dapat dipecah menjadi 6 atau 7 lot. Sebahagian lot-lot ini kemungkinan dijual untuk mendapatkan modal bagi membina rumah di lot-lot tanah yang selebihnya. Rumah dibina kemudian dijual lagi dan begitulah seterusnya. Mereka-mereka ini secara tidak langsung adalah pemaju dan juga kontraktor.  Kalau anda ada duit dan ada tanah anda pun boleh menjadi seperti mereka. Jangan biarkan duit anda beku saja di dalam bank. Cair dan kembangkan ekonomi anda. Kalau anda tidak berapa faham tentang bidang binaan rumah…Dapatkan  e-book [wpPopWizard item_id=pop_tooltip clickthru=http://bina-rumah.com/info/home.php newwindow=yes ]PANDUAN LENGKAP –BINA SENDIRI RUMAH ANDA[/wpPopWizard] Dalam ebook ini saya akan lebih tekankan kepada soal-soal pengurusan dan hal-hal teknikal yang patut anda tahu.

 

Kadar harga semasa yang diguna pakai oleh kontraktor bina rumah adalah antara RM110 ~ RM130/ka2 buat masa ini tahun 2011. Kadar harga ini adalah termasuk upah pekerja, bahan binaan,  system pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja. Bagi Bandar besar ataupun rekabentuk yg rumit menjadikan kadar harganya melebihi RM130/ka2.

Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 ka persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-

1500 x RM110 = RM165,000

Pada asasnya kos pembinaan bagi sesebuah rumah adalah terbahagi kepada perkara berikut:-

 

 

Ini bermakna keuntungan kontraktor tersebut adalah sebanyak RM 52,800. Bayangkan duit jika anda sebanyak ini diberikan kepada kontraktor, tetapi kita semua tidak merasainya kerana duit sebanyak ini diserahkan secara berperingkat-peringkat melalui bank tempat anda membuat pinjaman perumahan. Kos pengurusan adalah kecil bermakna kerja mengurus pembinaan rumah bukanlah susah seperti kebanyakan orang fikirkan kerana ia boleh dilakukan seorang diri saja. Sebab itulah seorang kontraktor rumah boleh mengurus kerja-kerja pembinaan bagi 4 atau 5 buah rumah dalam satu masa. Kos pengurusan ini adalah tanggungjawab kontraktor tersebut dan bukannya pemilik rumah. Maka keuntungan yang diperolehi adalah bersih.

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Ebook Bina sendiri rumah anda (teknikal)

Ebook Rahsia pengurusan kontraktor (pengurusan)

Percuma Pelan rumah bungalow atau semi D

http://bina-rumah.com/info/home.php

ISI KANDUNGAN Ebook ” Membina Sendiri Rumah Anda”

Pengenalan

Memahami pelan rumah

Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.

Penyediaan pelan rumah

Memohon kelulusan pelan

Melantik tukang rumah

Peringkat-peringkat pembinaan

- Mengenal pasti sempadan tanah anda
– Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
– Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.
– Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
– Kerja-kerja membina tapak asas
– Membina grd. Beam
– Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit
– Tiang- tetulang, formwork dan konkrit
– Lantai konkrit
– Roof beam
– Dinding bata
– Plaster / melepa
– Bumbung
– Kerja kemasan
– Kemasan lantai
– Cara memasang jubin lantai
– Jubin dinding
– Kerja mengecat

Mengurus pembelian bahan binaan

Mendapatkan bekalan air dan letrik.

Kualiti binaan

Mendapatkan sjil layak mendudukki ( CF )

 

MASALAH MEMILIKI RUMAH SENDIRI BERIKUTAN HARGA RUMAH YANG MELONJAKAN NAIK 2011

MODEL KAPAL LAYAR

MODEL KAPAL LAYAR INI ADALAH

DIILHAMKAN DARI SAYA SENDIRI

BERDASARKAN REKABENTUK YANG

TERDAPAT PADA KAPAL LAYAR

KURUN KE 18.

model kapal layar

model kapal layar

 

 

 

“DAPATKAN KAEDAH PENYELESAIAN”

PERCUMA!!!!

 

RUMAH MESRA RAKYAT

BORANG PERMOHONAN PELAN RUMAH

SETIAP KELUARGA  BERHAK MENDAPAT TANAH DARI KERAJAAN

TIPS MEMILIH KERJAYA DALAM BIDANG BINAAN

MY ART GALLERY

BAIKI KEROSAKKAN RUMAH

TAKE OFF QUANTITIES

TABUNG HAJI ONLINE

HARGA RUMAH BARU MENINGKAT 20% – 26 Sept 2011 (Utusan Online)

Comments

  1. Abdul Rahman says:

    Salam En. Fatah,
    Saya ada transfer RM50 ke akun Bank Islam encik utk pembelian e-book Bina Sendiri Rumah Anda pada 03/09/2012 jam 10:10 pagi.

    TK.

  2. wan says:

    Salam Tuan,

    Saya baru memiliki ebook berkaitan, ianya amat mudah difahami oleh orang seperti saya yang baru berjinak-jinak untuk membina rumah sendiri. Walaubagaimanapun, saya ada beberapa soalan yang saya harap Tuan dapat memberi sedikit tunjuk-ajar dan pandangan.

    Saya memiliki lot banglo yang bersaiz 8400 kaki persegi (i.e 140 sft x 60sft). Saya bercadang untuk mendirikan 4 buah rumah ‘Double Storey Semi-d Cluster’ (dimana bahagian belakang unit rumah tersebut bercantum dengan unit yang belakang disamping bercantum dengan unit yang sebelah tepi).

    Saiz tanah setiap unit Semi-D Cluster tersebut ialah 70ft x 30ft, manakala saiz rumah ialah 45ft x 20ft dan saya bercadang untuk menjual unit tersebut. Jarak antara dinding tepi setiap rumah dengan pagar ialah 10ft manakala jarak dinding depan dengan pagar rumah ialah 20ft. Sementara bahagian belakang setiap unit bercantum antara unit depan dan belakang.

    Soalan saya,

    1) Adakah saiz rumah tersebut menepati kehendak pihak berkuasa tempatan?

    2) Adakah saya perlu memecahkan lot asal saya kepada 4 bahagian dahulu baru saya boleh menjual lot-lot semi-d tersebut?

    3) Bolehkah saya membina ke empat-empat unit tersebut di atas 1 lot geran banglo, selepas dah siap baru saya pecahkan lotnya?

    4) Apakah cara yang terbaik dah mudah untuk melakukan perkara yang diinginkan seperti diatas,

    Mohon tunjukajar tuan. Sekian

    Wasalam

    Wan

    • Salam wan….

      Sebagai kontraktor saya bukanlah org yg arif bagi kerja2 pre-construction spt bab tanah dan design rumah…pihak yg lebih arif adalah arkitek. Walaubagaimanapun saya cuba jawab berdasarkan pengetahuan/pengalaman yg ada.

      1.Saiz rumah 45ft x 20ft memang bersesuaian.
      2.Ya…perlu pecah lot terlebih dahulu sebelum jual.
      3.Saya kurang pasti…perlu rujuk arkitek….jika boleh sekalipun saya perlu buat submission kelulusan pelan lagi sekali bagi keempat2 lot individu.
      4.Cara yg terbaik adalah cara biasa….iaitu pecah lot dulu…kemudian prepare drawing dan buat submission ke majlis daerah.

      Double storey Semi-D cluster

  3. mdradzi says:

    baru jumpa website bina rumah sendiri.Tapi saya juga telah sipa bina rumah.Alhamdulillah sudah duduk sekarang.Kos saya cuma 270K sahaja dengan keluasan 4850 kaki persegi.Agak berbaloi juga urus bina rumah sendiri.Banyak kawan-kawan tak percaya harga kos tersebut.kebanyakkan kata tak kurang 500k baru boleh siap.
    Tapi pengalaman buat rumah urus sendiri ini memang menarik…….saya sedia berkongsi dengan kawan-kawan yang merancang bina rumah.

    • Salam En mdradzi…
      Syabas….krn berjaya mengurus sendiri pembinaan rumah…jika ikut harga kontraktor memang +- RM500k. Lebih 30% en dapat jimatkan kos. Saya mengalu-alukan en berkongsi pengalaman dgn kawan2 di blog saya ni.

      Terimakasih..
      Wassalam

    • wan says:

      salam en madrazi,

      Saya tertarik dgn kejayaan sdr membina rumah sendiri. Saya berhasrat untuk menimba pengalaman dari sdr. Saya harap dpt berhubung dgn saudara. no hp saya 0192181447. Terima kasih

    • Ajak says:

      En Radzi, sudilah kiranya berkongsi dengan kami. Jimat banyak tu kalau rumah seluas tu hanya dengan 270K kosnya.

    • akmar says:

      as salam…

      boleh tunjuk ajar saya …

      saya nak guna loan gomen macam mana kalau nak proceed utk payment dari gomen…

    • Asmah says:

      salam En Radzi, saya tertarik utk berkongsi pengalaman tuan di dalam membina rumah sendiri. harap dpt berkongsi tip2 yang patut saya tahu. Plan rumah saya berkelulusan 2100 kaki persegi baru siap, dan saya tengah mengumpul sebanyak mana info yg ada sebelum saya melantik tukang rumah dan berurusan dengan pembekal bahan2 utama. dan saya cuba berjimat bajet yang ada iaitu di bawah rm170k (tanpa pagar) sahaja utk keluasan rumah tersebut. tetapi ada juga pihak yang agak sarcastic dgn keputusan saya membina rumah sendiri ini dan menjangka kos akan mudah meningkat nnt.

      Tip2 dn guideline dari orang yang lebih arif dan berpengalaman sendiri amatlah dihargai.

  4. Ina says:

    Salam Tuan,
    Saya ada transfer RM50 ke akun CIMB tuan utk pembelian e-book Bina Sendiri Rumah Anda pada 12/08/2012 jam 02:12 pagi.

    TK.

  5. RAZIS says:

    En Kontraktor..
    Saya plan nak buat rumah sendiri (Build Up 2000s.f) & cari tukang sendiri (Pinjam Lesen Kontraktor)
    Terdpt Kemusykilan ttg kos :
    1) Kos Pelukis Pelan/RC/Submission to Majlis Tempatan
    2)Kos Lawyer
    3)Kos Bayar Pelukis Pelan/Arkitek – utk proses progress claim dri Pihak Pinjaman Perumahan

    Selepas dibuat survey dgn pihak2 yang berkenaan….total kos tersebut boleh tahan jugak banyaknya…
    Kos tersebut melebihi 4% dri KOS PENGURUSAN sebagaimana yang diterangkan oleh En Kontraktor…

    Harap mendapat maklumat lanjut….berapakah anggaran RM terlibat utk urusan tersebut..
    TQ

    • Salam En Razis….

      1) Kos Pelukis Pelan/RC/Submission to Majlis Tempatan
      keluasan lantai x kadar harga (+- RM1.50/ft2)
      cth : 2000ft2 x 1.50 = RM3000

      2)Kos Lawyer = +- 2% x jumlah pinjaman

      3)Kos Bayar Pelukis Pelan/Arkitek – utk proses progress claim dri Pihak Pinjaman Perumahan
      – Jika loan kerajaan = tiada bayaran krn progress ditentukan oleh wakil penilai kerajaan.
      – Jika loan bank = progress ditentukan oleh Pelukis Pelan/Arkitek . Bayaran sekitar RM200 ~ RM250 setiap kali claim.

      Note: Jika guna modal sendiri kos 2 & 3 boleh diabaikan.

  6. Hairul says:
  7. badrul says:

    kalau bina rumah guna loan dan nilai atas construction agrrement lebih dari 200K, kena pinjam lesen kontraktor kelas yg lebih tinggi, atau boleh juga guna lesen kelas F?

  8. badrul says:

    Salam Tuan, saya dah baca ebook Tuan tapi ada 2 perkara masih bermain di kepala saya ni:

    1. Takut tukang rumah yang tidak jujur. Contohnya, simen dan 50 beg jer tapi dia order 80 beg, 30 beg dia songlap senyap2. Atau dia betul order 50 beg tapi songlap 30 beg dari stor dan kata simen tu dicuri orang.

    2. Tukang rumah ngan kuli-kuli buat kerja sambil lewa. Duit upah yang keluar tak berbaloi dengan progress.

    Anyway, saya masih menaruh harapan bahawa tukang2 rumah jujur kebanyakannya.

  9. shafiq says:

    salam tuan.saya telah transfer rm50 ke dalam akaun maybank tuan pada 21.07.2012 pada jam 16.20.
    reference number is 1665760996.
    harap boleh send ebook tersebut ASAP.
    tqvm

  10. ROZAIDI says:

    salam tuan, saya dah download document tp xbuleh buka. laptop saya dah ada win rar & adobe reader. hrp dpt perhatian dr tuan.

  11. ROZAIDI says:

    saya dah transfer online RM50 utk pembelian buku tuan.

  12. eida says:

    salam tuan,..
    Boleh tak tuan nyatakan harga kos bahan sahaja untuk membina rumah anggaran 22 x 30 kaki persegi?
    caculator yang tuan bg tu untuk kira anggaran kos upah… tq

  13. faizal says:

    Assalamualaikum encik…saya nak tanya berkenaan dengan tukang rumah yg membuat kerja2 renovate dan membuat rumah baru….ramai yang saya jumpa harga yang diaorg letak untuk upah sahaja bagi kerja2 penambahan dapur dan membuat sebiji rumah baru rata2 nya memberi harga 1 kaki persegi=rm60…..adakah harga 1 kaki tersebut memang harga sekarang?atau ada lagi rate harga rm20-rm25 seperti yg encik cakap?

  14. kamarul says:

    salam tuan..
    berapakah anggaran harga bhn binaan utk keluasan 1155 kaki persegi. utk rumah batu. tq.

  15. Ibrahim says:

    Salam. Saya telah membaca sekali imbas e book tersebut dan ingin mendapat bimbingan dari pihak tuan dalam masalah menentukan peratusan kerja yang telah dibuat oleh tukang rumah.
    Apakah ada panduan umum yang diguna pakai oleh pihak JKR atau pihak tuan sendiri bagaimana hendak menentukan peratusan kerja tersebut supaya kita tidak terlebih bayar kepada tukang rumah. Sering menjadi masaalah apabila kita sudah terlebih bayar dari peratusan kerja , tukang rumah cabut lari dan sebagainya.

    2. Sekiranya tuan ada contoh surat perjajanjian antara pemilik dan tukang rumah yang dilantik amat dihargai..

    TK

    Mohon tuan menjelaskan perkara ini . Terima kasih

  16. bayti says:

    1.saya ingin membina sebuah rumah banglo atas tanah berkeluasan 40×80. anggaran harga dalam lingkungan rm 150k. Boleh x dapat 4 bilik,3bilik air?

  17. IDA says:

    Salam uan..
    Saya ingin membina rumah banglo 11/2 tingkat…keluasan bangunan 2200ft3 tidak termasuk porch n terrace…kami hanya ckp kepada arkitek dran plan dgn harga RM300 K…adakah 2200ft3 itu sesuai dgn RM300K atau kami akan kerugiaan yang amat besr..kos rm300k tidak termasuk grill ,lampu n etc…..minta bantuan dan tunjuk ajar..
    ‘wasalam

  18. yusof says:

    salam, saya bercadang untuk renovate rumah jenis semi D setingkat menggunakan loan kerajaan. Saya dah panggil tukang untuk dapatkan sebut harga. Masalahnya tukang ni tak biasa uruskan loan kerajaan. Harap tuan dapat terangkan cara2 nak mohon loan kerajaan bermula dari quotation hinggalah rumah siap dibina. Untuk mohon loan dengan majikan(kerajaan) sy dah faham cuma proses dengan majlis daerah dll yg saya tak jelas..terima kasih.

    • Salam En Yusuf…

      Memanglah tukang rumah tk tahu urusan buat loan krn ini bukan kerja mereka. Ini adalah urusan pemilik rumah sendiri atau pemaju yg hendak jual rumah mereka boleh uruskan. Urusan dgn majlis daerah En perlu jumpa pelukis pelan atau arkitek (fee utk arkitek lebih mahal)

  19. Nasir says:

    salam tuan,
    saya dah beli ebook tuan dan mendapat ilmu yang sangat bermanfaat. Bisnes saya adalah membeli tanah dan jual secara lot. Alhamdulillah sangat menuntungkan. Selepas baca ebook tuan, saya bercadang pulak nak jadi pemaju perumahan tetapi dengan cara lain sikit. Saya pelan nak jual lot rumah tetapi dengan khidmat membuat rumah sekaligus untuk pembeli. Design akan saya beri pilihan dalam 10 jenis rumah, mereka pilih tanah lot, seterusnya pilih design dan saya akan mula buat. Soalan saya:
    i) Idea tu boleh pakai tak? pernah ker tuan buat atau sesiapa yang tuan kenal buat macamtu?
    ii) Target, dapat bina dan jual dalam 5 buah setahun pun ok.

    terima kasih.

    • Salam En Nasir…

      Maaf krn lambat respond….ada kerja kt luar.
      Terimakasih krn beli ebook saya.

      1. Memang bagus idea tu dan org yang ada modal besar serta ada sedikit ilmu binaan/hartanah memang akan buat begini krn untungnya berganda2. Saya tk pernah buat tapi saya tahu kaedahnya..
      2. Setakat nk sara hidup setahun dapat jual 2 rumah dah cukup…

  20. mr zul says:

    saya bercadang untuk melantik kontrak membina ruang tempat letak kereta dengan keluasan 26 x 31 kaki. jarak tiang penjuru hujung ke hujung 22×28 kaki. persoalannya saya inginkan 4 tiang sahaja tanpa tiang tengah. adakah selamat untuk membina roof beam direct hujung ke hujung tanpa tiang tengah. adakah ianya tahan dan apakah saiz atau binaan yg sesuai. yg terakhir saya ingin tahu berapa kaki panjang bagi standard roof beam.

    mohon bantuan info

  21. aliessa says:

    nak tanya…adakah berpatutan upah buat rumah rm66.00×1 kaki persegi di kawasan kampung?adakah pengiraan utk keluasan parking kereta sama??kerana dlm plan binaan parking lot hanya lantai dan bumbung sahaja..ada kos penambahan x kalau nk letak
    bathtab di bilik mandi utama?

  22. sham says:

    saya ingin membina tembok tebing rumah saya berbentuk L. anggaran 70×70 dengan tinggi 30 kaki. pembinaan tembok ini sy ingin gunakan batu sungai yang besar, yang selalu digunakan untuk mikat tebing. berapakah jumlah kos tersebut jika saya melantik kontraktor?

  23. Iza says:

    Assalamualaikum.
    En. Azim, sy Dlm proses mndapat kelulusan pelan rumah. Mslh timbul apabila pelan direject Indah Water. Sy diminta kemukakan pelan pembangunan tnh. Boleh saya tahu apa punca IWK reject pelan rumah sy? Apa pula mksud pelan pembangunan tanah tu? ..tq

    • Salam Iza…

      Sebagai kontraktor saya kurang arif bab kelulusan pelan ni….pihak yg lebih arif adalah pelukis pelan dan arkitek. Apa yg saya tahu IWK hanya semak pelan pembetungan rumah (septik tank, sewerage system ) sahaja. Pelan pembangunan tanah tiada kena mengena dgn IWK. Kemungkinan yg dimaksudkan adalah surat kelulusan dari Jabatan Perancang bandar dan wilayah berkenaan dgn pelan pembangunan tanah di kaw tanah tapak rumah puan.

  24. Rozi says:

    Salam kontraktor cyber. Saya ingin bertanya jika saya ingin bina rumah, adakah jumlah bilik air mempengaruhi kos bina rumah? T.kasih

  25. ros says:

    Salam tuan.
    Ada beberapa soalan.
    Lot tanah saya rata di atas bukit, beli dari pemaju, dah siap infra. Cumanya, lot-lot rata ini disusun melandai ke bawah (cerun landai). Tanah lot kanan saya lebih tinggi 4 kaki, manakala lot jiran kiri rendah 4 kaki dari lot saya. Tanah baru dibuka, kerja infra dan jalan telah selesai. Belum ada rumah dibina. Saya cadang nak bina rumah dalam 2 bulan lagi. Plan hampir submit.
    1) Banyakkah beza kos bina retaining rubble wall & juga RC wall untuk total panjang kiri & kanan 200kaki?
    2) RC atau rubble wall lebih baik/kukuh?
    3) Boleh ke ajak bakal jiran kongsi kos bina retaining wall?
    4) Skiranya bukan kebiasaan org berkongsi kos, retaining sebelah mana yg memang tanggungan saya?

    Harap tuan dapat beri pendapat. Berbanyak terima kasih.

    • Salam Puan ros
      1. Minta maaf saya tk pasti kos RC wall atau Rubble wall…..sejak jadi kontraktor saya belum pernah bina…kaedah pembinaannya saya tahulah..
      2.RC wall lebih kukuh
      3.Sepatutnya memang kongsi kedua belah jiran….tapi masalahnya jika jiran tu belum bercadang nk bina rumah dlm masa terdekat, ..mungkin dia buat tk tahu je.

  26. Amir says:

    Salam,

    1. Saiz rumah banglo setingkat 1800/ka, tanah sendiri kwsn kg di Kuala Terengganu, ikut kalkulator kos bina sendiri RM130K, jika lantik kontraktor RM180K. Saya akan bt pinjaman kerajaan 200K dan ingin bina sendiri, dibimbangi wang tidak mencukupi untuk bina rumah saiz ini. Apakah perkiraan ini benar ?

    2. Kalau bina rumah diluar kawasan pentadbiran Majlis Daerah ianya tidak memerlukan pelan, tp utk membina rumah dengan wang pinjaman kerajaan ianya memerlukan pelan yg diluluskan walaupun diluar kawasan yg dimaksudkan. Brpkh kos pelan rumah banglo setingkat bersaiz tersebut ?

    3. Brp lama sah pelan rumah banglo tersebut jika ianya masih tidak dibina dalam tempoh 3-5 tahun ?

    • Salam En amir…

      1. Anggaran kos ini 95% tepat…..takde siapa yg boleh kira dgn tepat kerana ianya berkait rapat dgn cara pengurusan, pembaziran dan kenaikkan bahan binaan serta harga tukang/kontraktor. Kos sebenar mungkin 5% rendah atau tinggi dari anggaran kos tersebut. Pinjam RM200k memang mencukupi.
      2. Harga sekitar RM1.30 ~ RM1.50/ka2 termasuk submission dan pelan struktur.
      3. Rumah perlu dibina dlm masa 2 tahun dar tarikh diluluskan.

  27. maryam says:

    salam encik,

    saya bercadang nak bina rumah batu (rumah sewa) di belakang rumah mak saya di kampung, mak saya memberi cadangan kos sebanyak rm60 000 dapat 3 bilik yang sempit, tetapi kos rm100 000 dapat bilik yang luas.

    bila rumah tu siap, sewa bulanan yg saya akan dapat adalah rm500. kadar bayaran bulanan bg pinjaman rm60k adalah rm438 manakala rm100k adalah rm789 (selama 15 tahun)

    saya keliru mahu buat pinjaman brapa sebab tak tahu sangat pasal keuntungan rumah sewa ni. Ditambah lagi, kemungkinan apabila saya tua nanti, saya ada hajat nak tinggal di rumah tu. Harap encik bagi nasihat. terima kasih.

    • Salam Cik maryam…

      Membina rumah tak rugi malah menguntungkan dlm jangka masa panjang. Saya cadangkan pinjam RM100k utk dapatkan bilik yg luas. Boleh bagi sewa lebih tinggi dari RM500….perlu tambah sikit lagi utk settle pinjaman bulan2. Perlu diingat harga rumah/sewa rumah selalu naik setiap tahun dan tk pernah turun. Mungkin 5 tahun lagi sewa rumah di sekitar daerah cik naik ke RM700 ~ RM800 sebulan dan boleh buat bayar pinjaman. Secara kasarnya jika sentiasa ada org sewa…maka perlu susah2 nk bayar pinjaman.

  28. taufik says:

    Salam…Tn KontraktorCyber

    Berapa kos jika saya bina sendiri rumah di Terengganu mengikut pelan yg tuan berikan bersama ebook tu, kos utk rumah setingkat dan 2 tingkat.

    Tk.
    Wassalam.

  29. Salam shidah…
    Utk lantai sekitar RM1.30 ~ RM1.50/ka2. Utk dinding tambahkan 20 ~30 sen/ka2. Utk bilik air/tandas biasanya guna harga pukal/lumpsum. Bagi bilik air/tandas Keluasan yg biasa harga sekitar RM500 ~ RM600

  30. syukri.othman says:

    Assalam Tn,
    Terima kasih di atas jawapn2 di atas.. kerana ianya membantu semua yg inginkan mendirikan rumah… Saya msh dlm perancngan utk beli tanah di Buki Damar, Dengkil yang berhampiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya, tanah adalah bekas ladang kelapa sawit.. Adakah perlu meracun anai2 sebelum buat rumah dan berapa anggaran kos pembinaan banglo 2 tingkat di kawasan berkenaan jika keluasan binaan 40′x80′ ? Susah zaman skrg cari kontraktor yang jujur dari segi harga dan kualiti pembinaan..

    • W’salam En syukri.othman…

      Bagi kaw biasa bukan ladang kelapa sawit, racun anai2 (anti termite) disembur selepas siap footing dan sekali lagi selepas siap grd beam. Bagi kaw ladang kelapa sawit memang sepatutnya gunakan racun anai2 lebih banyak lagi…terutamanya selepas kerja2 penggalian dan pastikan akar2 pokok yg tertanam dibuang. Utk anggaran kos sila klik link ini :http://bina-rumah.com/wp/pengiraan-kos-bina-rumah-dan-kos-bahan/ Jumlahkan keluasan tingkat bawah dan atas.

  31. bb says:

    Salam en.

    Sy ada satu pertanyaan. Tanah keluasan 70×80 kaki bagaimana keluasan rumah?

    • Salam bb…

      Utk mengetahui ukuran maksima yg boleh dibina sila ikut panduan building by law..undang2 kecil bangunan seragam:-
      1. Jarak dinding rumah dgn sempadan tanah perlu ada minima 10ka. bagi sebelah tepi kiri/kanan dan sebelah belakang.
      2. Bahagian hadapan minima 20ka jarak antara dinding rumah dengan sempadan tanah.
      2.Tanah corner lot – sebelah tepi yang menghadap ke jalan bersebelahan minima 20ka.

  32. june says:

    en sifu;

    saya plan utk buat rumah dlm masa terdekat ni, cuma nak tau;

    1. tanah saya berkelusan 721mps,di tambun 5-6ft tahun lepas, ade chances tak tanah tu akan turun bila dah bina rumah nanti?

    2. ape itu pelan rakit?

    • Salam june…

      1. Tanah tambun ambil masa 2 tahun utk stabil…..Tanah Cik memang dah stabil tk akan turun lagi…
      2. Bukan pelan rakit tapi asas rakit….atau raft foundation yg dibina keseluruhan build area rumah . Rumah di Malaysia biasanya guna pad foundation yg hanya tertumpu pada tiang saja.

  33. hafiz khairuddin says:

    Salam..saya nak beli buku. Nak beli cod dgn tuan. Sms saya alamat yer 016-3553020

    • Salam En hafiz khairuddin…

      Ebookl ini bukan berbentuk fizikal tapi digital yg boleh di download ke komputer En melalui link download yg akan diberikan via email setelah transaksi pembayaran disahkan dlm masa 24jam.

  34. nazri says:

    salam..
    untuk mendapatkan panduan…sy bercadang membina rumah 2 tingkat di atas tanah sendiri berkeluasan 1 ekar.
    1. Budget RM300k.
    2. berapa keluasan rumah yang sesuai dengan 7 bilik – bilik utama, bilik tetamu bilik bacaan dan bilik anak2
    terima kasih..

    • Salam En Nazri…

      Keluasan rumah adalah bergantung kpd keluasan bilik/ruang yg En kehendakki dan budget yg ada. Utk anggaran keluasan rumah berdasarkan budget sila klik link ini : http://bina-rumah.com/wp/pengiraan-kos-bina-rumah-dan-kos-bahan/

      Dari keluasan rumah ini En perlu buat lakaran layout dan tentukan sendiri keluasan bilik2 yg en inginkan tapi jumlah luas semua bilik/ruang tidak melebihi keluasan rumah. Sbg panduan ukuran bilik paling minima yg dibenarkan adalah 8ka x 10ka.

  35. Latiff Kadir says:

    Salam,

    Saya ingin kepastian unit ukuran yg diguna dalam plan tanah.
    Saya ditawar tanah 2 ekar. Dalam plan tanah (dari jabatan Tanah), bidang tanah itu lot empat persegi 400×500 kaki seperti yg saya dimaklumkan.

    400 x 500 = 200 000 kakipersegi = 4.6 ekar

    Sebarang bantuan sangat dihargai

    • Salam En Latiff Kadir…

      -Jika pelan lama unit ukuran dlm rantai…..keluasan dlm ekar atau hektar
      -Pelan baru ukuran dlm meter…keluasan dlm meter persegi

      Utk panduan : 1 ekar = 43560ka2 = 4046.85m2

  36. Cik da says:

    Salam en kontraktorcyber

    Saya berminat untuk buat kedai sewa 3 lot pada tanah jenis rumah kediaman keluasan 19.2 x 22.8 meter.
    soalannya:

    A) taraf tanah saya adalah untuk rumah kediaman. adakah senang untuk tukar taraf tanah jadi tanah bangunan memandangkan kiri dan kanan tanah saya ada rumah. apabila saya tanya 2 org pelukis pelan, mereka mengesyorkan saya untuk buat pelan rumah. bila dapat CF baru modify jadi kedai. bagi mereka, susah nak dpt kelulusan tukar taraf tanah dan mungkin mengambil masa yang lama jika lulus.

    b) saya ada bajet dalam 65k. saya ingin bina kedai 1 lot 14 kaki. 3 lot = 52 kaki. panjang 20 kaki. adakah bajet saya cukup atau tidak cukup.

    c) pelan yang dicadangkan oleh pelukis pelan saya ada teres di depan, dengan pintu kaca pada setiap lot. adakah majlis daerah memberi kelulusan pelan rumah saya yang akan berubah menjadi kedai itu?

    Harap encik dapat membantu saya. terima kasih.

    • Salam Cik da…

      a) betul ckp pelukis pelan tu..
      b) 65k cukup jika urus sendiri pembinaan tanpa upah kontraktor…
      c) Saya rasa pelukis pelan lebih arif ….dapatkan jaminan pelan tersebut pasti lulus. Biar pelukis pelan sendiri yg buat submission utk kelulusan.

  37. peminat rumah says:

    Salam tuan, saya baru selesai membina rumah banglo 2 tingkat di bangi dengan keluasan 31 x 34 kaki x 2tingkat atas tanah 100 x 60 kaki. Rumah tu pun 4 segi tepat sahaja (maximize ruang, 7 bilik tidur dan 8 bilik air) upah tukang rm25 sekaki, barang beli sendiri. lepas rumah siap, anggaran harga rumah sahaja rm160k (upah dan barang) dan harga keseluruhan rumah+pagar+api dan air dan kos2 lain rm200k. Saya bercadang utk extend lagi 30 x 40 kaki x 3 tingkat sebab masih banyak ruang. bawah saya nak kosongkan utk parking, lantai sahaja xde dinding (tukang minta upah rm 13/kaki), tingkat 2 (tukang minta rm25/kaki) dan tingkat 3 (tukang minta rm28/kaki sebab tinggi katanya), dan barang saya cari sendiri. Adakah berbaloi harga yang ditawarkan oleh tuukang ini untuk pembinaan rumah 3 tingkat di bangi atau saya boleh dapat tukang yg lebih jimat. Mohon pandangan tuan sebab saya bercadang memulakan projek pada bulan Jun ini.

    • Salam peminat rumah…

      Saya tk pasti harga standard tukang rumah area bangi….Harga tukang/kontraktor berbeza2 mengikut kaw dan berkait rapat dgn taraf hidup. Utk dapatkan harga yg tukang yg tepat En perlu buat survey dgn bertanya lain2 3 atau 4 org tukang rumah sekitar bangi utk bandingkan harga mereka. Tapi harga bagi tkt bawah yg kosong tidak berdinding saya rasa agak mahal. Kerja2 tkt bawah hanya bina footing, tiang dan lantai. Semua kerja ini boleh siap paling lama 20hari. Pekerja paling ramai 6 org. Upah 6 x RM50 = RM300/hari. Maka kos utk tkt bawah 300 x 20 = RM6000 + 2000(keuntungan) = RM8000. Bandingkan harga yg diminta RM13/ka (13 x 1200ka2 = RM 15,600.00)

      • peminat rumah says:

        Terima kasih tuan atas maklum balas yang diberikan..nampaknya nak kena survey tukang lagi sebelum boleh start projek. Tuan tau mana saya boleh dapat plan rumah 3 tingkat (modern design
        ) dengan harga yg berbaloi.tq

  38. yan says:

    Salam encik,

    Saya ingin bertanya. Saya tengah berangan untuk membuat loteng. Rumah saya teres 2 tingkat 20 x 60 lot tengah. Ketinggian bumbung hanyalah 6 kaki. Soalan saya:

    1) Bolehkah ketinggian bumbung dinaikkan dari 6 kaki ke 11 kaki?
    2) Jika boleh, berapakah anggaran kos bagi membina sebuah loteng?

    harap encik dpt membantu saya. tq

    • Salam yan..

      1. Ya..ketinggian bumbung boleh dinaikkan ..
      2. Kerja ubah suai tiada rate standard…perlu lihat sendiri keadaan bumbung dan keadah yg perlu digunakan selain keluasan yg terlibat utk anggaran kos.

  39. mredhwan says:

    as salam tuan..

    nak tanya pandangan tuan,saya ada beli tanah lot 68′ X 73′..agak2 brp keluasan rumah yang sesuai..

    • Salam mredhwan…

      Sebagai panduan building by law..undang2 kecil bangunan seragam:-
      1. Jarak dinding rumah dgn sempadan tanah perlu ada minima 10ka. bagi sebelah tepi kiri/kanan dan sebelah belakang.
      2. Bahagian hadapan minima 20ka jarak antara dinding rumah dengan sempadan tanah.
      3.Tanah corner lot – sebelah tepi yang menghadap ke jalan bersebelahan minima 20ka.
      Wassalam…

  40. AKHBAR says:

    SATU EKAR BERAPA KAKI DAN KALAU PECAH LOT UNTUK BUAT RUMAH UNTUK 5000 KAKI DAPAT BERAPA LOT.MACAMANA SAYA NAK URUSKAN UNTUK PECAH LOT DAN APA CARA SERTA SYARAT DAN JUMLAH KOS BAGI TUJUAN PECAH LOT UNTUK MEMBINA RUMAH.terima kasih membantu.

  41. mohd ridzuan says:

    salam, saya nak tahu berapa kos dan upah untuk membina sekaki bumbung simen konkrit. tanpa dinding, dengan keluasan kira-kira 15×25. terima kasih.

  42. MINORA RADZI says:

    Salam Tuan,
    Sy ingin bertanya dan sgt memerlukan jawapan dr tuan.
    Sy ingin membina sebuah rumah kampung (rumah batu) :Tukang upah Indon.
    Keluasan – 36LX46P.
    Tinggi – 12ft
    4bilik, dua bilik air
    Tals/jubin lantai – di hall shj.
    Siling Plaster – hall shj
    Lain2 semua biasa..contoh tingkap naco, lantai simen
    Soalan sy:
    Berapakah anggaran budget untuk rumah saiz demikian?
    adakah benar siling plaster lebih murah dari siling keping?
    berapakah anggaran upah untuk memasang jubin/tals ?

    Terima Tuan,

    • Salam MINORA RADZI…

      1. Urus sendiri – beli barang dan upah tukang : Anggaran kos RM90 ~ RM100k
      2.Plaster ceiling lebih mahal.
      3. Upah pasang tiles : RM1.30 ~ RM1.50/ka2 . Bilik air/tandas dikira secara lumpsum..

  43. tahir says:

    salam en kontraktorcyber

    Ad tak contoh surat perjanjian antara pemilik rumah dan kontraktor jika tak perlu khidmat lawyer..Tq

  44. che'wae says:

    Salam tuan kontraktor cyber,

    saya nak tau berapa kos untuk;

    1) menambun tanah per ekar per kaki

    2) menambun pasir per ekar per kaki

    • Salam che’wae…

      Kerja tambun tanah/pasir dilakukan oleh kontraktor kerja tanah. Rate yg digunakan berdasarkan m3 atau berapa trip lori. Berdasarkan keluasan tanah dan tinggi yg hendak ditambun mereka boleh mengagak berapa banyak trip lori yg diperlukan. Utk panduan 1 lori tanah roda 10 boleh muat 10 ~ 12m3. Kosnya sekitar RM10/m3 tapi bergantung kpd jauh jarak antara tempat tanah yg diambil dgn tempat yg nak ditambun. Sama juga dgn pasir. Pasir utk menambun biasanya pasir kotor …harga lebih kurang RM200/lori roda 10.

      • grapox says:

        kena tanya juga..adakah harga yg diberi tu termasuk upah meratakan tanah tersebut. betul mcm admin bagitau, kontraktor kerja tnah boleh annggarkan utk anda. Mcm biasa…survey dulu.

  45. midi says:

    salam. saya ade menyediakan khidmat pelan rumah dan sekiranya memerlukan khidmat rekabentuk dan kelulusan pelan, cuba-cubalah caling-caling atau email. no tel saya 0122434031. saya cuma meakukan di kawasan lembah klang sahaja, kl.
    sekian

  46. afundi says:

    assalammualaikum,,saya nak bertanya saya becadang membuat rumah sewa yg ada 2 blik dan 1 blik air berserta counter top kat dapur..luas tiap unit 20×30 utk 2 unit rumah dia atas tanah saya yg luasnya lbih kurang 90×150..2 unit rumah ini bersebelahan..berkongsi party wall..saya sudah bertemu tukang rumah indon dan dia mengenakan kos rm 70 k termasuk api&air..kemasan lantai cement render..tingkap adjustable louvers window tanpa grill..porch & pagar tiada..bumbung mgunakan timber trusses..soalan nya adakan berbaloi jumlah yg dikenakan ini? kalau sya buat sdri urusan api dan air berapakah sya dapat jimat?adakah ia merumitkan dan apakah prosedurnya?

    • Salam..

      Kos RM70 ribu ini utk 1 unit atau 2 unit?….Jika utk 1 unit sememangnya mahal.. dari segi spesifikasi adalah sama dgn rumah kos rendah…atau rumah mesra rakyat. Ada baiknya En tawarkan pada mereka sub kerja saja (upah kerja RM/ka2). Barang2 binaan en sendiri yg beli. Urusan api dan air tk dapat jimat apa2 kos. Prosedurnya perlu dapatkan subcont kerja letrik dan air yg ada lesen. Mereka akan isi borang dan submit ke pejabat berkenaan. En hanya perlu bagi salinan IC dan deposit utk meter saja. Lain2 dia org akan uruskan bukannya tukang rumah.

      • afundi says:

        t.kasih kerana mjawab..rm70 ribu tu adalah kos untuk 2 rumah..adakah encik rasa jumlah rm70 ribu utk 2 rumah ni berabaloi?

        berapakah anggarkan kos untuk urusan api dan air secara kasar untuk 2 rumah yg sya nk buat ni..?
        dan macamana sya nk dpatkan subcont kerja letrik dan air yg ada lesen?

        t.kasih byk2 kerana dapat membatu..jasa encik amat dhargai..

  47. Norazimah Harun says:

    Salam,

    Saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan rumah semi-D yang baru dibeli. Kedudukan rumah adalah pada lereng bukit. Pemaju telah tersilap pengiraan, iaitu;
    - lebih kurang 10 kaki ke dalam kawasan belakang rumah saya adalah cerun bukit. (Cerun bukit tersebut termasuk dalam ukuran asal rumah 45 kaki x 75 kaki). Pagar belakang rumahpun atas bukit.
    - Jarak cerun tersebut dengan rumah juga lebih kurang 10 kaki.
    - Ketinggian cerun bukit adalah melepasi bumbung rumah. Tinggi cerun dari aras tanah bawah lebih kurang 15 ke 20 kaki.
    - Pemaju tidak sediakan longkang belakang kerana tanah sebelah rumah adalah tanah orang lain.
    Bila hujan, cerun tersebut menjadi laluan air dan ia melalui kawasan rumah saya. Saya amat bimbangkan keselamatan struktur tanah dari segi gerakan tanah secara tak langsung keselamatan penghuninya juga. Boleh tolong beri pandangan, apa yang boleh saya lakukan untuk tingkatkan aspek keselamatan kawasan rumah saya?

    • Salam Pn Norazimah….

      Saya rasa jika ikut building by law..tk lulus…adakah rumah ini sudah ada CF..? Jika puan rasa tk selesa/selamat saya syorkan tukar aje rumah lain…jika tk ada yg kosong tolak balik rumah itu pada pemaju dan ambil balik deposit. Puan patut bincang dgn lawyer yg uruskan pembelian rumah tersebut dan dlm masa yg sama puan boleh buat aduan/tanya kt majlis daerah samada rumah mcm ni boleh diberikan CF atau tk. JIka tk ada CF bermakna rumah itu tk boleh dijual. Jika dah ada CF mungkin pihak majlis tk periksa dgn teliti.

      Jika puan masih juga nk tinggal di rumah itu..perlu dapatkan nasihat civil engineer/perunding kejuruteraan awam utk design pengaliran air hujan atau apa2 langkah keselamatan yg perlu..

  48. acu says:

    Salam En. KC,

    Sy ade plan nak extend kan rumah sy… FYI, Rumah sy jenis teres 1 tingkat end lot. ada tanah lebih kurang 10 x 65 kaki. sy plan nak extend memandangkan keluasan umah sy skrg ni pun lebih kurang 20 x 60 n ruang tamu saya amatla terhad ruangnya… boleh x En KC Estimate kan roughly kos utk sy extend dimana ia melibatkan ruang tamu dan bilik ke 2 n ke 3.. En. KC leh call sy di nombor 0122437142 utk keterangan lanjut… Tq :)

    • Salam acu…

      Utk estimate kerja2 renovation perlu lihat sendiri rumah en (site visit)…krn banyak hidden cost yg terlibat.. Saya syorkan cari tukang rumah kaw sekitar tempat tinggal En utk minta pandangan dan nasihat.

  49. maser says:

    blog yang bagus… sekurang kurangnnya mereka yang ingin bina rumah tahu bagaimana proses pembinaan rumah berjalan… bagi yang banyak masa.. boleh lah bina sendiri, berurusan sendiri untuk kelulusan plan… jika agak susah lantiklah consultant dan kontraktor untuk uruskan pembinaan rumah anda

    -Maser

  50. jai says:

    berapa kos bina rumah kampung bertiang 8×8 tinggi 10 kaki (rumah batu) dan keluasan 30 x 40. Tanah sendiri dan dana adalah simpanan sendiri.

  51. ridhuan says:

    salam…

    Saya nk tanye.Saya ader beberapa soalan.Rumah saya atas bukit.Saya nk buat tembok rumah(pagar) dari bawah sampai atas.Saya bercadang nak design sendiri tembok.
    tinggi 20ft dan lebar 30ft..

    1) Berapa kos buat tembok kalau guna batu blok? sesuai x kalau buat tembok atas bukit guna batu blok?

    • Salam En ridhuan…

      Saya kurang pasti apa yg en maksudkan….adakah ianya tembok penahan tanah (retaining wall) atau pagar biasa? Jika retaining wall tk boleh guna bata blok….selalunya mereka bina R.C concrete ( konkrit bertetulang) atau rubble wall (batu kuari saiz 6″ x 9″) . Utk anggaran kos perlu buat site visit…tk boleh agak2..banyak hidden kos jika dibina atas bukit.

  52. AI says:

    Tuan,

    Saya plan nak buat rumah banglo 2 tingkat (tba 3200 kps) di area Nilai. Basic plan saya dah ada cuma nak bagi kat akitek je buat & submit. Drawing akitek tu termasuk sekali ke dengan structure, plumbing & elektrikal atau akitek cuma buat architectural drawing je?

    • Salam AI…

      Drawing arkitek termasuk sekali plumbing dan elektrikal….manakala structure drawing , civil consultant yg akan buat termasuk design calculation report. Utk lebih mudah serahkan pada arkitek utk dapatkan civil consultant krn mereka adalah kawan2 dan saling mengenali.

  53. Mohd says:

    Salam En Fatah..terima kasih kerana telah memberi saya inspirasi untuk saya membina rumah sendiri setelah membeli e-book tahun lepas…dalam proses melukis plan…

    cuma saya ada satu soalan ..saya ambil pelukis pelan sambilan…80 sen sekaki..keluasan rumah 3500kps 2 tingkat..family area saya agak luas 24×24 termasuk kawasan tangga..cuma pelukis plan cakap dkt family area tuu kena letak tiang utk support yg bahagian atas..ada cara lain tak kalau kita nak buang tiang tuu..
    harap en dpt memberikan pandangan..

    • Salam mohd…

      Betul ckp pelukis pelan tu berdasarkan pengalaman mereka. 24ka span ini panjang…perlu ada support di tengah. Walaubagaimanapun En boleh buang tiang itu tapi design utk beam perlu diubah. Perkara ini perlu berunding dgn civil consultant semasa rekabentuk pelan struktur. Mereka akan buat calculation terlebih dahulu utk dapatkan saiz beam dan bilangan besi yg perlu….

      • Mohd says:

        Salam…utk loan goverment..wajib ker kita pakai Pelan struktur??…atau hanya mencukupin pelan rumah sahaja..Tq..

        • Salam Mohd…

          Pelan struktur tiada kaitan dgn loan gov atau bank…ianya adalah kehendak/undang2 setiap majlis daerah di Malaysia. Bergantung kpd majlis daerah masing2 diperlukan semasa submission atau sebelum kerja2 binaan dimulakan. Lagipun bagi bhg yg kritikal 24ka x 24ka yg tiada tiang tengah… tukang rumah perlu rujuk pelan struktur bagi saiz beam termasuk fabricate / install reinforcement bar.

  54. ros says:

    Salam Tuan.
    Ada beberapa soalan.
    1) jika nak bina rumah 2 tgkt jumlah kluasan atas + bwh 4000kp, saya difahamkn perlu arkitek. Yg membimbangkan ialah fee 10% arkitek dikira berdasarkan kos rumah + lanskap + kolam ikan + gazebo + tembok pagar atau hanya berdasarkan kos bina main building sahaja?
    2) jika nak letak sebahagian dinding kaca tempered supaya nampak taman di luar, sesuai ke cari tukang bina sendiri atau terpaksa guna khidmat kontraktor juga?
    3) betul ke harga piling untuk keluasan yg sama di atas bukit (bertanah merah takde tambak) mencecah 60 ribu?

    Harap tuan dpt memberikan panduan. Bimbang kena klentong. Saya sebolehnya nak bina sendiri caritukang sebab dpt jimat byk. Didahulukan dgn bebanyk terima kasih.

    • Salam Puan ros…

      1. lebih 3200ka2 perlu arkitek…harga berdasarkan main building saja.
      2. Ini kerja specialist …berunding direct dgn kedai yg membekalkan kaca tempered ini utk membekal dan memasang sekali.
      3. Samada kena piling atau tak…civil consultant yg tentukan . Kebiasaannya setakat rumah 2 tkt tk perlu piling ..lagi pula atas bukit…yg perlu difikirkan adalah rertaining wall…dan longkang2 utk pengaliran air hujan..harga piling saya kurang pasti..

  55. Dani says:

    Salam kontraktorcyber..

    Saya mempunyai masaalah sedikit yg memerlukan bantuan dari segi pendapat..

    Saya mempunyai hutang personal loan sebanyak 80k bulan2 byrnnyer ialah rm800 slma 15 thun,hutang itu berpunca saya tolong membaiki rumah mak saya dkampung &tlg selesaikan hutang perniagaan ayah saya dengan kawan lamanya..

    Rumah yg saya sdah beli sekarang ini bayaran bulanannye pula ialah rm700..saya terfikir untuk menjual rumah ini dan mungkin mperolehi tunai dlm tangan sebanyak 100k..
    Rm700(rmh skrg)+rm800(personal loan)=rm1500+rm300(yg boleh dtambah sikit lg dengan pendapatan sekarang)so totalnye ialah rm1800…saya merancang mahu membeli tanah dgn kawan saya yang berharga 85;..so soalan saya sekarang..saya xhepi duduk drmh sekrg sebb rmai org bkn melayu yg beragama islam byk kejadian2 yg myakitkn telinga kami&anak2..so plan2 drpd komitmen byr hutg personal loan tu baik saya beli tanah&buat rmh lain..sebb xaman sgt duduk disini..jd mcm mna caranya ye..kemampuan saya max 300k shj..saya ptut setel hutang dlu ke@bli tanah trus smentara tu myewa?masaalahnya hutg personal loan tu kna jgak setel walau mcm mana..tp tanah yg saya nak kawan saya kata xlama dia boleh simpankan untuk saya sebab dia pun nak pakai duit bila anak dia nak berkahwin nanti mungkin dalam setahun lagi…
    Pening saya..tolongla bg sedikit cadangan ye..

    Rumah bersaiz 30×65..berapakah kosnye?

    • Salam En Dani…

      Maaf krn lambat balas…
      Nasihat saya jual rumah tersebut dan beli tanah yk kawan nk jual…peluang hanya datang sekali saja. Lagipun en jual rumah utk beli aset yg lain. Ia tk merugikan dlm jangka masa panjang. Hutang personal loan tk perlu settle sekaligus…bayar ikut jadual bulanan…krn ada cash di tangan ..banyak benda2 lain yg boleh settle.

  56. jai says:

    berapa kos bina rumah kampung bertiang 8′x8′ tinggi 10 kaki dengan keluasan 30×40. Tanah sendiri dan wang simpanan sendiri.

  57. Zulaikha says:

    Salam en Fatah..

    Sy sudah beli ebook en fatah..sgt berguna sebagai panduan sy membina rumah sendiri.
    sy sudah mencari tukang rumah untuk membina rumah di tapak sendiri di keluasan 2 ekar..
    Sy akan menggunakan pelan bangalow C en sebagai panduan..sy telah bertanya tukang rumah..dia ckp xpayah submit pelan ke majlis daerah memandangkn tanah sy di dalam kwsn kmpg di sg petai, melaka. Adakah tidak menjadi kesalahan sy berbuat demikian?

    Dr pelan Bangalow C tu, sy minta tukang rumah besarkan 40×60 kaki (2400 ka2) + jadikan 5 bilik dan brg2 binaan yang hndk digunakan telah dibincangkan, (sy merujuk brg2 binaan yg biasa digunakan pd rumah pemaju) . Harga yang diminta RM50 per kaki. Setelah tawar menawar, sy dapat RM37.50 sekaki (RM90000), sy tak buat pinjaman ..Adakah harga ini berbaloi?

    Bolehkah en terangkan ape prosedur seterusnya yang perlu sy bincangkan dgn tukang rumah? Boleh kah sy minta tukang rumah uruskan sendiri pembelian brg binaan tanpa perlu sy sndiri pantau? walaubagaimanapn, sy akan balek ke kmpg bila ada kelapangan..

    Berapa lama sepatutnya rumah dgn keluasan ini boleh siap sepenuhnya?

    • Salam CIK/PUAN Zulaikha…

      HOLD DULU!!!!! jangan terburu2. Spt yg saya jelaskan dlm ebook “RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR”…tukang yg jujur dan bertanggungjawab adalah sangat penting….Saya rasa ini bukan tukang yg sebenar …dia adalah broker…selepas dapat kerja dari puan…dia akan cari tukang sebenar dan sub kan kerja itu…Dia hanya untung atas angin tanpa kerja…Harga tukang terlampau tinggi RM37.50/ka2 tk masuk akal . Cuba puan fikirkan dari RM50 turun ke RM37.50..terlalu banyak turun.
      Harga tukang yg sebenar seluruh malaysia sekitar RM20 ~ RM25/ka2. Kadang2 kurang dari RM20/ka2…lagipun rumah yg nk dibina itu di kampung. Tukang susah nk turunkan harga…jika kurang pun hanya RM1. Harap baca ebook saya “RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR” bagaimana nk cari tukang sebenar. Jika nk buat anggaran kos sila webpage calculator ..klik sini http://bina-rumah.com/wp/pengiraan-kos-bina-rumah-dan-kos-bahan/
      **jika tanah berada di luar pentadbiran majlis daerah …tk perlu kelulusan pelan…bina terus..
      **Bolehkah en terangkan ape prosedur seterusnya yang perlu sy bincangkan dgn tukang rumah?- semuanya ada dlm ebook “RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR”
      **Berapa lama sepatutnya rumah dgn keluasan ini boleh siap sepenuhnya?: +- 6 bulan samada kecil atau besar….krn pembinaan rumah perlu ikut step by step
      **Boleh kah sy minta tukang rumah uruskan sendiri pembelian brg binaan tanpa perlu sy sndiri pantau? – Boleh.. kaedahnya dlm ebook “RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR”

      • Zulaikha says:

        salam..
        terima kasih yea atas pnerngn di atas ..
        sy dh tnye pd tkng rumah, hrga rm50/rm37.50 sekaki adalah tmsuk kos upah kerja+kos bhn binaan…mkna nya, hrga yg dtawarkn adalah berpatutan ye?

        rumah yg nak dibina adalh ats tapak lama..rumah lame tlh usng dan byk anai2.. masa bila ye sesuai tuk ltak racun anai2?

        sy dh donwload autocad..hm..berapa size kertas untuk print pelan spy mudh dibaca? sy try print a4 tp kurng jelas..

        • Salam…

          Jika termasuk bhn binaan …murah sangat…tapi tak taulah kt kampung puan harga mcm ni..harap selidik betul2 dgn tanya lain2 tukang.
          **Racun anai(anti termite)…sebaik2 buat 2 kali…mula2 selepas siap footing…pastu lepas siap grd beam.
          **Print pelan..tukarkan dulu semua garisan/wording ke hitam/putih…hold and drag . Pergi ke properties toolbar /layer/hitam putih.
          Jika printer boleh guna A3 …guna kertas A3. Jika tk print kt A4 setiap view. Tukarkan dari display ke window….dan select bhg yg nk print.
          Biasanya saiz pelan adalah A1…kt kedai printing ada…copy dlm pendrive suruh dia org print.

  58. Nordinv6 says:

    Salam En Fatah,

    Boleh tahu detail apakah kos2 yang terlibat dalam membina plan rumah?
    Apakah tips2 berguna saudara boleh kongsi untuk penjimatan?

    Sekian, Terima kasih

    Wassalam

    • Salam Nordinv6..

      Jika upah pelukis pelan samada berdaftar atau tak…memanglah tk boleh jimat krn harga standard ikut keluasan rumah.
      Cara lain jika nak jimatkan kos adalah lukis sendiri pelan atau edit pelan yg sediaada dan dapatkan chop/tandatangan pelukis pelan berdaftar dan buat submission sendiri.

  59. hanapi says:

    salam…

    unk kira anggaran kos nk ikut gross area atau build up area…tq

    • Salam..

      Utk anggaran kos kira ikut gross area…
      Rate tukang samada dikira ikut gross area atau dia org separe build up area dan carporch/terrace.
      Cthnya: RM/ka x gross area
      atau
      (RM/ka2 x build up area) + (RM/ka2 x carporch/terrace area)

  60. azim says:

    salam

    tuan saya berminat ingin membeli buku tuan…soalannya

    1. kenapa no ac cimb invalid field length for ac 13030001379208

    2. untuk pelan rumah murah teres tiada ke?

    • Salam En azim…
      1. Saya dah check tiada masalah…lagipun hari ini pembeli lain boleh transfer fund via CIMB click..
      Harap cuba lagi…mungkin bank server ada masalah sekejap..
      2.Minta maaf banyak2 saya tk ada pelan rumah teres

Speak Your Mind

*

Powered by sweetCaptcha