Harga rumah melambung tinggi di Lembah Kelang

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Harga rumah yang melambung tinggi sehingga melebihi setengah juta ringgit dilihat seakan fenomena biasa di sekitar Lembah Klang.

Jika 10 tahun lepas, rumah teres dua tingkat boleh dibeli dengan harga sekitar RM200,000 untuk kawasan-kawasan di pinggir bandar Kuala Lumpur, kini ia seumpama mimpi.

Harga rumah didapati terus meningkat dengan pantasnya sehingga mencecah angka yang sudah tentu tidak mampu dicapai oleh kebanya kan bakal pembeli yang berpendapatan sederhana terutama golongan muda.

Apakah sebabnya? Adakah ini menunjukkan penduduk di Lembah Klang telah meningkat pendapatan mereka atau ada pihak yang ingin mengaut keuntungan cepat?

Antara kaedah yang digunakan untuk memastikan harga rumah naik dengan cepat ialah menggunakan taktik menyimpan unit tertentu sebelum projek perumahan dilancarkan secara rasmi.

Usaha itu mencapai kejayaan berdasarkan kerjasama yang baik antara pemaju dan spekulator untuk melonjakkan harga pasaran.

Mengikut ‘peraturan’ tersebut, jika mahu mendapatkan pilihan terbaik, pembeli terpaksa akur dengan harga yang ditawarkan biarpun pada kadar lebih tinggi.

Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini

Sumber: Utusan Online

 

Posted in Semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *