PANDUAN LENGKAP Bina Sendiri Rumah Anda

PANDUAN

 

 

Salam Sejahtera…..
2nd Edition Produk Bina Sendiri Rumah Anda Ini Saya akan dedahkan bagaimana seorang kontraktor bina rumah dapat menjana pendapatan mewah hanya dengan membina 2 buah rumah sahaja dalam masa setahun…..

 

PANDUAN LENGKAP
“BINA SENDIRI RUMAH ANDA”

kontraktor5

“Adakah Anda Sekarang Ini  Bercadang Untuk Memiliki Rumah Sendiri? Jika Anda Ada Sebidang Tanah Lot Tapak Rumah Maka Saya Cadangkan Anda Membina Sendiri Rumah Anda”

 

DAPATKAN EBOOK PANDUAN LENGKAP “BINA SENDIRI RUMAH ANDA” DAN BELAJAR RAHSIA   DALAM ILMU BINAAN BANGUNAN SERTA KETAHUI KAEDAH BAGAIMANA  MENGURUSKAN PEMBINAAN RUMAH  WALAUPUN ANDA BUKAN SEORANG KONTRAKTOR BINAAN.

 SILA LIHAT : CONTOH DAN PENGIRAAN

 

 

kontCyberDari meja KontraktorCyber…….

Kepada bakal pembeli dan pemilik rumah yang dihormati……..

 Kenaikan harga rumah dari masa ke semasa memang tidak dapat dielakkan lagi dan ianya begitu ketara bagi tahun-tahun kebelakangan ini. Perkara ini bukan saja berlaku di bandar-bandar besar saja tetapi ianya menyeluruh sehingga ke bandar-bandar kecil seluruh negara.

Kenaikan yang mendadak sejak akhir-akhir ini sangat memberi tekanan kepada golongan sederharna yang berpendapatan sekitar RM 3000 ~ RM 4000 ribu sebulan. Pada masa sekarang harga sebuah rumah semi-D setingkat dengan keluasan 1200 ~ 1500 ka persegi termasuk carporch adalah antara RM 150,000 ~ RM 200,000 sebuah dan lokasinya di bandar kecil/sederhana. Kebiasaanya rumah semi-D mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu bersekali dengan ruang makan, dapur dan 2 bilik air. Berapa jumlah pinjaman bank yang anda perlukan bagi membiayai pembelian rumah anda. Jika anda pinjam sekitar RM150k maka bayaran bulanan sudah tentu sekitar RM1500 sebulan. Adakah anda mampu? Jika anda belum lagi membuat keputusan maka saya cadangkan baca dulu ebook percuma dari saya iaitu “Kaedah penyelesaian dalam memiliki rumah sendiri” berikutan harga rumah yang meningkat secara mendadak sekarang ini. KLIK DI SINI Jika belum download.

 

KAEDAH


ANDROID

 EBOOK CONVERT TO ANDROID ATAU MOBILE APPLICATION

DENGAN ADANYA ANDROID APP MENJADIKAN KEHIDUPAN MENJADI LEBIH MUDAH DAN PANTAS. OLEH KERANA SETIAP ORANG MEMPUNYAI SMART PHONE MASING-MASING MAKA SAYA TUKAR EBOOK KEPADA FORMAT MOBILE APP. UNTUK INSTALL MOBILE APP PERLULAH BUKA LINK DOWNLOAD MELALUI PHONE DAN KLIK LINK DOWNLOAD. APLIKASI INI SECARA AUTO DIMUAT TURUN KE PHONE MASING.

 

SILA LIHAT : CONTOH DAN PENGIRAAN

Salam sejahtera,

Saya hasilkan e-book ini berdasarkan teori dan pengalaman saya dalam industri pembinaan selama lebih 20 tahun. Saya gabungkan segala pengetahuan yang saya timba semasa menuntut dalam bidang pembinaan bangunan (building construction) dan juga pengalaman yang saya lalui dalam industri pembinaan di Malaysia. E-book ini lebih fokus kepada perkara-perkara yang perlu diketahui dalam proses pembinaan sesebuah rumah sebagai panduan kepada sesiapa saja yang bercadang membina rumah atau memilikki rumah memandangkan sesiapa pun memerlukan rumah apabila tiba masanya. Sebenarnya mengurus sendiri pembinaan rumah, anda boleh menjimatkan banyak duit. Harga rumah makin lama makin mahal disebabkan peningkatan harga bahan-bahan binaan beserta kadar upah pekerja juga meningkat ditambah pula dengan kenaikan harga lot-lot tanah. Harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju perumahan juga mahal. Pemaju tidak sekali-kali akan mengurangkan margin keuntungan mereka begitu juga dengan kontraktor.  Macamana nak dapatkan rumah yang sesuai dengan kemampuan pendapatan kita serta selesa dari segi keluasan dan berkualiti. Caranya adalah dengan mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Anda tidak perlu berhenti kerja bagi menguruskan pembinaan rumah anda kerana saya dapati banyak kakitangan kerajaan terutamanya yang berjawatan juruteknik awam (civil works) tidak kiralah dari JKR, Majlis Daerah, Pejabat Daerah, guru-guru sekolah dan lain-lain yang buat part time menjadi kontraktor dengan membina rumah-rumah kemudian menjualkannya kepada pembeli.

Ebook ini saya terbitkan adalah untuk berkongsi pengalaman saya dalam bidang binaan selama lebih 20 tahun bersama dengan anda-anda semua. Ini adalah kerana saya dapati banyak sungutan pembeli-pembeli rumah tentang rumah yang beli dari pemaju atau mengupah kontraktor antaranya ialah:-

  • Rumah lambat siap
  • Kos meningkat
  • Harga rumah bertambah mahal
  • Rumah cepat rosak
  • Kemasan tidak cantik
  • Bahan binaan tidak berkualiti
  • Pemaju / kontraktor lepas tangan
  • Pembeli tidak puas hati dengan mutu binaan
  • Pembeli rasa tertipu.

Saya sedaya upaya akan menjelaskan selengkap yang boleh tentang ilmu binaan sebagai panduan kepada anda apabila bercadang untuk membeli atau membina rumah sendiri bagi mengelakkan anda ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain seperti pamaju atau kontraktor kerana anda tidak mempunyai cukup pengetahuan dalam pembinaan rumah. Panduan lengkap ebook ini amat berguna kepada sesiapa saja apabila hendak:-

  • Hendak membina sendiri rumah anda
  • Membeli rumah dari pemaju
  • Membesarkan rumah
  • Mempelajari ilmu binaan
  • Pelajar yang mengambil kursus binaan
  • Mereka yang berminat menjadi kontraktor rumah / pemaju kecil-kecilan

 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati….

Mengurus sendiri pembinaan rumah BUKAN BERERTI TUAN/PUAN mesti:-

  1. Menjaga tiap-tiap pekerja samada mereka bekerja atau tidak.
  2. membayar gaji harian mereka.
  3. memerhati mereka masuk kerja pukul berapa
  4. hari-hari nak kena tengok pekerja bekerja.
  5. pergi ke kedai hardware setiap kali hendak beli barang.
  6. mengetahui harga setiap bahan binaan.
  7. mengira kuantiti bahan yang hendak dibeli.
  8. mencari / menyewa pengangkutan setiap kali membeli barang.

“SEMUA PERKARA DI ATAS TIDAK DILAKUKAN OLEH KONTRAKTOR BINAAN SEPERTI SAYA.”

Jadi apa sebenarnya tugas kontraktor binaan..?

Tugas sebenarnya orang-orang yang bekerja sendiri sebagai kontraktor adalah mencari projek/kontrak seberapa banyak yang boleh setiap tahun dan memastikan duit/modal mencukupi supaya kerja tak tergendala. Apa yang penting adalah pengurusan kerja. Kalau semua kerja yang di atas hendak dilakukan macamana saya nak mengurus 3 atau 4 projek yang bernilai  RM500k ke atas dalam satu masa? Mengurus banyak projek dalam satu masa adalah perkara biasa bagi kontraktor dan ianya merupakan satu kebanggaan bagi orang-orang seperti kami. Untuk mengetahui lebih lanjut, tuan/puan mestilah miliki -kedua-dua Ebook-BINA SENDIRI RUMAH ANDA DAN RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR…..


PANDUAN DETAIL

BINA3

bsra ebook

ANDROID1

Ebook ini menjelaskan secara terpeinci serta teknikal apa yang perlu tuan/puan ketahui dan lalui dalam pembinaan sesebuah rumah dari peringkat penyediaan pelan rumah sehingga  mendapatkan sijil layak mendudukki (CF). 

Dalam ebook ini apa yang lebih dititik beratkan ialah memahami bagaimana sesebuah rumah itu dibina dan apakah yang perlu diketahui semasa proses pembinaan rumah sedang berjalan.  Ianya bermula dengan belajar memahami dan membaca pelan rumah. Dari pelan rumah arkitek  tuan/puan akan ketahui sepesikasi berkenaan rumah anda yang perlu diikuti seperti jenis bahan yang digunakan, saiz dan lokasi ruang/bilik, keluasan rumah, ketebalan lantai, sistem paip, pendawaian letrik dan apa saja yang berbentuk visual pada sesebuah rumah. Dalam pelan struktur tuan/puan akan ditunjukkan dengan jelas bagaimana memahami simbul, kedudukan,saiz, bilangan dan jenis besi yang digunakan dalam struktur bangunan rumah. 

 

Semasa peringkat awal dijelaskan bagaimana mengenalpasti sempadan tanah lot tapak rumah dan dengan siapa hendak berurusan jika batu penanda yang ditanam itu hilang. Semasa proses pembinaan berjalan diterangkan lebih jelas dari segi teknikal apa-apa yang perlu diketahui dan diikuti untuk menjaga kualiti sesuatu binaan contohnya apa yang perlu ada dalam pembinaan struktur dinding bata bagi mengelakkan dinding rumah menjadi retak lama kelamaan. Ia memang selalu berlaku antara tiang dan dinding dan berhampiran frame pintu/tingkap. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu diketahui dalam pembinaan bagunan rumah yang selalu terlepas pandang oleh tukang-tukang rumah bukan kerana mereka tidak tahu tetapi mungkin hendak cepat atau kurang bertanggungjawab menyebabkan rumah yang dibina cepat rosak selepas 5 tahun didudukki. Perkara-perkara teknikal yang yang dibincangkan dalam ebook ini semuanya berkaitan dengan “construction law” dan semestinya diikuti semasa pembinaan rumah.

Dalam ebook ini disertakan sekali gambar atau imej supaya mudah difahami. 

Isi kandungan Ebook ” Membina Sendiri Rumah Anda”

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan

2. Memahami pelan rumah

3. Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.

4. Penyediaan pelan rumah

5. Memohon kelulusan pelan

6. Melantik tukang rumah

7. Peringkat-peringkat pembinaan

– Mengenal pasti sempadan tanah anda
– Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
– Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.
– Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
– Kerja-kerja membina tapak asas
– Membina grd. Beam
– Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit
– Tiang- tetulang, formwork dan konkrit
– Lantai konkrit
– Roof beam 
– Dinding bata
– Plaster / melepa 
– Bumbung
– Kerja kemasan
– Kemasan lantai
– Cara memasang jubin lantai
– Jubin dinding 
– Kerja mengecat

8. Mengurus pembelian bahan binaan

9. Mendapatkan bekalan air dan letrik.

10. Kualiti binaan

11. Mendapatkan sjil layak mendudukki ( CF )


rahsia

 

RPK

ANDROID2

Apa perlunya ebook ini…..
Ebook ini memang perlu kerana saya tahu tuan/puan tidak ada cukup masa dan berkeyakinan nak uruskan sendiri pembinaan rumah. Tentu anda pernah dengar pekerja jabatan kerajaan atau guru sekolah selain mempunyai jawatan tetap tetapi juga berjaya membina rumah sendiri. Bukan itu saja ada juga yang berjaya menjadi kontraktor/pemaju bina rumah secara tidak langsung. Mereka bukan mengambil kontrak bina rumah orang tetapi  melaburkan duit membina rumah di atas tanah sendiri. Apabila siap rumah itu pun dijual. Harga yang dijual pula sama dengan harga pemaju perumahan. Selalunya baru 20% siap sudah ada pembeli booking. Tentu keuntungannya berpuluh-puluh ribu ringgit hanya dengan menjual sebuah rumah saja. Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk membeli tanah dan seterus bina lagi rumah kemudian jual. Begitulah seterusnya. 

Maka dalam ebook ini saya dedahkan rahsia mereka-mereka yang telah berjaya supaya tuan/puan juga boleh berjaya sekurang-kurangnya mengurus sendiri pembinaan rumah anda dan jadikan ia sebagai permulaan. Bagaimana seseorang yang ada jawatan tetap boleh menguruskan kerja-kerja binaan hanya dari pejabat mereka bekerja. Semuanya saya akan dedahkan kerana ini semua adalah kaedah yang diamalkan oleh saya juga sebagai kontraktor binaan yang menguruskan 3 ~ 4 projek serentak dalam satu masa. 

Antara perkara penting yang terdapat dalam ebook ini ialah:-

-Maksud sebenar tukang rumah

-berurusan dengan tukang rumah.

-kaedah yang digunapakai oleh tukang rumah semasa menetapkan harga bagi membina rumah.

-skop kerja tukang rumah.

-kelebihan yang ada pada tukang rumah

-lain-lain tukang yang berkaitan

-kaedah pembelian bahan binaan

 pelan

cd

Sila Lihat Plan Preview 

Pelan rumah ini dipanggil “pelan arkitek” diberikan percuma saja kepada sesiapa yang membeli Produk PANDUAN LENGKAP”BINA SENDIRI RUMAH ANDA” kerana saya fikir sesiapa yang membeli produk yang saya terbitkan ini adalah mereka yang betul-betul serius nak mengurus sendiri pembinaan rumah  kerana mereka semua bukannya orang kaya atau orang berada yang boleh melantik arkitek dan kontraktor. Maka untuk memudahkan kerja dan menjimatkan duit tuan/puan maka saya hadiahkan sebagai BONUS walaupun saya tahu harganya boleh mencecah sehingga RM2000 setiap satu.. Pelan rumah yang ada dalam koleksi saya ini pernah digunakan sekali saja setiap satu.  Untuk pengetahuan tuan/puan pelan rumah yang saya maksudkan adalah dalam format AutoCad drawing  yang mana digunakan oleh secara meluas oleh firma-firma arkitek dan kejuruteraan samada projek kecil atau besar dan satu-satunya yang diiktiraf oleh jabatan kerajaan setakat yang saya tahu. Pelan ini boleh digunakan terus untuk buat submission ke majlis daerah masing-masing jika tuan/puan suka.

 

 Pelan rumah ini terdiri daripada:-

  1. pelan lantai
  2. pelan pandagan hadapan
  3. pelan pandangan sisi kiri/kanan
  4. pelan kunci
  5. pelan lokasi
  6. pelan tapak
  7. pelan keratan rentas
  8. pelan bumbung
  9. pelan pendawaian letrik dan susun atur siling
  10. pelan sistem bekalan air & waste water (piping & sanitary)
  11. pelan septic tank

Apa yang tuan/puan perlu lakukan adalah:-

  1. Tukar kepada nama anda di mana-mana ruangan pemilik sebagaimana yang tercatit dalam geran tanah.
  2. edit pelan lokasi (tunjukkan lokasi tanah anda)
  3. edit pelan tapak (kedudukan rumah dalam lot tanah anda)
  4. edit pelan kunci (peta negeri atau daerah masing-masing)
  5. setelah siap pergi buat blue print untuk  tujuan submission.

autocad

autocad 2007

dapatkan

ORDERED

 banner2

  • banner

SOFTWARE

-
-: 1
-: 858938
SHARE ON FACEBOOK