Koperasi sedia bina banglo mampu milik

PETALING JAYA – Koperasi Hartanah Malaysia Berhad (Kohama) menawarkan skim pembinaan banglo mampu milik untuk tanah persendirian di seluruh negara dengan harga RM140,000 seunit.

Pengerusi Kohama, Datuk Jali Sekak berkata, sejak tawaran dibuka pihaknya menerima lebih 50 permohonan daripada pemilik tanah di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan untuk pembinaan banglo berkeluasan 1,400 kaki persegi.

Katanya, sejajar dengan  konsep Kohama membantu mereka yang memerlukan, program itu ditawar kepada individu yang mempunyai keinginan memiliki sebuah rumah dengan harga sederhana.

Pemohon hanya perlu mempunyai geran tanah atas nama sendiri dan membayar sebahagian daripada harga unit rumah manakala selebihnya boleh membuat pinjaman ansuran tanpa faedah selama 11 tahun dengan Kohama.

“Untuk separuh kos pembelian mereka mungkin boleh buat pinjaman daripada pihak bank, kita sediakan pinjaman untuk sebahagian harga rumah saja,” katanya.

Setakat ini katanya, lebih kurang 10 unit rumah dalam proses pembinaan, pihaknya menggunakan teknologi dari New Zealand mengikut reka bentuk disediakan pihaknya. Pembinaan mengambil masa tiga bulan, pembeli boleh terus menghuni kediaman mereka.

Dalam perkembangan lain, katanya, Kohama menyasarkan pembinaan 70,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun melibatkan tanah kerajaan negeri.

Katanya, pihaknya menjalankan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri, setakat ini projek sudah dimulakan di Pengkalan Hulu dan Sungai Siput, Perak.

Selain itu pihaknya juga menawarkan rumah teres dengan keluasan 1,000 kaki persegi dijual dengan harga RM130,000, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Mereka yang berminat untuk pembinaan banglo mampu milik katanya boleh berhubung dengan pihak pengurusan Kohama.

“Setakat ini sambutan menggalakkan dan terlalu ramai minta bina rumah di tanah masing-masing,” katanya.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Page not found - Sweet Captcha
Error 404

It look like the page you're looking for doesn't exist, sorry

Search stories by typing keyword and hit enter to begin searching.