Milikki Rumah Sendiri

Mahukah anda jika saya ingin tunjukkan cara bagaimanaanda boleh memiliki rumah sendiri dan menyelesaikan sebahagian masalah kewangan anda disamping anda boleh jimatkan berpuluh-puluh ribu ringgit jika tidak membeli rumah dari pemaju perumahan dan serta tidak perlu menanggung pinjaman

perumahan yang membebankan. Tiap-tiap orang pasti akan memikirkan tentang memilikki rumah sendiri apabila tiba masanya tetapi harga rumah setiap tahun akan naik. “Jika anda serius untuk belajar dan ingin mengetahui kaedah penyelesaian dalam memiliki rumah maka luangkan sedikit masa anda untuk membaca ebook percuma dari saya di bawah ini.”

 

Saya hasilkan e-book ini berdasarkan teori dan pengalaman saya dalam industri pembinaan selama lebih 20 tahun. Saya gabungkan segala pengetahuan yang saya timba semasa menuntut dalam bidang pembinaan bangunan (building construction) dan juga pengalaman yang saya lalui dalam industri pembinaan di Malaysia. E-book ini lebih fokus kepada perkara-perkara yang perlu diketahui dalam proses pembinaan sesebuah rumah sebagai panduan kepada sesiapa saja yang bercadang membina rumah atau memilikki rumah memandangkan sesiapa saja memerlukan rumah apabila tiba masanya. Sebenarnya mengurus sendiri pembinaan rumah, anda boleh menjimatkan banyak duit. Harga rumah makin lama makin mahal disebabkan peningkatan harga bahan-bahan binaan beserta kadar upah pekerja juga meningkat. Harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju perumahan juga mahal. Macamana nak dapatkan rumah yang sesuai dengan kemampuan kita serta selesa dari segi keluasan dan berkualiti. Caranya adalah dengan mengurus sendiri pembinaan rumah anda.  Anda tidak perlu berhenti kerja bagi menguruskan pembinaan rumah anda kerana saya dapati banyak kakitangan kerajaan terutamanya yang berjawatan juruteknik awam (civil works) tidak kiralah dari JKR, Majlis Daerah, Pejabat Daerah, guru-guru sekolah dan lain-lain yang buat part time menjadi kontraktor dengan membina rumah-rumah kemudian menjualkannya kepada pembeli.

Ebook ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya dalam bidang binaan selama lebih 20 tahun bersama dengan anda-anda semua. Ini adalah kerana saya dapati banyak sungutan pembeli-pembeli rumah tentang rumah yang beli dari pemaju atau mengupah kontraktor antaranya ialah:-

  • Rumah lambat siap
  • Kos meningkat
  • Harga rumah bertambah mahal
  • Rumah cepat rosak
  • Kemasan tidak cantik
  • Bahan binaan tidak berkualiti
  • Pemaju / kontraktor lepas tangan
  • Pembeli tidak puas hati dengan mutu binaan
  • Pembeli rasa tertipu.

 

 

 

 

2 Comments

  1. Anna berminat utk bina rumah sendiri atas keluasan tapak 100×100.Lot sendiri.tp kami hanya mempunyai modal lebih kurang RM90k-RM100k.n kami tdk dpt menganggarkn 1)berapa size rumah yg akn dpt kmi bina dgn kos skadar RM90k dgn bebanan lot harus d timbus separas@tapak lbh tinggi dr paras jalanraya yg lebihkurang 10kaki dlm.tapak lot adl kaw rendah+mudah banjir.2).mn yg lbh jimat kos utk rumah 2 tingkat (a.rumah ats papan,tkt bw konkrit or vs b)kedua2 tingkat smuanya binaan konkrit? Tq.

    • Salam Christal Anna @ Aslinah…

      Utk anggaran kos pembinaan rumah atau keluasan rumah berdasarkan budget yg ada sila klik link ini :http://bina-rumah.com/wp/pengiraan-kos-bina-rumah-dan-kos-bahan/

      1. tambun tanah 10ka dlm memang banyak…perlu berurusan dgn kontraktor kerja tanah. Harga dia org pakai per trip lori. 1 lori roda 10 boleh muat 10 ~ 12 m3. Harganya sekitar RM10 ~ RM12/m3.
      2. Rumah papan saya tk biasa buat…. harga kayu skrg mahal tapi upah tukang murah dari rumah batu..Walaubagaimanapun rumah separuh konkrit dan separuh papan adalah lebih murah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Page not found - Sweet Captcha
Error 404

It look like the page you're looking for doesn't exist, sorry

Search stories by typing keyword and hit enter to begin searching.