Minat jadi kontraktor

Minat jadi kontraktor?

Apa makna kontraktor? Kontraktor adalah pihak yang diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang  menawarkan kerja  yang dipanggil pemilik/owner/client.  Mandat ini berbentuk surat tawaran / letter offer atau yang biasa dipanggil L.O saja di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga.Pemilik/owner selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut.

 

Tender/sebut harga

Pihak yang paling banyak mengeluarkan tender adalah pihak kerajaan melalui agensi atau jabatan-jabatan seperti JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah , JPS, dan banyak lagi jabatan lain yang melalui kementerian masing-masing.

 

Tender-tender ini akan dikeluarkan sendiri melalui jabatan masing-masing atau melantik agensi yang lebih arif seperti  Jabatan Kerja Raya(JKR) ataupun melantik pihak luar seperti  firma-firma perunding civil, Juruukur bahan, arkitek dan lain-lain bergantung kepada jenis kerja dan anggaran kos. Apabila dokumen tender siap pihak yang berkenaan akan mengiklankan tender tersebut samaada di akhbar-akhbar, papan kenyataan di jabatan-jabatan kerjaan atau di laman web masing-masing juga bergantung  kepada jenis dan nilaian sesuatu projek. Nilaian kos sesuatu projek akan menentukan kelas kontraktor yang boleh memasukki tender tersebut samada kelas A,B,BX,C,D,E, atau F.

 

KELAS PENDAFTARAN

 

Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.

Kontraktor  Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.

Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.

 

Had kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah seperti berikut:

 

 

KAWASAN OPERASI

 

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran seperti berikut mempunyai kawasan operasi seluruh Negara:

 

i)             Kelas A, B dan C

ii)            Kelas D dan E yang bertaraf Bumiputera

iii)           Kelas F

 

Di Negeri Berdaftar Sahaja

 

Syarikat yang berdaftar dalam kelas-kelas pendaftaran berikut dibenarkan beroperasi di dalam negeri ianya didaftarkan sahaja:

 

Kelas D dan E

 

Kerja Undi, Sebutharga dan Requistion

 

Kontraktor kerja Kelas F dibenarkan menyertai kerja undi, sebutharga dan requisition hanya di dalam kawasan pentadbiran Daerah atau Wilayah Persekutuan yang ianya didaftarkan oleh PKK.

 

 

KEPALA DAN SUB-KEPALA (BIDANG KERJA)

 

Kepala dan Sub-Kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam Pusat ini ialah:

 

  • Kepala I                -              Kerja Kejuruteraan Awam(Civil Engineering Works)
  • Kepala II               -              Kerja Bangunan(Building Works)
  • Kepala III             -              Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan danKejuruteraan Air(Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works
  • Kepala IV             -              Lain-lain Kerja Pakar Kejuruteraan Awam(Other Specialist Civil Engineering Works)
  • Kepala V              -              Kerja Kuari, Membekal Logam danTanah Kerja Angkut dan Pengangkutan(Quarrying Metal and Earth Supply,         Cartage and Transport)
  • Kepala VI             -              Kerja Perhutanan dan Pembangunan Tanah(Forest and Land Development)
  • Kepala VIII          -              Kerja Telekomunikasi(Telecommunication Works)

 

 


 

 

 

 

 

Comments

  1. Salam en Firdaus,

    Terimakasih krn bertanya,
    Harap bagi info yg lebih detail spt..
    1. Kelas yg ingin dipohon
    2.Pengetahuan/pengalaman dlm bidang binaan
    3.Kawasan operasi
    4.Sudah ada pendaftaran perniagaan atau belum
    5.Modal

    • firdaus says:

      salam…

      Kelas yang saya hendak pohon ialah kelas D tapi saya sudah bertanya di pkk mereka cakap permohonan untuk lesen sudah dibekukan buat masa ini..so saya bercadang utk meminjam kepada kawan dan nama syarikatnya dia pun setuju . pengalaman ada lah dalam 4 tahun..dalam bidang lukis melukis ni…pengalaman dalam bidang kontraktor ni ade la sikit2 tolong2 orang dulu n pegi site time check plan and spec atau perubahan kat site..kawasan cadangan operasi di sekitar kajang, bangi, semenyih je dulu setakat ini..pendaftaran perniagaan belum lagi tapi akan buat..modal ade la sekitar 30k, tapi saya cadang buat kecil2 dulu seperti pasang2 longkang / fencing / renovation / tiling / potong2 pokok asal tak melibatkan modal yang besar. Tq sudi kongsi pengalaman dan pendapat pada saya..

      • Salam,
        Maaf krn lambat respond….sibuk sikit…

        Pertama sekali saya ingin nyatakan bahawa utk buat keputusan samada nk berhenti kerja atau tidak adalah satu keputusan yg sukar di buat dan perlu barhati2. Jika Kerja en skrg sebagai pelukis pelan tidak terganggu maka tk perlulah berhenti kerja. Ramai mereka yg bekerja terutamanya juruteknik binaan di Jabatan kerajaan juga buat kontrak dgn cara pinjam lesen dari kawan. Tetapi mereka ini sudah ada networking tersendiri dan boleh kontrol projek hanya dgn telefon tukang atau pembekal.
        Memang skrg PKK bekukan permohonan lesen kontraktor…apa yg saya dengar ada ura2 CIDB akan ambil alih permohonan lesen2 baru..tapi tk tau bila..dan syaratnya lebih ketat.
        Jika buat masa skrg lesen kelas D perlukan seseorang yg ada sijil dari politek dlm bidang binaan spt civil engineering, QS atau yg berkaitan dgn binaan ada dlm syarikat. Drp pengalaman dan modal yg en ada…memang elok sangat buat kontrak kecil2 dulu. Kontrak kecil ni sesuai pohon kelas F bila permohonan lesen dibuka semula nanti. Pinjam lesen kawan memang satu kebiasaan dalam dunia kontraktor ni terutamanya kelas F dan sesuai dgn pengalaman dan modal yg en ada skrg ni..maka artikel ini saya focuskan kpd dunia kontraktor kelas F.

        Kelas F hanya dibenarkan beroperasi di daerah spt mana alamat yg terdapat dlm lesen PKK atau CIDB. Kedua2 lesen ini memang diperlukan utk beli sebutharga. Kontrak kerja kelas F memang banyak dan mereka yg ada lesen F juga ramai. Jabatan yg banyak menawar kerja kelas F adalah JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan JPS. Lain2 jabatan kurang sikit.

        Bagaimana nk dapatkan projek dan kira harga?
        Bab ini memang susah sikit bagi org yg baru ceburi bidang kontraktor ni. Persaingan di kalangan kontraktor kelas F amatlah tinggi. Cthnya jika majlis daerah/JKR atau pejabat daerah mengeluarkan 10 dokumen sebutharga maka yg akan hadir site visit lebih dari 100 kontraktor. Kadang2 tk ada site visit terus beli borang sebutharga(Bagi kelas F dipanggil sebutharga bukan tender). Biasalah dunia kontraktor berkait rapat lobi melobi dan politik. Oleh krn ramai yang masuk sebutharga maka harga yg dibida oleh kontraktor tk jauh beza. Kadang2 bezanya 2, 3 ratus RM saja. Pihak jabatan yg mengeluarkan sebutharga tidak terikat utk mengambil kontraktor yg menawarkan harga yg paling rendah. Jawatankuasa penilaian sebutharga menilai mengikut budget yg disediakan bagi sesuatu projek dan ramai kontraktor menawarkan harga menepati spt yg dikehendakki. Maka ia menjadi kesukaran nak memilih kontraktor yg layak memenangi sesuatu sebutharga itu. Di sinilah lobi melobi memainkan peranan. Sesiapa yg mempunyai hubungan baik dgn pihak atasan sesuatu jabatan yg mengeluarkan sebutharga mempunyai peluang yg lebih baik tetapi bagi sesetengah daerah pihak yg ada hubungan dgn parti politik yg memerintah kerajaan lebih lebih berkuasa menentukan kontraktor mana yg memenangi sesuatu sebutharga.

        Kebanyakkan kontraktor kelas F tidak berapa tahu nak kira harga sebutharga terutamanya kerja2 bangunan. Apa yg mereka buat adalah mendapatkan maklumat dari org dalam sesebuah jabatan utk mengetahui budget yg disediakan utk sesuatu projek. Drp budget ini ditolak 5% kemudian dipecahkan mengikut kesesuaian item2 yg terdapat dlm sebutharga. Ianya sudah menjadi budaya sejak dulu lagi.

        Jadi bagi en yg baru nak bermula saya syorkan eloklah menjadi sub-cont terlebih dulu dgn membuat kerja2 dari main contractor bagi membina networking dikalangan mereka yg terlibat dlm bidang binaan setempat samada tukang2, pembekal, kedai hardware, juruteknik awam dan juga mereka yg ada saluran politik krn setengah2 peruntukkan bagi sesebuah jabatan bagi mengadakan projek diusahakan oleh YB kaw tersebut samada negeri atau persekutuan.

        Setakat ini dulu sebagai panduan…

  2. firdaus says:

    bang…saya hendak tanya sedikit dan minta ilmu sedikit dari pengalaman abang..macam ni ceritanya, saya seorang pelukis pelan dan saya ada membuat kerja2 freelance juga la..kini saya bercadang untuk berhenti kerja dan ingin menjadi kontraktor dan pelukis pelan secara sendiri, adakah tindakan saya betul? bagi budak baru macam saya ni yang tiada apa2 apa yang perlu saya lakukan..?bagai mana saya hendak mendapat tender sedangkan saya tiada pengalaman?bagaimanakah cara untuk mengambil harga standart dan dimana perlu saya rujuk?.sekian terima kasih..kalau abang ada nasihat bagi budakbaru macam saya ni di persilakan..

Speak Your Mind

*

Powered by sweetCaptcha