Pelabur berebut beli hartanah ekoran susutan ringgit

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah Malaysia menjadi rebutan pelabur tempatan dan luar negara ekoran penyusutan ringgit.

Perunding hartanah Knight Frank Malaysia berkata, situasi itu dilihat menerusi beberapa transaksi pelaburan hartanah komersil utama baru-baru ini seperti pembelian Integra Tower dan DoubleTree oleh Hilton.

Pada masa yang sama, gaya hidup memiliki rumah kedua semakin popular di Asia dan trend itu dijangka bertambah dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberi impak positif terhadap pasaran global.

Syarikat perunding hartanah itu meramal prospek jangka panjang bagi peningkatan modal boleh menjadi positif jika penawaran dikekang sama ada disebabkan kawalan perancangan yang ketat atau tempoh pertumbuhan ekonomi berterusan.

“Menurut Indeks Kediaman Antarabangsa Utama kami baru-baru ini yang menjejaki harga 100 pasaran kediaman mewah di seluruh dunia, pasaran rumah kedua tanah besar mencatatkan 2.6 peratus kejatuhan harga pada 2014,” katanya.

Menurut Knight Frank, minat warga Asia dalam pembelian gaya hidup rumah kedua akan mengukuh tetapi masih terdapat keinginan untuk menjana pendapatan daripada pemerolehan mereka melalui perusahaan komersil seperti penyewaan percutian.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Page not found – Sweet Captcha
Error 404

It look like the page you're looking for doesn't exist, sorry

Search stories by typing keyword and hit enter to begin searching.