Pelan Rumah

PELAN RUMAH

Pelan rumah adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci dilukis oleh pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program AutoCad.  Pelan yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1 . Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print sebagaimana yang dikehendakki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk blue print .

Pelan rumah ada 3 jenis iaitu:-

1.  Pelan arkitek

Pelan arkitek mengandungi:-

  • Pelan lantai
  • Pelan pandangan hadapan dan belakang
  • Pelan pandangan sisi kiri atau kanan atau kedua-duanya.
  • Pelan keratan
  • Pelan lokasi
  • Pelan kunci
  • Pelan tapak

Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana di tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang digunakan, rekabentuk bumbung, system bekalan air / letrik, kedudukan rumah di dalam lot tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan tersebut.

Jabatan Perancang Bandar akan menyemak status lot tanah berdasarkan salinan geran tanah yang mesti disertakan bersama. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti tiada apa-apa halangan jika dibandingkan dengan draf/pelan perancangan masa depan oleh kerajaan tempatan. Contohnya kerajaan telah membuat perancangan bagi 5 tahun akan datang bagi pembesaran jalan, pembinaan sekolah dan sebagainya untuk kepentingan orang awam atau rakyat. Jika lot tanah tapak rumah anda terlibat dengan pengambilan tanah maka jabatan perancang Bandar akan menasihati anda supaya mengalih kedudukan rumah yang dirancang tetapi perlu mematuhi kehendak undang-undang kecil bangunan seragam yang yang telah ditetapkan.

2.  Pelan Pembentungan

Pelan pembentungan adalah pelan system aliran sisa-sisa air buangan dan najis seperti septic tank, waste paip, manhole dan soakway pit. Pelan septic tank dilukis mengikut sebagaimana spesikasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar/pengilang barangan tersebut.  Ada beberapa jenis septic tank di pasaran dan pihak pengeluar sebenarnya sudah mendapatkan sijil kelulusan sebelum ia dipasarkan dan digunakan. Pelan septic tank yang diserahkan kepada Jabatan Pembentungan di negeri seluruh Negara adalah bagi memastikan kita menggunakan septic tank yang diluluskan saja.

3.  Pelan Struktur

Pelan struktur dibuat kemudian hanya setelah pelan arkitek  sudah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masing-masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur bangunan/rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas,grd. Beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz , ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan

Contoh Pelan Arkitek

3d image pad footing dan grd beam


9 Comments

  1. Assalamualaikum..tuan
    Saya ingin membeli tanah dan membina rumah atas tanah tersebut.
    Mohon pencerahan sekiranya sy boleh dptkn khidmat bantuan tuan utk uruskn belian tanah..kemudian membina rumah atas tanah tersebut.
    Anggaran harga tanah : 100k
    Anagram harga rumah : 80k
    Mohon tuan tolong uruskn utk government loan..

  2. salam…

    pohon bantuan tuan beri pendapat…saya nak lay BRC utk first floor slab bg rumah 2 tingkat…saya bercadang menggunakan brc A9 atau A10 CQ…jarak anatara beam adalah 15 kaki..

    • w’salam…
      Soalan ini sepatutnya kena tanya civil engineer/consultant krn ini bab design. Tapi berdasakan pengalaman utk span 15ka antara beam biasa gunakan 2 layer BRC A10 serta di hujung sekelilingnya perlu ada stater bar L-shape utk mengikat BRC dan besi beam.

  3. Salam En.,

    Boleh ke saya membina. 2 buah rumah semi D 2 tingkat berukuran 36 kaki x. 30 kaki?

    Adakah design berukuran sedemikian biasa dibuat org?

    Sekian terima kasih,

  4. SALAM. SAYA BERMINAT UNTUK MEMBINA SATU UNIT RUMAH KAYU SATU TINGKAT. SAIZ TANAH ADALAH 80 KA X 120 KA. CADANGAN SAIZ RUMAH ADALAH 30 KA x 50 KA., DENGAN SATU BILIK MASTER BEDROOM DAN 2 BILIK BIASA. TANDAS DAN BILIK MANDI 3 UNIT. TANAH TELAH SIAP DITAMBUN. KEDUDUKAN TEPI JALAN RAYA KAMPUNG KUALA SG LIMAU,KEDAH. SEKIAN, T. KASIH.

    • Salam,
      Sebagai panduan building by law..undang2 kecil bangunan seragam:-
      1. Jarak dinding rumah dgn sempadan tanah perlu ada minima 10ka. bagi sebelah tepi kiri/kanan dan sebelah belakang.
      2. Bahagian hadapan minima 20ka jarak antara dinding rumah dengan sempadan tanah.
      2.Tanah corner lot – sebelah tepi yang menghadap ke jalan bersebelahan minima 20ka.
      Wassalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Page not found - Sweet Captcha
Error 404

It look like the page you're looking for doesn't exist, sorry

Search stories by typing keyword and hit enter to begin searching.