PENGELUARAN BAYARAN

 

1. PENGELUARAN BAYARAN
1.1 Bayaran pinjaman/pembiayaan perumahan akan dikeluarkan setelah menerima surat tuntutan bayaran yang lengkap daripada pemaju/kontraktor/peguam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan serta mematuhi maklumat-maklumat seperti di Senarai Semak.
1.2 Bagi rumah yang di dalam pembinaan, bayaran pinjaman/pembiayaan adalah secara berperingkat mengikut kesiapan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
1.2.1 Bayaran kepada pemaju yang berdaftar dengan KPKT adalah mengikut Jadual G atau H di dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989;
1.2.2 Bayaran kepada peguam bagi pemaju yang mendapat pengecualian Lesen Pemajuan Perumahan daripada KPKT adalah mengikut jadual bayaran yang terkandung dalam Perjanjian Jual Beli;
1.2.3 Bayaran kepada peguam mengikut jadual bayaran yang terkandung di dalam Perjanjian Jual Beli berdasarkan ketetapan Ordinan Negeri Sabah; dan
1.2.4 Bayaran kepada peguam mengikut kaedah bayaran berdasarkan ketetapan Undang-Undang Negeri Sarawak.
1.3 Bagi rumah yang telah siap/tanah, bayaran adalah secara sekali gus kepada Pemegang Pertaruhan.
1.4 Jika hartanah di cagar kepada bank/institusi kewangan, bayaran tebusan adalah kepada bank/institusi kewangan dan dihantar melalui Pemegang Pertaruhan.
1.5 Peraturan bayaran tebusan hutang bank yang melibatkan wang beza antara harga hartanah dengan jumlah pinjaman yang diluluskan.[klik]
2. SYARAT-SYARAT  BAYARAN
2.1 HAKMILIK ADA BEBANAN/GADAIAN
2.1.1 JENIS I
a. Bagi kes Gadaian, bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara sekali gus dikeluarkan selepas Borang Gadaian di terima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Gadaian dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan; atau
b. Bagi kes Assignment, bayaran tebusan bank/institusi kewangan  secara sekali gus dikeluarkan selepas Assignment Selesai.
2.1.2 JENIS III
a. Bagi kes Gadaian, bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara berperingkat dikeluarkan selepas Borang Gadaian diterima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Gadaian dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi  pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan; atau
b. Bagi kes Assignment, bayaran tebusan bank/institusi kewangan  secara berperingkat dikeluarkan selepas Assignment Selesai. Walau bagaimanapun,  berdasarkan kepada nombor Power Attorney(PA), bayaran tebusan boleh dibuat sehingga 80% (kecuali Negeri Sarawak) tertakluk kepada surat tuntutan bayaran dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat BPP kepada Pemegang Pertaruhan untuk pendaftaran Borang Cagaran di Mahkamah Tinggi.
c. Bayaran 100% dikeluarkan selepas cagaran kepada Kerajaan Malaysia disempurnakan. Bagi Negeri Sarawak, bayaran dikeluarkan selepas penyerahan hak selesai.
2.1.3 JENIS IV
Bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara sekali gus dikeluarkan selepas Borang Gadaian di terima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Gadaian dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan.
2.1.4 JENIS V
Bagi kes Gadaian dan Assignment, bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara sekali gus dikeluarkan selepas Borang Cagaran diterima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Cagaran dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah/Mahkamah Tinggi.
PERHATIAN:

DALAM KEADAAN DI MANA HARGA HARTANAH LEBIH TINGGI DARIPADA PINJAMAN YANG DILULUSKAN(TIDAK TERMASUK INSURANS) MAKA WUJUD WANG BEZA IAITU PERBEZAAN ANTARA HARGA HARTANAH DENGAN AMAUN PINJAMAN YANG DILULUSKAN. SEKIRANYA HARTANAH ITU DIGADAI KEPADA BANK/INSTITUSI KEWANGAN MAKA WANG BEZA HENDAKLAH DIGUNAKAN SEPENUHNYA TERLEBIH DAHULU UNTUK MENJELASKAN HUTANG BANK/INSTITUSI KEWANGAN BERKENAAN. SETELAH KESELURUHAN WANG BEZA DIGUNAKAN, BPP HANYA AKAN MENGELUARKAN BAYARAN UNTUK MENYELESAIKAN BAKINYA JIKA ADA.

2.2 HAKMILIK BEBAS GADAIAN
2.2.1 JENIS I
Bayaran harta dikeluarkan secara sekali gus selepas Gadaian Sempurna/Assignment Selesai.
2.2.2 JENIS II
Bayaran pinjaman/pembiayaan secara berperingkat dikeluarkan selepas Gadaian Sempurna.
PERHATIAN:

PENYEDIAAN JADUAL BAYARAN KEPADA PERJANJIAN KONTRAK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH MILIK SENDIRI ATAU TANAH YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN PERUMAHAN HENDAKLAH MENGIKUT PERINGKAT KESIAPAN SEPERTI BERIKUT:

Ansuran-ansuran yang kena dibayar % Amount (RM)
1. Apabila perjanjian selesai ditandatangani 10 00.00
2. Dalam tempoh dua puluh satu hari selepas peminjam menerima notis  bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
(a) kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan 10 00.00
(b) rangka konkrit bertetulang bangunan 15 00.00
(c)  dinding-dinding  bangunan tersebut berserta rangka-rangka pintu dan tingkap terpasang pada  tempatnya 10 00.00
(d)  memasang bumbung, pendawaian elektrik dan saluran paip(tanpa lengkapan) pada bangunan
tersebut
10 00.00
(e) kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut 10 00.00
(f)  jalan, parit dan saluran najis bangunan tersebut 15 00.00
3. Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan 15 00.00
4. Dipegang oleh peguamcara  sebagai Pemegang Pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor
seperti berikut:
5 00.00
(a) apabila tamat tempoh enam(6) bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
b) apabila tamat tempoh lapan belas (12) bulan selepas pemilikan kosong  – (2.5%)
Jumlah 100 00.00

 

2.2.3 JENIS III
a. Bayaran pinjaman/pembiayaan secara berperingkat dikeluarkan setelah Gadaian Sempurna/Assignment Selesai.
b. Berdasarkan kepada nombor perserahan gadaian/no. PA, bayaran boleh dibuat sehingga 80% tertakluk kepada tuntutan bayaran dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat BPP kepada Pemegang Pertaruhan untuk pendaftaran Borang Cagaran di Pejabat Tanah dan Daerah/Mahkamah Tinggi.
c. Bayaran kepada pemaju yang berdaftar dengan KPKT akan dikeluarkan melalui Akaun Pemajuan Perumahan (HDA)
d. Bagi Negeri Sarawak (kes Assignment), bayaran adalah setelah Assignment selesai.
2.2.4 JENIS IV
Bayaran harta dikeluarkan secara sekaligus selepas Gadaian Sempurna.
2.2.5 UBAHSUAI RUMAH
2.2.5.1 Kerja ubahsuai bagi rumah yang dibeli menggunakan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia
a. Bayaran kepada peguam akan dikeluarkan setelah Perbendaharaan Malaysia menerima dokumen berikut:
i. Hartanah yang ada Hakmilik Individu/Strata
a) Nombor Perserahan Gadaian bagi bayaran pertama 50%; dan
b) Gadaian Sempurna bagi bayaran 50% kedua(akhir) ATAU sekali bayaran 100% sekiranya kesiapan sepenuhnya;
ii. Perjanjian Tambahan bagi Hakmilik Induk (SPPP); atau
iii. Penyerahan hak telah selesai bagi Hakmilik Induk (SPPI).
b. Bayaran dibuat setelah mendapat pengesahan kesiapan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta(JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia dan dikeluarkan dalam dua(2) bahagian iaitu 50 peratus(%) pertama dan 50 peratus (%) kedua(akhir) ATAU sekali bayaran 100 peratus(%) sekiranya kesiapan sepenuhnya.
2.2.5.2 Kerja ubahsuai bagi rumah yang tidak dibeli mengggunakan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia
a. Bayaran kepada peguam akan dikeluarkan setelah Perbendaharaan Malaysia menerima dokumen berikut:
i. Gadaian sempurna bagi Hakmilik Individu/Strata; atau
ii. Penyerahan hak/penyerahan hak bersama bank telah selesai bagi Hakmilik Induk.
b. Bayaran dibuat setelah mendapat pengesahan kesiapan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta(JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia dan dikeluarkan dalam dua(2) bahagian iaitu 50 peratus(%) pertama dan 50 peratus (%) kedua(akhir) ATAU sekali bayaran 100 peratus(%) sekiranya kesiapan sepenuhnya.
3. PUNCA-PUNCA UTAMA KELEWATAN PENGELUARAN BAYARAN
3.1 PINJAMAN JENIS I DAN IV
3.1.1 Gadaian belum sempurna/Assignment belum selesai;
3.1.2 Penyata Baki hutang telah luput tarikh kerana peguam lewat mengemukakan Borang Gadaian yang telah disempurnakan.
3.2 PINJAMAN JENIS II
3.2.1 Gadaian belum sempurna.
3.2.2 Tiada laporan kesiapan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta;
3.3 PINJAMAN JENIS III
3.3.1 Gadaian belum sempurna/Assignment belum selesai;
3.3.2 Lewat mengemukakan No. Perserahan Gadaian/no. PA.
3.3.3 Tidak mengemukakan Aku janji baru jika Pemegang Pertaruhan bertukar nama atau bertukar firma guaman.
3.3.4 Dokumen tuntutan daripada pemaju tidak lengkap seperti berikut:
a. Tidak mengemukakan Borang 1/2004 dan/atau salinan surat pengesahan bank bagi bayaran melalui ‘Akaun Pemajuan Perumahan ;
b. Surat tuntutan/sijil arkitek tidak disahkan salinan sebenar jika bukan asal atau tiada no. Lot;
c. Salinan CF tidak disahkan atau salah no. Lot.
Tarikh Dikemaskini ( Rabu, 25 Julai 2012 09:50 )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *