RUMAH ANDA DAN PENYELENGGARAAN

PAGE INI SAYA KHASKAN KEPADA TUAN/PUAN YANG INGIN BERTANYA TENTANG KEROSAKKAN DAN PENJAGAAN RUMAH.

Tuan/puan yang ingin bertanya soalan bagaimana membaikki kerosakkan dipersilakan submit kt ruangan komen dibawah. InsyaAllah saya akan jawab sebaik mungkin.

 

Pintu belakang rosak krn kayu yg digunakan bukan dr kayu keras (hardwood timber at least grade B)

 

112 Comments

  1. Salam tuan,
    rumah saya baru siap dibina menggunakan bata putih.
    Apa yg merisaukan sy ialah simen dinding luar byk yg merekah (hairline crack) serta terdapat struktur window concrete beam mula retak menegak (dlm & luar dinding). Boleh minta pandangan apa yg sedang berlaku? sy suda bertanya pada kontraktor namun alasan yg diberi ialah ia adalah perkara biasa lapisan simen dinding mengering lalu merekah sedikit. Sy ada meminta kontraktor untuk hack dan simen bahagian yg serius tapi cuma disapu dgn compound dan dicat semula. Apakah cara penyelesaian bagi masalah ini?

    • W’salam…

      Memang biasa berlaku sebab kontraktor/tukang yg buat kerja tu tak cermat atau tk bertanggungjawab. Retak hairline sbb plaster byk campuran kapor..boleh settle dgn patch up polly filler. Tp retak dekat tingkap atau pintu sbb masa ikat bata tk ingat letak wiremesh at every 4 layer dan antara frame tingkap atau pintu dgn dinding mesti ada alat ikatan spy tk retak iaitu yg dipanggil fishtail…
      Pada pandangan saya kena hack dinding area terlibat dan pasang benda2 yg tertinggal sebelum ikat bata semula..

  2. salam sejahtera tuan, saya tinggal appartment, masalah saya, syiling rumah saya ada ada sedikit retak dan ada air menitik, apa cadangan tuan ya supaya saya dapat membaikinya. terima kasih

  3. Salam,

    Nak tanye anggaran kos kalau nak buat semula structure bumbung…

    Rumah saya dibina pada tahun 2003…Baru-baru ni terkena serangan anai-anai…sbhgn kecil beam rosak…tapi saya fikir lebih baik tukar semua pada besi/aluminium (maaf saya xtau sgt tentang structure rumah ni)…ukuran rumah 20″ x 60″…

    Terima kasih.

    • W’salam ..

      Bumbung besi C-Channel light weight sebenarnya di fabricate & install oleh sykt yg ada bengkel fabricating…bawak pelan rumah (roof beam) dan mereka akan fabricate struktur bumbung. Bila siap mereka akan hantar dan pasang sekali…tp kepingan atap kena tukang atap yg pasangkan. Harga saya tk pasti..

  4. Salam tuan. Sy ingin membuat tambahan bahagian belakang rumah dengan sais 14 kaki panjang dan 24 kaki lebar. Atap menggunakan slab dan saya juga bercadang untuk menyambung tingkat atas pada masa depan. Soalnya berapa kolun tiang perlu dibuat untuk tampung beban binaan. Berapa luas saiz pad footibgnya? Adakah memadai buat tiga colum/tiang sahaja dan sambung di colum bangunan asal. Terima Kasih

  5. Salam en Kontraktor.

    Kami sedang melakukan entension rumah teres…di tepi rumah asal ,menambah 2 bilik di bawah dan 1bilik +2bilik air di atas . Semua bilik ini bercantum dengan binaan asal.

    Apa yang menjadi kerisauan kami sekeluarga adalah pada mulanya beam-beam baru kelihatan agak senget…besi dalam beam tidak lurus bahagian atas dengan bawahnya. Perkara ini bila diberitahu , kontraktor cakap setelah siap bilik dan sapu simen masalah ini akan jadi OK.

    Setelah bilik dah di simen masalah ini masih wujud …frame untuk cermin juga kelihatan senget dan binaan baru tidak betul-betul lurus dengan binaan asal.

    Apakah yang boleh dilakukan ? Adakah ini perkara biasa? Jika dibiarkan adakah akan mengakibatkan keretakan dan keruntuhan pada bangunan ?

    Terima kasih.

    • W’salam ..
      Masalah ni terjadi krn tukang buat kerja tk cermat..mmg ada berlaku…cuma dr pandangan mata kurang selesa kita lihat..tp dr segi struktur bangunan tkde masalah…adakah ketidaksamaan itu begitu ketara sehingga org lain yg lalu lalang pun terperasan?

  6. Salam sy nak tanya….

    Berape cost RM kalo nak tambah bilik tingkat atas.? Bawah xnak bilik bio tanah kosong je… Luas tanah lebih kurang 40kaki panjang and 8/9kaki lebar.?

    Dan brp cost kalo nak buat balkoni jd bilik.? Keluasan 20kaki X 20kaki…

    Sy ade buat lakaran sendiri tp lakaran 3D lom siap sbb sibuk sikit… He he he he

  7. Salam tuan. Rumah saya rumah lama, dan dibina agak rendah. 4-5 tahun lepas, bapa saya timbus longkang tepi rumah bersebelahan bilik saya dengan tanah, and sekarang tanah tu lagi tinggi dari lantai rumah saya. Dan bila hujan, akan masuk air dalam bilik saya melalui dinding. Maybe dia bocor. Macam mana nak tampal ya? Kena panggil kontraktor atau boleh buat sendiri? Kalau boleh tanpa perlu robohkan semula rumah lah.

    • W’salam..

      Selepas ditimbus longkang sepatutnya buat longkang baru diatas tanah yg ditambun termasuk kakilima(apron) bagi alirkan air hujan ke longkang baru..jika tak mau longkang buat la lantai konkrit dr tepi dinding keluar dlm 5 kaki dan buat slope utk air lari ke luar…

  8. Nak tanya, camne cara nk repair penyambung antara gutter n rwdp yg ter cabut? Apa material yg perlu dibeli? Terima kasih atas bantuan..

  9. assalamualaikum…
    saya ingin tahu:
    1. adakah base konkrit utk kabinet dapur sebaiknya di buat selepas atau sebelum pemasangan mozek lantai.
    2. sekiranya kita ingin mengupah sesiapa utk memasang kabinet dapur seeloknya dibina base konkrit atau pihak tersebut yg membinanya dr A hingga Z ( maksudnya kita hanya menyediakan ruang dapur yang sudah dipasang mozek shj, dan selebihnya dibiarkan utk pemasangan kabinet dapur)

    • W’salam..

      1. Jika rumah baru bina…base konkrit ataupun counter top cabinet dibina sekali..dan finishing (tiles) disiapkan oleh tukang mozek kemudian nnti semasa pasang floor & wall tiles.

      2. Tukang mozek bina base konkrit dan pasang tiles…kabinet pula tukang perabut yg buat..

  10. salam tuan..

    Rumah saya sebuah rumah teres end lot berkeluasan 20 x 70. Tapi masalahnya apabila hujan aje dinding akan serap air, jadi lembap.Pernah beberapa kali masa ujan lebat air sampai memenuhi lantai rumah sampaikan karpet saya basah.kat dinding rumah berlapuk dan ada kulat. cat pun dah terkopek.. kawan2 kata saya kena buat waterproof. betul ke tuan? any suggestion? saya nak tau anggaran kos nye berapa ek sebab sepanjang dinding yg 70 tadi tu semuanya ade kesan air? saya duduk area JB. Terima kasih

  11. Assalamualaikum…
    Tuan…rumah sy baru je siap tp masalahnya dinding rumah x sekata dan berbiji2…plaster nya kasar..tp sy terpaksa cat sebab nk duduk rumah tu cepat… Sy cadang nak repair dinding tu .apa bahan nya dan mcm mana caranya… Terima kasih…

  12. Assalam tuan…mohon kepastian…adakah boleh terjadi pemeluwapan di atas siling? Sebab menurut tukang rumah kesan air pada siling kapur saya disebabkan air dr wap air kerana udara dlm diling terlalu sejuk semasa kejadian hujan bukannya masalah kebocoran atap atau perabung rumah. Hampir kesemua ruang poc, dapur dan area tepi2 ada kesan aliran air melalui rangka aluminium siling kapur menyebabkan dari bawah kelihatan hitam seperti atap yg bocor. Tolong bagitau saya apa harus saya lakukan? Rumah masih belum siap sepenuhnya skrg tengah pasang tiles tiba2 muncul masalah ini.

    • W’salam…
      Tak ada pemeluawapan …itu sebenar kebocoran tp tk serius , wlbgaimanapun ia merata-rata tempat. Ini mungkin disebabkan hujan yang terlalu lebat bercampur dgn angin kencang..Wlpun secara normal atap tk bocor tp dgn hujan sebegini, angin kencang boleh membawa masuk air melalui celah kepingan atap. Rumah yg biasa tk bocor juga akan bocor sikit2 dlm keadaan hujan yg luar biasa lebatnya.

  13. Salam, saya nak tanya semalam ada air keluar dari atas syiling dalam bilik air master room dan ada air menitik dr syiling di tangga rumah saya. Saya rasa mungkin tangki air bocor. Perlukah saya tukar tangki atau tangki boleh ditampal sahaja? Dan berapa kosnya untuk rumah dua tingkat?

    Soalan kedua. Rumah saya ada dua bilik air ditingkat atas rumah, masalah saya ialah kadang2 air menitik ke tingkat bawah rumah di kawasan bilik air tersebut. Salah satunya saya dah berhenti guna sebab masalahnya agak serius dan menyebabkan syilling dan dinding bawah rosak. Masalah ni terjadi pada jiran2 saya juga. Apa tindakkan yg saya perlu lakukan. Buat pengetahuan rumah saya dah berusia 9 tahun.
    Terima kasih. Harap tuan sudi membantu.

    • W’salam…sebaiknya sebelum panggil tukang paip check…biar kita sdri check kat dari mana datangnya air tu samada tangki bocor atau sambungan paip yg longgar supaya tak ditipu. Jika betul bocor eloklah ditampal…tanya kedai hardware bahan utk tampal tangki air.

      Soalan kedua: mmg biasa berlaku bila dah bertahun2…tkdev cara lain kecuali buang semua floor tiles dan 1 jalur bhg bawah wall tiles… kemudian lay waterproofing pada lantai dan dinding bhg bawah tu…pastu pasang tile baru..

  14. salam
    Saya nk pasang siling rumah.tapi masalah atap zink kilang mungkin bocor @ senget apabila hujan akan ada air menitik.sekiranya sy buka semua atap zink dan pasang aluminium penghalang haba tu adakah boleh diguna balik? Atau tampal yg bocor sahaja..aluminium penghalang haba tu adakah berkesan utk mngurangkan haba dlm rumah?

    TQ

  15. Salam.
    Untuk membina pagar chain link.
    Apakah kaedah yg sesuai utk membina beam pagar.
    beam di dalam tanah atau beam yg di bina atas tanah?
    minta cadangan dr tuan

  16. Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanya tentang masalah kebocoran air yang berlaku diantara dinding rumah teres yang sukar diketahui puncanya. boleh tuan terangkan?
    Sukar bagi saya untuk mencari sub-kontrakor yang boleh dipercayai di sekitar ampang. Boleh tuan beri cadangan?

    • W’salam….harap puan siti beri keterangan yg lebih detail…dinding mana yg selalu bocor(dinding antara rumah puan dgn rumah sbelah atau dinding bilik air ke)…masa berlaku (bila hujan je atau tk tentu)

  17. Salam Tuan, saya nak pasang steel column dan steel joist utk support bumbung yang melendut. Nak tanya kalau nak korek lubang utk footing & buat stump kena berapa dalam? Dan kekuatan steel column & joist dari hollow steel berapa?

    • W’salam,
      Sebenar soalan ini patut diajukan kpd civil engineer…sbb ia berkaitan dgn kekuatan struktur bangunan dan design.
      Sebagai kontraktor saya hanya mengerjakan apa yg diarahkan dlm construction drawing.

  18. salam

    Saya bercadang untuk mengecat semula atap genting (Bukan clay) . Buleh tuan terangkan cara diy untuk mengecat atap genting.

    • Cat atap tk sama dgn cat dinding…pegi kedai hardware/cat…tanya cat utk atap..
      Caranya buang semua lumut2 yg terlekat pada atap…tk kisah nk guna apa asal tidak rosakkan atap. Pastu sapu cat pakai roller atau bahagian2 yg susah pakai berus…lepas kering sapu cat lagi. Kesemua 3 layer sekurang2nya.

  19. Slm..saya ingin tahu.. berapakah ukuran tinggi menara tangki air di luar rumah? Bagi rumah banglo setingkat..maklum

  20. saya bercadang untuk besarkan bahagian dapur (rumah 2nd storey), anggaran extend 10ka x 9ka & menggunakan atap genting. Bagaimana kaedah yang betul semasa membuat beam (dari segi size dan kedalaman). Dan untuk tembok 5ka tinggi (panjang :12ka), adakah perlu bina beam (tiang konkrit), jika perlu, berapa jarak antara beam, size beam & kedalaman dlam tanah untuk beam.

    • 1.Apa yg saya faham dr soalan En.faizal: rumah 2 tingkat dan nk buat sambungan dapur(tkt bawah). Lebar beam biasa la 5in (125mm). Tinggi beam bergantung kpd ketinggian lantai rumah yg sediaada tu dgn paras tanah dan juga samada lantai dapur baru ni ada “drop” tak dgn lantai lama. Contoh: Tinggi lantai rumah lama dgn paras tanah= 450mm high dan lantai dapur yg baru akan direndahkan (drop) 100mm berbanding lantai lama. Beam yg tertanam dlm tanah adalah 150mm. Maka tinggi beam yg nak kena buat adalah: (450-100) + 150 = 500mm high.

      2.Tembok 5ka tinggi dan panjang 12ka: dikedua2 hujung kena ada tiang konkrit. Tk perlu tiang di tengah…wlpun biasanya setiap 10ka kena ada tiang..

      3.Kecondongan atap genting tk boleh kurang dri 25 darjah.

  21. Salam,

    Saya bercadang ingin mengganti bumbung zink di bahagian dapur berkeluasan 10 x 20 kaki. Material apa yang sesuai dan ekonomi serta berapa anggaran kos? Berapa pula kos untuk buat waterproofing pada slab seluas 3 x 4 kaki?

    • W’salam…
      Guna asbestos roofing sheet…sama bentuk mcm zink cuma material berlainan…harga skrg tk pasti mungkin antra rm2.60 ~rm3.00 sekaki.
      Waterproofing: buat sendiri jer…pegi kedai hardware..tanya wterproofing coating…sapu mcm sapu cat sekurang2nya 3 layer…

  22. Salam Tuan,

    Saya mempunyai rumah teres setingkat yg siap pada tahun 2010. Baru2 ini, jiran saya ada membasuh rumah. Masalahnya, dinding yang bersebelahan dgn jiran saya didapati dimasuki air. Saya menjadi khuatir dan bimbang, adakah kontraktor yg membuat rumah saya tidak ikut spesifikasi. Adakah ini menjejaskan struktur bangunan rumah saya? Buat pengetahuan tuan, rumah jiran saya agak sedikit tinggi dari rumah saya dalam 0.3 Meter.

    Persoalan kedua saya, di depan rumah saya ada bumbung slab konkrit. Saya dapati hampir semua rumah jiran saya air hujan meresap ke syiling termasuk saya. Adakah ini merbahaya jika biarkan ia begitu sahaja? Jika saya buat spt ‘coating’ berupa seperti sapu cat di permukaan atas, mungkin ia bkesan, tetapi jiran2 saya tidak membuatnya, adakah ini membahayakan juga?

    • Projek perumahan memang biasa dibina dikawasan bertanah cerun landai…sbb itulah rumah en dgn rumah tingginya berbeza 0.3m(1ka)…tapi setakat basuh rumah rasanya tk mungkin air boleh masuk ke rumah en. kecuali ada tempat2 yg ada rekahan atau workmenship masa bina dulu tk ikut spec atau tiada pengawasan. Masalahnya bkn rumah en. tapi rumah sebelah tu kena tanggalkan sebaris floor tiles dan sapukan waterproofing coating.

      Bumbung slab: air hujan meresap …ini perkara biasa..(tak bahaya). Konkrit slab bkn nya waterproof. Ya caranya sapukan waterproofing coating sekurang2nya 3 layer..

  23. As-Salam Tuan… utk pengetahuan tuan saya telah membuat renovation dan extend rumah (semi-d) 5 tahun lepas. baru-baru ini, tiles dalam rumah terangkat, dinding extend retak teruk begitu juga dgn plaster ceiling telah pecah. Setelah bertanya jiran sekeliling mereka mengatakan terdapat soil movement di belakang rumah dan itu menyebabkab mana-mana rumah yang membuat extension di belakang serta tepi akan retak. Pertama.. perlukah saya mengupah pakar dalam mengetahui berapa teruk soil movement tersebut. Kedua.. apa yang perlu kontraktor buat bagi memperbaiki masalah ini dan seterusnya mengelak dari rumah retak akibat soil movement. Ketiga…. boleh tak tuan syorkan kontraktor yang boleh di percayai utk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih tuan.

    • W’salam..
      Jika ada kawan2 civil engineer boleh tanya dan minta pendapat…
      Pendapat saya: bina tembok penahan dibelakang rumah dpt imej dibawah ini…cari kontraktor yg biasa dgn civil works…minta maaf saya tk boleh nk rekomekan mana2 kontraktor krn telah lama tinggalkan bidang construction ni…kawan2 semua dah lost contact..
      wall

  24. Salaam tuan.Sy bru rnovate rumah.tp slap(siling konkrit) dlm rumah x rata.Sy bcdang nk tutup dgn siling Asbstos biasa n kayu spin.bole Ke? Adakah Nt meruap sprti siling kapur?

    • Slab konkrit bhg bawah memang lah kasar dan tk rata tapi ianya boleh dirata dan dilicinkan dgn simen plaster yg biasa…sy cadangkan cari tukang plaster yg mahir..jika nk gunakan sikm coat pun boleh..
      skimcoat

  25. Assalam.tuan..saya baru beli satu unit banglo satu setengah tingkat.rumah itu da di dirikan siap 2thn atas tanah paya yg ditambak lebih 5thn..masalah yg kami hadapi sekarang..terdapat beberapa keretakan pada struktur bangunan terutama pada bhg hadapan rumah iaitu di bhg parking dan sekeliling anjung rumah.Mendapkan tanah yg mnyebabkn punca keretakan tersbut..bagaimana kami harus mnyelesaikan masalah tsebut dan mmastikn masalah mendapkan x berulang.

    • Wsalam…
      Adakah rumah2 lain berdekatan mengalami masalah yg sama? Adakah keretakkan juga berlaku pada dinding rumah? Jika tiada bermakna tanah2 kaw keliling bangunan dan bhg parking tidak well compacted…kemungkinan aras lantai aras kakilima dan carporch lebih tinggi dr existing grd level krn ikut kehendak drawing…maka tanah perlu ditambun lagi utk capai ketinggian yg dikehendakki….tanah yg baru ditambun tidak stabil dan perlu dimampat terlebih dulu sebelum kerja2 konkrit dijalankan…
      Maka saya cadangkan supaya biarkan tanah tu mendap hingga sampai satu tahap ia tk akan mendap lagi…bila tanah tidak lagi mendap atau turun boleh lah dipecah2kan lantai konkrit dan jadikan spt lapisan crusher run…pastu buat lapisan konkrit baru diatasnya…

  26. tuan ,

    saya bercadang ingin extend belakang rumah 14×22, 2 tingkat :

    berapa saiz beam perlu dibina untuk ground beam, roof beam dan beam tengah?
    berapa tiang perlu dinaikkan dan saiz tiang tersebut?

    tq

  27. Salam Tuan,

    Saya hanya ingin bertanya kepada Tuan berkenaan kos untuk membina base konkrit untuk kabinet dapur L-shape berukuran 5’X10′ di samping kos untuk demolished utility room 5’x5’…

    • W’salam …
      -Harga lebih kurang RM50 ~ RM60 sekaki termasuk siap pasang tile (upah tukang). Bahan2 tuan rumah sediakan.
      -Demolishing works inclusive of remove debris/rubbish from site and make good / touch-up to existing surface : RM300 ~RM350(lump sum)

  28. salam tuan,

    mohon pertanyaan tuan bagi kos atap zink sepandek & rangka atap untuk keluasan rumah 2468sgf…

    berapa keping atap yg digunakan? rangka atap plak nak pakai berapa banyak?

    saya baru buat survey, kosnya agak tinggi… setiap pengedar memberikan kos yg berbeza2…

    boleh tuan berikan pandangan tuan, tq…

    • W’salam….
      Zink spandex atau metal deck roofing sheet selalunya dibekal dan dipasang oleh pembekal(kerja2 specialist). Dia org akan fabricate semua sekali kt bengkel berdasarkan pelan rumah en. bila siap diangkut ke site dan dipasang terus ke rumah. Semua kerangka dari besi C-chanel. Harga memang dia org yg control.

  29. Salam…sy baru beli rumah subsale 2 tgkat..
    Tp rumah tersebut mengalami masalah anai-anai…
    Sy risaukan keadaan bumbung..takut diserang anai2..
    Namun setelah diperiksa.. pihak kontraktor mberitahu yg struktur kayu utama bumbung ( sy tatau apa namanya ) masih ok..cuma kayu atau sekitar plaster siling yg telah rosak Dan kos membaiki kayu atau plaster siling tersebut adalah rm6000 …sy xsure kos tersebut adalah kos baiki shj atau kos termasuk mbuat semula plaster siling tersebut… Persoalannya adakah harga tersebut mmg sebegitu ?

    • Salam Zura…
      Sebenarnya utk bina plaster ceiling tk perlu kayu…sya tk tahu kayu yg mana yg dimaksudkan oleh kontraktor tersebut. Plaster ceiling menggunakan frame2 alumnium spt dlm imej di bawah. Kos bergantung kpd keluasan. Lebih murah jika deal terus kedai yg jual dan pasang plaster ceiling. Jika setakat 10ka x 10ka plaster ceiling harganya cuma +- RM 2k

  30. tuan,
    saya ingin bertnya…
    saya membeli rumah teres 2 tingkat, apabila menngunakan bilik air tingkat atas, air akan menyerap menyebabkan menitik ke tingkat bawah, adakah cara waterproofing tanpa memecahkan tile @ mozek yang sedia ada?

    • Salam aki…
      Setakat yg saya tahu memang tak ada cara lain….bilik air bocor mungkin tk lay waterproofing atau workmanship kurang baik. Bhg yg selalu bocor adalah antara konkrit slab dan waste water pipe spt dlm imej di bawah:-

  31. salam, saya ada sedikit masalah berkenaan dengan tiles/jubin.rumah saya baru siap dibina okt 2012,saya telah memasang tiles 2’x2′ untuk kabinet dapur saya,sekarang ini tiles yg dipasang itu sudah merekah dekat sambungan dia..bila diketuk ia berbunyi seperti bawah permukaan itu kosong,saya bimbang untuk meletakkan barang yang berat ke atas permukaan tiles tersebut.boleh bagi cadangan bagaimana saya harus membaiki kerosakan tersebut.

    • W’salam..
      Merekah kt sambungan memang biasa berlaku…bergantung kpd workmanship tukang tile semasa manyapu dan menutup ruang dgn simen berwarna. Begitu juga dgn ruang kosong di bawah tiles bergantung kpd tukang semasa memasang tile tidak cermat dan hendak cepat siap. Walaubagaimanapun tk ada masalah nk letak barang2 berat diatasnya krn ketebalan tile 2ka x 2ka hampir 10mm. (tile buatan malaysia kira ok dan kuat). Tapi buatan cina sy tk berani cakap krn mutunya rendah dan mudah pecah. Nak baiki kerosakan tk ada cara…kecuali tukar dgn tile yg lain. Tile yg sudah dipasang jika dikeluarkan dah tk boleh digunakan lagi.

  32. Salam tuan,

    Sy baru berpindah ke rumah teres 1 tingkat lama yg sudah dibina lebih 30 tahun. Masalah sy berkenaan air yg sgt perlahan dan apabila air digunakan di bilik mandi, air yg di dapur tidak dpt digunakan dan sebaliknya. Sy ada memangil kontraktor utk melihat keadaan itu dan dia menasihatkan sy utk tukar keseluruhan sistem paip besi yg mungkin sudah berkarat dan sumbat kepada paip pvc yg disambung terus dari meter air. Bolehkah tuan membuat anggaran kos tersebut? Atau tuan ada idea lain utk selesaikan masalah ini. Trima kasih…

    • Salam En Don…
      Masalah air perlahan kemungkinannya ada 2 sebab:-
      1.Tekanan air kawasan en. memang rendah tk boleh buat apa… cuba tanya jiran2.
      2.Sistem piping dlm rumah sudah lama dan berkarat sepertimana yg kontraktor tu ckp. Skrg org tk guna lagi G.I pipe tapi guna pvc utk piping dari tangki ke bilik air. Dari meter ke tangki, sinky(dapur) dan garden tap guna pollypipe.

      Saya tk boleh buat anggaran krn perlu lihat keadaan rumah En. dan kenalpasti dulu paip2 yg terlibat dan kaw yg kena gali serta dinding yg kena belah juga masalah yg mungkin berlaku. Lagi satu saya bukan kontraktor pipe. En perlu cari kontraktor yg hanya terlibat dlm kerja paip shj.

  33. Saya baru mendapat kunci rumah baru dan bercadang untuk DIY membina pagar tembok setinggi 5 kaki dan meluaskan gate utk membolehkan 2 kereta di parkir dalam rumah. Soalan saya :

    (1) Saya boleh dan tahu untuk mengikat bata tetapi adakah perlu tiang pagar perlu dibuat dengan konkrit dan menanam rebar atau cukup sekadar menggunakan batu bata saja?

    (2) Berapa dalam perlu buat asas tapak (foundation/footing) utk ikat batu pagar 5 kaki tersebut?

    (3) Berapa ketebalan yg perlu utk lantai yg akan dibeban dengan kereta dan perlukah pakai brc?

    (4) Bolehkah paip pvc (ukurlilit 4 inci) ditanam dlm konkrit? Adakah perlu sebarang lapik?

    (5) Untuk lampu di tembok pagar, bagaimana menyalurkannya di dalam lantai?

    T. ksh

    • Salam En Aziz..

      Soalan2 En :
      (1) Saya boleh dan tahu untuk mengikat bata tetapi adakah perlu tiang pagar perlu dibuat dengan konkrit dan menanam rebar atau cukup sekadar menggunakan batu bata saja?
      Jaw: Tiang pagar mmg perlu diletakkan setiap jarak 10ka. Boleh gunakan tiang pre-cast 5″x5″ yg ada dijual dibengkel2 konkrit. Tanam kedlm tanah 2 ~ 2.5ka dan dibungkus mass concrete 2x2x2ka.

      (2) Berapa dalam perlu buat asas tapak (foundation/footing) utk ikat batu pagar 5 kaki tersebut?
      Jaw: Ya mmg perlu (strip footing) sepanjang pagar. Lebar +- 1ka dan tebal 6in. Bhg atasnya biar tenggelam 2,3 in dari paras tanah.

      (3) Berapa ketebalan yg perlu utk lantai yg akan dibeban dengan kereta dan perlukah pakai brc?
      Jaw: Biasanya 4in tebal. Mmg perlu brc utk elak keretakan. Sebelum lapisan konkrit lebih baik lay crusher run/hardcore setebal 6″.

      (4) Bolehkah paip pvc (ukurlilit 4 inci) ditanam dlm konkrit? Adakah perlu sebarang lapik?
      Jaw: Utk apa paip 4″ dia ni? dan nk letakkan dlm struktur conc mana?

      (5) Untuk lampu di tembok pagar, bagaimana menyalurkannya di dalam lantai?
      Jaw: Gunakan paip pvc 1/2 in sebagai conduit pun boleh.

  34. Assalam tuan,

    Saya ingin bertanya tentang struktur untuk menguatkan tebing tanah. Tembok depan rumah( dekat pagar rumah) yg baru dibeli awal tahun ini telah retak dua dan senget sedikit. rumah saya terletak ditepi sekali di atas tebing dgn jarak pagar rumah dgn tebing adalah kurang 1 kaki. Tinggi tebing lebih kurang 1.5 m. Saya suspek tanah tebing tu telah terhakis/bergerak akibat hujan lebat yg menyebabkan tanah di bawah tembok rumah bergerak dan memecahkan struktur konkrit di tembok dan longkang di depan rumah.

    soalan saya, bagaimana sy perlu baiki kerosakan ini, dan perlukah saya buat tebing konkrit untuk mengelakkn kejadian lebih buruk berlaku. Saya telah tanye dgn pemaju, tapi mereka tidak dapt buat apa2 untuk tebing tu. Perlukah permohonan dibuat dgn pihak majlis perbandaran sebelum melakukan apa2?

    • W’salam Aifaa…

      Utk jangka masa panjang elok buat tebing konkrit (R.C retaining wall)…cari civil works contractor (kontraktor kecil shj). Jika tk ganggu lalu lintas/org awam tk perlu buat permohonan. Tapi ada baiknya maklumkan pada mereka. Di bawah ini saya buat sketch retaining wall utk panduan dan rujukan.

      • Terima kasih Tuan ats idea & kepakaran tuan. Rumah kami ini di Melaka, area Duyong. Kami amat alu2kan kalau tuan berminat menjadi kontraktor kami. TQ.

  35. Salam En Kontraktor Cyber..

    Saya nak tanya.. rumah saya 2 tingkat di atas bukit.. dan setiap kali angin kuat dan hujan lebat.. atap rumah saya akan bocor.. apakah kebarangkalian yang berlaku ke atas atap rumah saya?

    Satu lagi.. ruang dapur dan yard sentiasa ada air menitik secara perlahan2 di atas siling.. di atas ruang tersebut adalah bilik air.. apakah cara penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

    Adakah rumah akan mengalami kesan teruk akibat daripada air yang telah meresap ke dalam dinding rumah?

    Berapakah kos pembaikan bagi kedua-dua kes di atas.

    Terima kasih.

    • W’salam Faina….

      Sebenarnya atap rumah tk bocor jika dlm keadaan hujan yg biasa. Kebocoran berlaku bila hujan beserta angin kuat. Ini berlaku krn angin kuat telah menolak air hujan sehingga melebihi kecondongan 45%. Oleh krn rumah puan berada di atas bukit akan berlaku putaran / pusaran angin antara tempat tinggi dan rendah menyebabkan kdg kala pergerakkan air hujan + angin secara mendatar. Keadaan inilah menyebabkan air hujan dapat masuk melalui celahan antara tindihan kepingan2 atap genting.

      Bilik air tkt atas memang biasa berlaku masalah ini. Lantai konkrit dan floor tiles bukannya 100% kalis air. Lama kelamaan kebocoran pasti berlaku. Air akan dapat memasukkan celahan antara kepingan tiles dan masuk ke konkrit melalui saluran rerambut walaupun mengambilmasa yg lama. Kaedah penyelesaiannya ialah hacking dan buang semua floor tiles kemudian lay waterproofing. Pastu pasang tile baru. (cari specialist waterproofing kontraktor). Air yg meresap ke dlm dinding tk beri kesan pd struktur bangunan…cuma ia menyebabkan cat luntur dan tertanggal. Lama2 mungkin berkulat.

  36. Salam..
    Bilik air jiran saya yg berada di sebelah telah bocor dan kebocoran tersebut menitik di sebuah bilik ditingkat bawah rumah saya.. Setiap kali mereka menggunakan bilik air..Saya terpaksa menadah air kumbahan mereka di dlm bilik itu.. Perkara ini sudah berlarutan sejak 7 tahun lalu.. Saya sudah berbincang dgn mereka agar membuat waterproofing di bilik air mereka.. Tetapi mereka tetap enggan.. Sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka turut bocor tetapi mereka biarkan sahaja keadaan lembab sebegitu.. Saya rasa saya tidak mampu untuk bersabar lagi.. Saya pernah dengar ada satu kaedah menampal kebocoran menggunakan peluru dan senapang? Boleh tuan jelaskan dan kontraktor yg boleh saya hubungi secepat mungkin..

    • W’salam….
      Org biasa panggil peluru dan senapang atau kaedah tembak. Istilah sebenar adalah ” injection waterproofing “. Pada bhg bawah conc slab akan di plug-in sejenis alat spt nozzle di beberapa tempat kaw yg bocor. Pada nozzle ini disambung dgn paip/saluran yg dihubungkan ke injection engine. Prosesnya adalah ceacair yg dibekalkan bersama engine tadi akan di inject masuk kedlm ruang2 rekahan dlm konkrit slab. Cecair ini bila bercampur dgn air akan bertindakbalas dan mengembang memenuhi semua ruang2 yg ada. Selepas beberapa ketika ia akan mengeras lalu menghalang air kumbahan dari memasukki ruang yg bocor. Kerja ini dilakukan oleh specialist waterproofing kontraktor. Saya tk dapat rekomenkan tapi en boleh tanya tokey2 kedai hardware.

  37. salam encik

    saya ingin tahu anggaran kasar nak baiki rumah saya di klumpur

    umah saya tambah bahagian belakang 20ka x 9ka 10 tahun lalu bumbung atap asbestos

    keadaan sangat uzur dimakan anai anai

    saya akan menggantikan kayu dan atap kpd atap genting

    anggaran kasar upah tukang berapa en barang sY beli sendiri

    siling perlu ka ganti keadaan nya elok lagi
    saya berhasrat nak beli buku yang dalam internet tu macam mana cara nya

    • Salam En juhari bin hassan….

      Utk baiki rumah seseorang tukang perlu melihat sendiri keadaan rumah En bagi buat anggaran kos…Bagi kerja2 baiki atau
      renovation tk ada harga standard. Ianya bergantung kpd keadaan sebenar rumah yg nk dibaiki dan kerja2 yg terlibat.
      Kerja spt ini biasanya tukang akan memberi harga secara pukal atau lump sum. Utk semak samada harga yg diberikan setimpal atau
      tidak, En perlu tanya berapa hari dan berapa org pekerja yg digunakan. Drp maklumat ini en boleh kira harga sebenar tukang tersebut.
      Cth: 15 hari utk siap
      Manpower : 1 tukang, 1 semi skill, 2 general worker
      Tukang : RM 80 ~ 100/hari
      Semi skill: RM 60 ~ 70/hari
      General worker: RM 40 ~ 50/hari

      Tukang 90 x 15 = RM1350
      Semi skill 65 x 15 = RM975
      G. worker 45 x 2 x 15 = RM1350

      TOTAL = RM 3495 anggaran kos upah
      Tukang sememangnya akan meletakkan harga termasuk keuntungan sekali. Kebiasaanya kerja kecil mcm ni keuntungannya dlm RM500 ~ RM600.
      Maka jika tukang meletakkan harga +- RM4000 , iannya memang munasabah.

  38. assalam.. tuan, sy baru beli rumah n nak buat seditkit extension di tepi. ada kontraktor syorkan buat bumbung slab, dan ada yg syorkan bumbung genting. yg mana lebih tahan n lebih murah? boleh rekomen pd sy kontraktor yg boleh dipercayai sbb ramai kwn2 sy kena tipu , yg buat keje separoh jln. harap sgt2 tuan dpt membantu. dan sy perlukan id yg boleh designkan layout rumah sy. tqvm tuan

    • W’salam amy….

      Design rumah skrg memang byk gunakan atap slab….dan lebih murah serta nampak kemas. Tapi masalahnya kebocoran terutamanya di bhg penyambungan antara yg baru dan yg lama. Walaupun boleh apply waterproofing coating atau membrane tp ini tidak jamin leaking tidak berlaku selepas 3 atau 4 tahun. kesimpulannya atap slab perlukan penyelenggaran yg lebih berbanding atap genting. Atap genting pula lebih mahal krn banyak kayu dan concrete roofing tile digunakan. Minta maaf sya tk kenal kontraktor di kaw CIK/PUAN utk direkomen. Memanglah kontraktor ni ada yg menipu krn dia org otak bussines berbanding CIK/PUAN terus cari tukang rumah tanpa libatkan kontraktor.

  39. Salam tuan,

    Saya extend bahagian belakang/dapur rmh teres & buat slap konkrit, keluasan dlm 10×20 but recently ada leak between old beam & slapping. Macamana nak DIY this problem? Also, bahagian bawah slap/siling ada kesan lembap/basah.

    Your advise please

    • Salam Rizmai…

      Leaking memang biasa berlaku pada mana2 bangunan yg disambung terutama di kaw penyambungan. Concrete slab sebenarnya bukannya waterproof . Air hujan boleh serap masuk ke dlm konkrit sebab tu bhg bawah ada kesan lembab/basah. Utk DIY gunakan waterproofing coating. Ianya spt cat disapu pd on top of concrete slab sekurang2nya 3 layer. Cover semua area slab dan naikkan 5,6 in bhg tepi dinding.

      Jenama yg biasa adalah fosroc….ada banyak lagi di pasaran.

      Spesifikasi:-
      Fosroc brushbond is a flexible cementitous waterproofing system formulated to
      waterproof, fill and seals pores and voids of all masonry and concrete as
      follow:
      Planter box
      Reservoirs and watertanks
      Fountains
      Toilets, bathroom and kitchen
      basement
      Retaining wall and tunnel
      Concrete gutter

      It is a two component acrylic polymer modified cementitious coating. It
      consists of specially selected cements, graded hard wearing aggregates and
      additives supplied in powder foam together with a liquid component of blended
      acrylic copolymers and wetting agent. Brushbond is supplied as a 22.5kg pack:
      Powder 17.5kg
      Liquid 5.0kg

      • salam tuan,

        tq for the info. Last query, bilakah waktu yg sesuai untuk waterproofing, kena bersihkan dulu atas slab & any other advise before start DIY.

        TQ

        • W”salam Rizmai….

          Betul tu…bersihkan dulu surface, buang segala kotor dan lumut. Jika ada sembur dgn water jet. Biarkan kering baru lay waterprofing. Pastikan masuk ke dlm rekahan pada concrete surface. Biarkan kering dulu sebelum 2nd layer. Begitu juga utk 3rd layer.

          Cara bancuhan chemical dan cara apply ada tercatit pd bekas bahan waterproofing tersebut.

  40. Salam.

    Saya sedang buat ubahsuai rmhn dan bercadang utk tukar atap rumah sedia ada drp zink kepada jenis lain. Saya pernah dgr mengenai esbestos tp rasanya dh diharamkan wpun tahan lama. Ada tk cadangan jenis yg lain? Terima kasih

  41. hi, baru2 ni beberapa keping tiles di ruang tamu saya merekah dan pecah secara tiba2 (original tiles for 15yrs + already). Jika saya mahu membaikinya, perlukah saya membuka keseluruhan tiles di ruang tamu itu atau membuang yang rosak sahaja dan diganti yang baru. Ada pendapat mengatakan jika saya mengantikan yang rosak sahaja kemungkinan yang lain2 akan turut pecah juga bila tiba masanya dan sebaiknya ditukar kesemuanya tetapi kekangannya adalah bajet. Saya terfikir untuk pasang timber flooring di atas tiles yang sedia ada, di mana yang rosak itu akan saya tukar dan kemudiannya dipasangkan timber flooring keseluruhannya. Adakah idea ini sesuai? Mohon pendapat saudara.

    Terima kasih

    • Salam Puan rose….
      Ya…kemungkinan tiles yg lain2 akan pecah juga akan berlaku. Timber flooring tk sesuai utk dipasang di tingkat bawah krn cara pemasangannya menggunakan gam. Lantai tkt bawah memang terdedah kpd kelembapan air dlm tanah. Kebiasaannya kelembapan akan naik ke atas dan memberi kesan pd gam juga timber flooring. Kaedah yg sesuai adalah buang semua sekali tiles di ruang tamu dan lapis 1in simen screed kemudian pasang tiles baru di atasnya. Sebelum lay simen screed ..ketuk2 dulu dgn tukul lantai konkrit supaya permukannya menjadi kasar. Tujuannya supaya ikatan antara existing conc floor dan simen screed jadi kuat.

  42. Salam tuan rumah,

    Saya baru membeli rumah sub sale 2 tingkat.
    Masalah dihadapi sekarang ialah kedua-dua bilik air tingkat atas bocor pada lantai.
    Air akan meleleh kebawah setiap kali ada orang menggunakan bilik air.
    Saya telah bertanya dengan kontraktor rumah dan harga paling murah saya dapat adalah RM1500/bilik air bagi kerja hacking lantai, letak waterproofing, dan ganti tile baru.
    Adakah harga ini ok?
    Luas bilik air cuma 6ftx6ft sahaja.

    Terima kasih.

    • Salam reemreen…

      Harga kontraktor mcm tu lah…kerja kecil mcm ni kontraktor akan charge 2 x ganda atau lebih. Saya syorkan En cari tukang pasang tile…kerja2 hacking dan laying waterproofing juga mereka akan lakukan…biasanya upah mereka harga lumpsum sekitar RM400 ~RM500. Harga barang +-RM200. Kaedahnya bukan hacking lantai konkrit tapi hacking existing floor tile saja. Pastu laying waterproofing….mcm sapu cat aje. Sekurangnya 3 layer. Tanya kt kedai hardware…cari yg bagus. Kemudian baru pasang tile baru. Oh ya 1 keping wall tile bhg bawah sekali perlu di hack utk sapu waterproofing pada dinding bawah. 3 hari siap..

  43. Salam,

    Sebahagian rumah saya berdinding batu blok. Selepas diplaster 2 bulan plaster tersebut retak dan semakin hari semakin teruk. Berapa anggaran untuk membaiki untuk dingding berkeluasan 20 x 30?

    • Salam En zain…

      Nak buat anggaran kos perlu lihat sendiri kerosakkan tersebut. Belum tahu samada plaster atau termasuk batu blok juga retak. Jika plaster saja yg retak..ianya tk berapa teruk tapi jika bata blok ..keretakkan yg terjadi lebih besar.

  44. Salam tuan,

    saya ingin membaiki bumbung rumah,rumah sy jenis rumah teres, keluasan 20′ x 20′ unutk membaiki bumbung. nk tukar siling dan bumbung bocor di sebabkan oleh anai-anai. agak-agak berapa harga kos untuk membuat pembaikan bumbung..upah + kos barang. terima kasih..

    • Salam..Safrina Binti Ab Rahman..
      Utk buat anggaran kos perlu lihat sendiri keadaan sebenar rumah puan…berapa banyak kayu, atap dll yg perlu ditukar..Walaubagaimanapun sebagai panduan utk kerja kecil mcm ni hanya perlu cari tukang rumah aje. Utk kerja repair 20′ x 20’…biasanya dilakukan oleh 3 org pekerja shj termasuk tukang dan mengambil masa 10 ~ 12 hari. Anggaran upah tukang +- RM2000 ~ RM2500. Kos bahan bergantung kuantiti yg perlu diganti.

  45. Salam,

    Saya mempunyai sebuah rumah kayu berkeluasan 40 x 35 ka persegi dan berhasrat menggantikan bumbung dgn atap genting dan siling rumah. Adakah sesuai rumah kayu di gantikan dengan atap genting ?
    Dan jikalau sesuai apakan bahan binaan sesuai dah kos keseluruhan penggantian ini termasuk bahan binaan dan upah. Terima kasih.

    • Salam CIK/PUAN amy..

      Tak ada masalah nak ganti bumbung dgn atap genting jika struktur rumah terutamanya tiang dan kayu penaga kuat (biasanya saiz 2″ x 5″) bagi menanggung beban kekuda dan atap genting yg lebih berat. Bagi atap genting kayu kekuda ( perlu dipasangkan pada jarak 2ka setiap satu). Selain itu kayu 1″ x 2″ dipasangkan setiap 1 ka bagi meletakkan atap genting. Utk anggaran kos perlu lihat sendiri bentuk bumbung rumah…tk ada harga standard…biasanya tukang akan letak harga lump sum.
      kekuda

      • Salam,

        Diantara besi dan kayu yg manakah paling sesuai untuk dijadikan kekuda dan apakah jenis genting yg sesuai untuk rumah kayu…saya bercadang untuk menggantikan dengan jenis fiber…Terima kasih

        • Salam…

          berikut adalah perbezaan antara kekuda besi dan kayu

          kekuda besi:
          1. skrg lebih murah sikit
          2.fabricating dan pemasangan dilakukan oleh pembekal kekuda tersebut
          3.lebih ringan
          4.kerja ubahsuai atau pembesaran rumah akan datang lebih sukar

          kekuda kayu:
          1.lebih mahal krn kayu harga kayu meningkat skrg
          2.kerja fabricating dan pemasangan dilakukan oleh tukang kampung
          3.lebih berat
          4.kerja ubahsuai atau pembesaran rumah akan datang lebih mudah

          Boleh buat pertimbangan sendiri dari kelebihan dan kekurangan di atas.
          Terus terang saya katakan …belum pernah lihat rumah kayu menggunakan kekuda besi…tapi bukannya tk boleh…cuma org skrg lebih suka rumah batu.
          Atap jenis fiber? saya belum pernah dengar….mungkin yg dimaksudkan “metal deck roofing sheet” diperbuat dari zink spt dalam gambar di bawah dan bentuknya sama dgn atap genting. Ianya ringan dan jarak kekuda tk perlu 2ka c/c …tapi 4ka c/c ..dan tk perlu kayu 1 x 2…tapi kayu 2 x 3 pada jarak 3 atau 4 ka.

  46. tuan,
    saya bercadang ingin membuat sebuah bilik seluas 16 x14 kaki, manakala ketinggian adalah 2 kaki dari paras tanah, agak2 berapa kos keseluruhan yang terlibat.? dan bahan-bahan apakah yang perlu saya sediakan untuk meninggikan kawasan tersebut dan membina bilik tersebut?

    • Salam ling,

      Membina sebuah bilik 16 x 14 ka. Saya agak ini adalah sambungan kpd rumah sediaada. Utk anggaran kos adalah perlu melihat sendiri (site visit) keadaan sebenar rumah tersebut samada melibatkan bumbung atau tidak dan lain2 kerja berkaitan. Bagi membina bilik 2 kaki dari paras tanah tk perlu menambung tanah di sekeliling kaw tersbut. Kontraktor biasanya akan membina grd beam setinggi 2 ka dan di dlmnya dimasukkan pasir sehingga ke paras bawah lantai.

  47. Tuan,
    Saya baru beli rumah teres corner lot.
    Ada free tanah lebar 20 kaki lagi. bercadang nak buat penambahan 20 x 30 kaki.
    bercadang punyai 1 bilik , ruang dapur & ruang makan/rehat.
    Agak-agak berapa belanjanya ……….

    • Salam mkamal,
      Adakah tanah selebar 20ka itu jarak antara dinding rumah dgn pagar samada di sebelah tepi atau belakang. Jika ya ia sememang jarak minima yg perlu ada mengikut building by law. Walaubagaimana ramai pemilik rumah membuat sambungan terus ke pagar walaupun menyalahi undang2 kecil bangunan seragam. Ini bergantung kpd majlis daerah tempat tinggal En samada tegas atau tidak. Membina sambungan kpd rumah sediaada tdk sama spt bina baru dan lebih murah krn hanya 3 panel dinding saja terlibat. Lagipun kebanyakan org menggunakan tiang pre cast disamping hanya piping dan wiring dalaman saja yg terlibat. Bagi tambahan dapur sememang nya lebih tinggi kos nya berbanding ruangan lain krn banyak item terlibat spt sistem paip air, sinky dan lain2 yg perlu bagi dapur. Anggaran kos jika urus sendiri tanpa lantik kontraktor adalah sekitar RM24 ~ RM28k.

  48. Saya ingin membaiki rumah saya sedikit demi sedikit sebab kan kos membaiki rumah papan rasanya agak mahal. Saya nak baiki rumah bermula dengan atap dapur rumah.. Dan bulan hadapan seterusnya ke bahagian yg lain.. Mengikit market sekarang, berapakah upah pekerja sehari/seorang yg patut dibayar? Bahan binaan akan dibeli oleh saya sendiri.

    • Salam Cik Aida,

      Terimakaseh krn bertanya….berikut adalah upah perkerja semasa:-

      Tukang(skill) : RM70~RM80/day
      Semi skill : RM45~RM55/day
      General worker: RM35 ~ RM45/day

      ***mungkin ada sedikit berbeza di kawasan tempat tinggal Cik***

      Harga kayu / papan memanglah mahal sikit tapi senang dikerjakan dan cepat siap.
      Saya syorkan jika nak ubahsuai/baiki bhg dapor katakan luas 10ka x 20ka =200ka2
      Gunakan harga lump sum atau pukal tapi Cik tanya dulu tukang rumah berapa hari boleh siap
      dan berapa org pekerja digunakan. Cik kena tetapkan dulu scope of works yg ingin diubahsuai
      contoh bhg dapor 10 x 20 ka iaitu:-
      1. Tukar atap semua sekali
      2.Tukar papan lantai dan dinding
      3.Rasuk tk perlu tukar

      Jika tukang cakap 2 minggu siap dgn 3 org perkerja termasuk tukang itu sendiri +
      1 org semi skill dan 1 org gen. worker.
      Maka harganya 70 + 45 + 35 = 150 x 14 hari = RM2100 (harga ini adalah sebagai guide line)
      Tanyakan kpd tukang berapa harga secara pukal/lump sum utk siapkan kerja tersebut.
      Jika tukang beri harga antara RM2000 ~ RM2300 maka adalah manasabah dan boleh diterima.
      Biasanya tukang tk suka dibayar gaji hari, mereka lebih suka harga pukal krn jika cepat siap
      tukang akan dapat untung lebih sikit dan Cik tk perlu awasi mereka samada kerja atau curi tulang.

  49. tuan,
    bolehkan saya cuma menampal celahan syiling asbestos free. saya bercadang nak D.I.Y syiling lama supaya nampak mcm syiling plaster..

    apa bahan yg diperlukan?

  50. Hanya toreh 2,3 kali dgn pisau atau paku. Tekan kuat sikit…letakkan kayu 1×2 atau benda yg seumpamanya dibawah sepanjang garisan ditoreh tadi kemudian tekan perlahan2 bhg kiri/kanan siling tersebut.

  51. Salam,
    Memang pintu belakang selalu berlaku sedemikian..ini krn pintu tersebut terdedah kpd cuaca…selalunya pemaju gunakan pintu yg siap yg boleh dibeli di kedai hardware (panel door/pintu kembong)dan bukan kayu keras grade A atau B. Selalunya pintu ini dibuat dari jenis kayu yang dicampur2 dan belum cukup tua. Oleh krn kayu yang tak sama jenis maka proses pengembangan kayu juga tak seragam maka akan berlaku retak2 kt sambungan bila musim hujan. Oleh krn kayu yg belum cukup tua, maka akan berlaku pengembangan pada pintu tersebut menjadikan saiznya lebih sedikit dari saiz asal. Ini yg menyebabkan pintu susah hendak ditutup atau di buka. Saya syorkan buang pintu itu dan gantikan dgn. pintu yg ditempah khas kt bengkel pintu. Selalunya mereka gunakan satu jenis kayu keras(grade B) yg sudah dijemur panas yg mana tk berlaku lagi pengembangan.

  52. Tuan,

    Saya baru 2tahun beli rumah dari pemaju…masalahnya setiap kali musim hujan pintu belakang rumah susah nak ditutup atau dibuka..dan ada retak2 kat sambungan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Powered by sweet Captcha