Rumah Mesra Rakyat

 

RUMAH MESRA RAKYAT

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

KELAYAKAN PEMOHON
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
REKABENTUK

Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang berkeluasan di antara 700 kps sehingga 866 kps mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air di mana s atu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) berdasarkan konsep Qadr ul – Hassan.

keluasan 866kps

keluasan 700kps

 

Keluasan 866kps Keluasan 700kps
Pandangan Perspektif Rekabentuk (Atas Tanah)
Keluasan 866kps Keluasan 700kps
HARGA PEMBIAYAAN

Negeri Bahagian Harga Pembiayaan
Atas Tanah
(866kps)
Atas Tanah
(700kps)
Bertiang
(8′ tinggi) 700kps
Semenanjung Malaysia Bandar / Luar Bandar RM70,000 RM75,000
Bukit / Pulau RM80,000
Sarawak Kuching RM68,000
Sri Aman RM70,000
Miri RM71,000
Sibu / Bintulu / Limbang RM73,000
Betong / Sarikei RM74,000
Lawas RM77,000
Mukah RM79,000
Kapit
Sabah / W.P. Labuan Kota Kinabalu RM68,000
Tuaran / Penampang / Kota Belud / Beaufort RM71,000
Sandakan / Tawau / Sipitang / K.Marudu / K.Penyu / Keningau / Ranau / Tambunan / W.P. Labuan RM74,000
Kudat RM76,000
Kunak / Tenom / Pitas / Lahad Datu / Semporna / Telupid RM77,000
Beluran / Nabawan RM79,000
KAEDAH PEMBIAYAAN DAN PINJAMAN

Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah yang berlandaskan konsep Qadr ul – Hassan.


Jenis Atas Tanah Berkeluasan 866 kps / 700 kps
 

Negeri Bahagian Harga Pembiayaan Subsidi (1/3) Jumlah Pinjaman (2/3) Kadar Bayaran Bulanan Tempoh (Tahun)
Semenanjung Malaysia (866 kps atas tanah) Bandar / Luar Bandar RM70,000 RM23,333 RM46,667 RM150 26
Bukit / Pulau RM80,000 RM26,667 RM53,333 RM150 30
Semenanjung Malaysia (*700 kps bertiang 8′ tinggi) Bandar / Luar Bandar RM75,000 RM25,000 RM50,000 RM150 28
Bukit / Pulau

Nota : *Kawasan tanah rendah yang mudah dinaiki air


Jenis Atas Tanah Berkeluasan 700 kps
 

Negeri Bahagian Harga Pembiayaan Subsidi (1/3) Jumlah Pinjaman (2/3) Kadar Bayaran Bulanan Tempoh (Tahun)
Sarawak Kuching RM68,000 RM22,667 RM45,333 RM150 26
Sri Aman RM70,000 RM23,333 RM46,667 RM150 26
Miri RM71,000 RM23,667 RM47,333 RM150 27
Sibu / Bintulu / Limbang RM73,000 RM24,333 RM48,667 RM150 28
Betong / Sarikei RM74,000 RM24,667 RM49,333 RM150 28
Lawas RM77,000 RM25,667 RM51,333 RM150 29
Mukah RM79,000 RM26,333 RM52,667 RM150 30
Kapit
Sabah / W.P. Labuan Kota Kinabalu RM68,000 RM22,667 RM45,333 RM150 26
Tuaran / Penampang / Kota Belud / Beaufort RM71,000 RM23,667 RM47,333 RM150 27
Sandakan / Tawau / Sipitang / K.Marudu / K.Penyu / Keningau / Ranau / Tambunan / W.P. Labuan RM74,000 RM24,667 RM49,333 RM150 28
Kudat RM76,000 RM25,333 RM50,667 RM150 29
Kunak / Tenom / Pitas / Lahad Datu / Semporna / Telupid RM77,000 RM25,667 RM51,333 RM150 29
Beluran / Nabawan RM79,000 RM26,333 RM52,667 RM150 30
Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 03-2681 0180. 

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/index.htm

 

Posted in Uncategorized.

20 Comments

  1. Tanah juga mestilah
    mempunyai hakmilik (geran) asal dan mendapat kebenaran
    kesemua tuan tanah untuk gadaian dan pembinaan RMR. Maaf bertanya, saya cuma tak faham yang ni. .kalau tanah kampung tu ada geran ke. . .?sebab saya nampak orang kat kampung saya tu buat rumah ikut suka hati je. .mohon penjelasan. .terima kasih

    • Salam debbie…

      Rumah mesra rakyat adalah projek kerajaan BN dan menanggung 1/3 drp kos yg terlibat. Maka utk menjadi peserta rumah mesra rakyat perlu dari peringkat akar umbi iaitu jumpa dgn JKKK kaw tempat tinggal masing2. JKKK akan membawa nama peserta ke peringkat atas.

    • Saya tk pasti ada atau tak peruntukkan pinjaman bagi rumah mesra rakyat. Apa yg saya tahu pemilik perlu ada tanah sendiri dan spnb akan bina rumah melalui kontraktor yg mereka lantik sendiri…dan 1/3 kos ditanggung oleh kerajaan. Pemilik rumah akan bayar secara ansuran bulanan. Ini projek politik, seeloknya pergi jumpa dulu JKKK kaw puan utk dapatkan borang.

  2. Saya ada tanah dusun dan bercadang nak buat sebuah rumah, tapi susahnya nak dapatkan borang rumah mesra rakyat dah cuba pi spnb butterworth katanya borang tak ada, minta kita pergi dapatkan di Adun kawasan masing-masing. Di Adun pun dah tanya katanya borang tak ada juga minta pi Pejabat Wilayah Utara…. macamana ni asyik dok tolak sana sini saja…. tolong selesaikan. Kata nak bantu rakyat ….

    • Salam Lanina,

      Memang betul borang di pejabt spnb atau ADUN. Tapi projek rumah spnb ni berkaitan dgn politik parti yg memerintah skrg ni. Ianya perlu lalui saluran yang betul tk boleh main terjah je…Pergi cari JKKK kawasan tersebut . JKKK akan bawa senarai nama org yg org yg ingin bina rumah mesra rakyat ke ADUN….

  3. siapa yang patutkan air dan api utk memudahkan kerja membuat rumah di tapak rumah mesra rakyat ini? kontraktor atau tuan rumah?

Leave a Reply to KontraktorCyber Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

301 Moved Permanently

Moved Permanently

The document has moved here.