SHARE ON FACEBOOK 

SOALAN DAN JAWAPAN-page2

  1. hanafi says:

    salam, boleh tak saya dapatkan ebooks tersebut dlm bentuk printed copy macam buku biasa?

  2. rd says:

    salam.Saya dah beli dan download ebook semalam (24/10/2011). masalahnya saya tak dapat nak buka plan bungalow b, kerana tak ada autocad 2012, saya dah cuna download mengikut arahan diberikan tetapi gagal. Mohon savew plan tersebut ke autocad version 2002-2005. t kasih

  3. andy says:

    klu keluasan tanah 80 x 60, anggaran kos bina rumah agaknye berapa..??

  4. Peter says:

    Lumayan dapat ilmu baru ….

  5. Rizal says:

    Saiz yang sesuai adalah 30ka x 40ka = 1200kps . Termasuk carporch +- 1400kps (3 bilik tidor + 1 bilik setor)

    Anggaran kos bahan binaan + upah tukang adalah antara RM80k ~ RM90k

    Nak tanya berapa upah tukang? dekat sini kontraktor rm150 sekaki

  6. nazar says:

    salam tn.
    sy dlm proses nk buat rumah dgn pengurusan sendiri spt yg tn cdgkan.
    boleh tn tlng berikan progres kerja pembinaan dr mula tolak tapak hingga selesai.

    • Salam En Nazar,

      Satu soalan yg bagus……sememang saya bercadang nak siarkan progress kerja2 binaan rumah dalam blog ini. Dah terlanjur en bertanya jadi akan percepatkan upload artikel tersebut dlm masa 2,3 hari..ber bentuk bar chart (microsoft project) dan S-Curve dalam page menu CONSTRUCTION.

      S-Curve atau lekuk – S adalah prinsip dlm building construction yg mana kita boleh pantau kerja samada mengikut masa atau lewat dari yang dijangkakan.

  7. mazlan says:

    salam en.fatah…saya telah membeli ebook en fatah beberapa bulan yang lepas. terima kasih kerana ebook tersebut sangat berguna terutamanya kepada saya yang tiada pengalaman langsung dalam bidang pembinaan ini. tetapi di dalam ebook tersebut en fatah tidak sertakan maklumat mengenai pinjaman perumahan kakitangan kerajaan iaitu tentang proses2 pinjaman kerajaan. saya bercadang untuk membina rumah bermula awal tahun depan di terengganu menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. saya dimaklumkan sekiranya pinjaman kerajaan kita tidak akan mendapat kesemua jumlah pinjaman kita sekali gus. pinjaman tersebut kita akan dapat secara beransur-ansur. jika betul begitu akan menjadi masalah kepada saya sekiranya pembinaan rumah telah bermula tetapi diut lambat dapat. ia akan menjadi masalah kepada saya untuk membeli barang-barang pembinaan. ada tak cara supaya jumlah pinjaman kita itu akan dapat secara sekali gus semua sekali? terima kasih kerana membantu

    • Salam En Mazlan,

      Terimakaseh krn beli ebook saya…sebagai seorang kontraktor saya bukanlah org yang arif tentang pinjaman samada dari bank ataupun loan kerajaan. Yang lebih tahu ialah pemaju perumahan krn org yang nak beli rumah mereka pasti akan buat loan. Kontraktor hanya membina rumah saja. Apa yg saya tahu loan samada bank atau kerajaan diberikan secara berperingkat2 mengikut peratusan kerja yg siap. Jika nak start kerja mesti ada modal sikit sebelum dapat loan. En tak perlu risau ianya perkara biasa…mulakan dulu kerja buat tapak sehingga grd beam. Sebelum siap grd beam en dah boleh prepare utk claim progress. Jika pelan rumah en di cop/tandatangan oleh pelukis pelan utk submission sebelum itu, maka dialah yang akan membuat pengesahan peratusan kerja yg telah siap utk progress claim.

  8. Kamal Yusri Mohamed says:

    Assalamualaikum..
    Saya Kamal dari Klang ingin bertanyakan sesuatu kepada tuan.

    Bagaimana pula untuk keluasan rumah 30ka x 60ka? bagaimana untuk saya mendapatkan kiraan pada setiap bilik dan ruang-ruang yg lain dengan lebih tepat. standard keluasan untuk “master room”, 2 bilik bujang, dapur, ruang tamu, ruang makan, tandas, store dan porch?

    saya agak keliru sebab takut ruang menjadi kecil apabila rumah siap dibina. minta sedikit pendapat dan bantuan dari pihak tuan.

    terima kasih.

  9. zaidi says:

    salam kontraktorcyber…saya nak tau kos bina sendiri untuk rumah banglo jenis A dan B yang tuan sediakan…saya sgt berminat nk beli ebook ni….tanah yang saya baru beli 541m2 klu xsilap saya,geran ada kat kampung…tanah saya tu tiga segi,sesuai ke kalau bina banglo jenis A?terima kasih…

    • Salam En Zaidi,

      Anggaran Kos Bina Rumah:-

      1.Bungalow A
      RM135k ~RM145k (urus sendiri)
      RM200k ~ RM215k (lantik kontraktor)
      2. Bungalow B
      RM110k ~RM120k (urus sendiri)
      RM165k ~ RM175k (lantik kontraktor)

      Tanah En seluas 541m2 memang cukup bagi kedua2 bungalow A & B…jjika tanah berbentuk segiempat.
      Tanah en bentuk 3 segi tu saya tk pasti…krn en tak bagi ukuran panjang setiap sempadan.

    • yusof says:

      Salam Tuan,

      Saya bercadang nak membina rumah sewa 8 pintu di atas tanah keluasan 0.5 Ekar.

      1) Berapakah sebenarnya maksima rumah sewa yg bole dibina diatas tanah berkeluasan 0.5 ekar di Selangor?
      2) Adakah prosess membina rumah sewa lain dengan rumah persendirian dari segi undang2 majlis tempatan?

      Terima Kasih

  10. Rizal says:

    Minta maaf…luas tanah 45×129. tanah di kampong jadi luar pentadbiran Majlis….saya plan nk buat rumah….berapa saiz yg sesuai utk buat rumah dgn kos yg sederhana…..

    • Salam En Rizal..

      Saiz yang sesuai adalah 30ka x 40ka = 1200kps . Termasuk carporch +- 1400kps (3 bilik tidor + 1 bilik setor)

      Anggaran kos bahan binaan + upah tukang adalah antara RM80k ~ RM90k

  11. Ramlah says:

    Mcm mana pilih plan rumah, tengok video tak clear, saya nak dua2 model banglo A & B boleh tak?

  12. Basri says:

    Salam KontraktorCyber .. Saya nak tanya kenapa saya belum dapat link utk download ebook.
    Untuk makluman saudara saya dah pun bankin melalui bankislam online transfer pada 10/11/2011.

  13. Rizal says:

    Saya ada tanah luas 25×60…rumah jenis ape yg sesuai ?

    • Salam En Rizal,

      Minta maaf banyak2….terus terang saya katakan bahawa tiada satu pun pelan rumah dlm simpanan saya sesuai dgn keluasan tanah en. Paling kecil pelan rumah yg saya ada mempunyai keluasan 1453kps. iaitu bungalow B dan lebarnya 12.5m (41ka) berbanding tanah en lebarnya 25ka.

  14. amam says:

    saya telah membeli tanah di mana geran mempunyai 2 nama., dan sekarang dlm proses pecah bahagian utk dapat geran secara berasingan..tp proses cukup lama.dah lantik juruukur jun 2011.status tanah pertanian, fizikalnya rata, agak tinggi dari aras jln raya utama, terdapat pokok-pokok besar,.Sy berhajat utk bina rumah sendiri..adakah sy patut melakukan kerja-kerja tanah terlebih dahulu?siapakah pihak yang perlu saya runding untuk kerja-kerja ukur/menarah tanah?

    • Salam En. Aman,
      Saya tak pasti berapa lama tempoh pecah lot….ini kena tanya sendiri juruukur tanah berkenaan..mungkin proses penukaran ke status kediaman dibuat sekali. Ya kerja2 tanah perlu dibuat lebih awal. Ia tk boleh dilakukan sendiri krn menggunakan jentera spt excavator/bulldozer atau backhoe…perlu dapatkan khidmat kontraktor kerja tanah. Jika kerja cut & fill mungkin 1,2 hari siap tapi kalau tanah terpaksa dipindah keluar mungkin seminggu. Sewa excavator atau bulldozer sekitar Rm800 ~ RM1000 sehari belum masuk tambang low loader(lori panjang utk angkut jentera). Bagi kerja tanah, pengukuran sempadan tk perlu tepat…boleh agak2 saja..

  15. Keren banget nie pak….. taanks for kiat nya.

  16. hairi says:

    Salam sejahtera saudara kontraktor cyber,

    Saya bercadang nak bina rumah sendiri atas lot tanah 50′ x 112′ lot tepi(corner lot)dan tidak dalam kawasan pentadbiran PBT.Tanah tersebut adalah tanah sawit dimana anai-anai pasti ada /saya lebih fokus pada bumbung kerana seperti saudara tahu bumbung menggunakan struktur besi telah menjadi suatu standard dimana banyak projek perumahan skg ini menggunakanya dan kayu beluti saya difahamkan oleh tukang rumah susah untuk didapatkan/ untuk mengelakan dimakan anai-anai saya cdg nak guna atap berstruktur besi,soalan saya berapa kosnya termasuk upah(secara kasar) kerana saya difahamkan pekerja mahir utk pasang atap ini tidak ramai dan mungkin upah menjadi mahal/ untuk frame tingkap dan pintu disyorkan oleh tukang guna jenis besi kerana harga frame kayu tak jauh beza dgn frame besi / semoga mendapat pencerahan

    • Salam en hairi,

      Sebenarnya kos binaan rumah yg gunakan kekuda bumbung kayu atau besi tak jauh beza. Tapi tukang rumah tempatan tak ada kemahiran nak pasang kekuda besi. Biasanya kekuda besi dibekalkan oleh pengilang dan mereka mempunyai team sendiri yg terlatih dalam pemasangan kekuda besi. Kerja fabricating dilakukan di bengkel kilang tersebut mengikut pelan bumbung rumah. Kekuda besi yg sudah di fabricate dibawa ke tapak utk kerja pemasangan. Pemaju perumahan sekarang lebih suka menggunakan kekuda besi kerana lebih cepat dan mudah didapati. Tapi masalah timbul bila nak ubah suai rumah yg melibatkan bumbung kemudian hari. Begitu juga frame pintu/tingkap besi…cara pemasangan berbeza dgn jenis kayu.

  17. Riza says:

    Salam En,

    Saya baru book tanah banglo lot (bayar deposit, belum habis bayar lagi) untuk dibuat rumah di kawasan kampung di Kodiang, Kedah. Belum ada geran lagi, akan diuruskan oleh pemaju. Tapi pemaju kata kalau dah habis bayar harga tanah terus boleh buat rumah, tak payah tunggu dapat geran, ikut surat lawyer aje… nak tanya betul ke dan boleh ke macam ni?

    Lagi satu, saya tak berapa pasti berkaitan proses nak bina rumah ni, perlu ke saya ikut undang undang kecil bangunan seragam ni? dan macamana nak tahu tanah kampung di Kodiang ni dalam pentadbiran majlis daerah atau pun tidak?

    Harap beri pencerahan

    Wassalam,
    Riza

    • Salam En Riza,

      Saya tak berapa pasti tanah yang En beli tu untuk apa sebenarnya…Utk beli tanah saja atau pemaju akan bina rumah sekali selepas itu. Apa yang saya tahu pemaju akan menawarkan rumah2 yg akan dibina kpd sesiapa yg berkehendak walaupun tanah tersebut belum ada apa2 lagi. Ini kes pemaju yang tak cukup duit atau utk melihat permintaan pasaran semasa. Jika ada pembeli 50% sudah memadai utk meneruskan projek tersebut. En kena siasat betul2 perkara ini…krn banyak sudah kes penipuan terjadi. Ambil no lot tanah dan apa2 dokumen yg berkenaan dan rujuk status tanah tersebut kat pejabat tanah.

      Cara paling mudah utk tahu kaw en ni dlm pentadbiran majlis daerah atau tidak ialah bertanya sendiri kpd Jabatan tersebut. Sebagai panduan kaw pentadbiran majlis daerah adalah kaw yg ada pengurusan pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam serta pengeluaran lesen2 kpd premis2 perniagaan dan gerai2.

  18. Mohd says:

    Salam..saya dah buat pembayarann..harap cepat proses..trima kasih

  19. Salam Cik Ina,

    Saya tahu memang ramai yg tak tahu langsung tentang bidang binaan ni..Sebab itulah sebagai kontraktor saya terbitkan Ebook Panduan Lengkap Bina Sendiri Rumah Anda…Layari dulu webpage saya dgn klik di link ini
    http://bina-rumah.com/info/home.php dan download dulu ebook percuma saya…

    Boleh tanya soalan di
    1. ruangan ini atau
    2. di webpage saya http://bina-rumah.com/info/home.php
    3. facebook http://www.facebook.com/kontraktorcyber
    4. Email [email protected]

  20. ina says:

    assalamualaikum encik,

    saya sudah lama bercadang utk membina rumah. tapi boleh dikatakan saya tidak ada knowledge utk perkara ini. saya tidak tahu prosedur utk membina rumah. saya tidak mahu membina sesuka hati dan mendapat masalah kemudian hari. jadi bolehkah saya mendapatkan email encik untuk mendapatkan nasihat bg perkara ini. terima kasih.

  21. akarminda design & build says:

    KAMI ADALAH PAKAR DIDALAM BINAAN KAYU SEPERTI GAZEBO, PERGOLA, RUMAH KAYU, LANTAI DEK KAYU CAR PORCH KAYU DAN PAGAR KAYU. SILA LIHAT PORFOLIO KAMI DIhttp://www.facebook.com/akarmimda. “create heavenly space”. Pn. Naem 0173110307

  22. aza omar says:

    maafkan saya,sebenarnya harga yg tukang beri rm80/kp termasuk bahan&upah,termasuk tiles dn kemasan lain sehingga siap rumah..begitu juga kontraktor rm150/kp termasuk bahan&upah…cuma tidak termasuk pagar..yg mana sy berfikir boleh di buat dikemudian hari,memandangkan semua rumah di situ juga tidak berpagar& jiran merupakan saudara mara.

    • Salam Aza omar,

      Ya…harga tukang RM80/kps sekali dgn bahan termasuk kemasan memang berpatutan dan boleh dikira murah, sesuai dgn kawasan kampung. Jika nak guna kontraktor harga sekitar RM120/kps. Cuba kira berapa banyak wang En jimat jika urus sendiri berbanding dgn lantik kontraktor.Lebih kurang RM80 ribu

  23. aza omar says:

    salam,

    sy bercadang nk bina rumah di atas tanah sendiri di kuang,selangor,luas 60×80′..di kawasan kampung dan tak perlu submission majlis.design dan pelan lukisan sy siapkan sendiri memandangkan sy ialah designer/pelukis pelan.anggaran keluasan kasar rumah,2100kp.sy dh bertanya beberapa tukang,ade yang meletakkan harga rm80/kp.apa pendapat saudara? bagaimana agaknya hasil yg sy miliki? sy juga ada bertanya kontraktor,harga yg di beri pula rm150/kp.byk sungguh perbezaanya.

    • Salam En aza omar,

      Harga tukang RM80/kps terlampau tinggi…tak masuk akal bagi kawasan kampung…ini belum lagi masuk harga bahan binaan. Tukang yg mcmana En cari? Betul2 tukang rumah tempatan atau tukang projek perumahan. Kedua2nya berbeza dari segi mutu dan harga. Carilah tukang rumah tempatan… Harga kontraktor juga agak tinggi ….harga ini sesuai di bandar besar saja….atau bagi rumah yg mempunyai rekabentuk arkiteknya rumit atau mungkin harga ini termasuk kos membekal/memasang kemasan2 spt jubin lantai, dinding serta cat. Tapi kebiasanya kontraktor meletakkan harga RM/kps ni tidak termasuk kemasan, cat dan pagar. Ini krn jenis kemasan dan pagar adalah mengikut kehendak pemilik rumah (tidak dijelaskan secara terpeinci dalam pelan)di mana harga /kualilti bahan ini berbeza2.

  24. ridzuan86 says:

    Salam

    Satu lagi,
    Macam mana saya nk beli e book ini?guna akaun bank@kad kredit?dan berapa harganya?

    • Salam En ridzuan86,

      Terimakasih krn bertanya,

      Ya..boleh digunakan utk ubahsuai rumah. PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

      ada 3 produk iaitu:-

      1. Ebook Bina sendiri rumah anda (teknikal)
      2. Ebook Rahsia pengurusan kontraktor (pengurusan)
      3. Percuma Pelan rumah bungalow atau semi D

      Kesemua sekali ketiga2 produk di atas berjumlah RM50 shj.
      Cara bayaran cash deposit, online transfer fund dan kad kredit via paypal..

      Layari dulu minisite jualan di sini http://bina-rumah.com/info/home.php

      Wassalam,

  25. ridzuan86 says:

    Salam

    Saya bercadang untuk membaik pulih@ubahsuai rumah asal di kampung.adakah e book ini sesuai untuk tujuan tersebut??

  26. ismail says:

    salam,

    Setelah saya membaca ebook nie amat berguna,sebab saya bercadang akan mula mendirikan sebuah rumah bangalow saya dengan urusan sendiri.

    setelah habis membaca, saya kurang faham bab pengiraan bahan agak susah, bila habis kira m3 dinding konkrit, macamana nak tau berapa banyak, simen , pasir & batu nak dibeli?

    Patutkah setelah ada semua pelan saya dapatkan khidmat juruukur bahan untuk mendapat checklist lengkap barangan yg perlu dibeli?

    1.simen ready mixer 1m3 =RM?
    2.size bar dia untuk strip foundation/stump dan ground beam?boleh ke pakai semua Y12?
    3.bagaimana nak kira jumlah kayu rafter digunakan utk bumbung jenis limas?
    4.Satu beg simen boleh pakai berapa ka.per bagi kerja plaster?
    5.satu beg simen boleh pakai berapa ka.per bagi kerja lantai konkrit?
    6.size bar dia untuk buat roof beam?Y berapa.
    7.Kawasan kg didaerah batu pahat..biasanya berapa rate RM?ka.per segi kos binaan?

    untuk kerja pemasangan paip , letrik , tingkap, bahan2 kena beli sendiri macam tukang rumah jugak atau bayar trus kepada tukang?

    harap dapat bantu

    terima kasih

    • Salam En Ismail,

      Memang susah bab pengiraan bahan binaan…ianya terlalu teknikal dan rumit sebab itu saya jelaskan sikit saja dlm ebook ini. Hanya yg ambil kursus Quantity Surveyor saja yg faham. Saya rasa En belum habis baca dan fahamkan apa yang saya jelaskan dlm ebook “RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR”.
      Apa yg en tanya tu ada dalam ebook tersebut dan tak boleh dibincangkan secara terbuka di ruangan ini kerana ia adalah rahsia kontraktor…nanti saya emailkan terus pada en…

  27. Wana says:

    Salam Encik KontraktorCyber,

    Jika keluasan 15 X 45, buat 2 tingkat dikira 675kps atau 1350kps?

  28. mat says:

    salam, saya bercadang membina rumah baglo atas tanah sendiri, 40kakix46kaki=1840 kaki, anggaran kos yang saya buat 1840xrm66=rm122,666.7
    …betul ke kiraan saya tu, rm66 tu kiraan upah tukng rumah 33 kos bahan rm33 perkaki..minta penjelasan tuan tentang pengiraan saya

  29. Razali says:

    Salam Mr Fatah,

    Saya telah membeli ebook berkenaan bina rumah sendiri. It helps me a lot! Terima kasih atas perkongsian yg amat berguna sekali. Di sini sy ada beberapa soalan tentang pembinaan rumah saya sendiri di atas tanah saya sendiri di kampung di negeri Terengganu. Sy bercadang utk membina sebuah rumah 1 tingkat dgn keluasan 40′ x 42′ (4 bilik tidur+3 bilik air+ruang tamu+ruang makan+dapur+car porch). Sy telah bercakap dengan seorang tukang rumah di kg sy berkaitan kadar upah pekerja. Dia meletakkan harga RM18/kaki persegi (~RM 30,240.00 utk menyiapkan sebuah rumah tersebut)..sy rasa harga ini sudah berpatutan…apa yg ingin saya dapatkan maklumat disini adalah berapa anggaran kos keseluruhan utk pembelian bahan binaan bg sebuah rumah dgn keluasan 40′x42′ tersebut? sy berhajat utk menguruskan sendiri pembelian semua brg2 binaan dgn berhubung terus dgn kedai dan bukan melalui tukang…mohon jawapan drpd Mr. Fatah….terima kasih

    • Salam En Razali,

      Terimakasih krn beli ebook saya.
      Mengikut kiraan kontraktor anggaran kos keseluruhan bahan binaan adalah lebih kurang RM55k. Anggaran ini bukanlah tepat 100% dan tiada siapa dapat kira secara tepat. Ia adalah sebagai guide line bagi mendapatkan modal atau budget yg diperlukan. Mungkin lebih atau kurang sedikit. Harga tukang rumah RM18/kps saya rasa murah buat masa sekarang tapi tk tahulah di kawasan en memang standard harga RM18/kps. Harap buat survey dgn tanya tukang2 lain bagi dapatkan harga yg tepat. Takut nanti bila dah separuh siap nanti tukang buat hal krn. harga rendah dan mungkin rugi.

      En boleh beli bahan binaan sendiri kat kedai tapi seeloknya minta pandangan dan nasihat tukang dari segi kualiti, harga dan kuantiti bahan yg mahu dibeli. Bukan semua Bahan binaan boleh di beli sekali gus. Ada yg perlu dibeli secara beringkat2 mengikut peratusan kerja. Nak order barang perlu berbincang dgn tukang supaya tk ada percanggahan pendapat dan kerja berjalan lancar.

    • mazlan says:

      salam en. razali. saya juga sudah membeli ebook en fatah ini dan juga dalam proses untuk membina rumah di terengganu. saya ingin mengetahui lokasi en. razali memandangkan sekiranya harga tukang en razali sgt berpatutan rm18 sekaki. sekiranya kita berada di lokasi yang sama boleh saya juga menggunakan khidmat tukang en razali. untuk pengetahuan saya ingin membina rumah di batu rakit. terima kasih.

  30. maser says:

    selamat maju jaya

    -Maser

  31. mokhtar says:

    salam
    saya memiliki sebuah rumah asal conner lot 2 tingkat berkeluasan tapak 2+++ kaki persegi
    saya bercadang membina semula rumah ini dengan sistem dinding simen beracuan,
    adakah sistem ini lebih murah berbanding batu bata/blok
    apakah bentuk rumah 4 bilik dan 5 bilik air yang sesuai dengan tapak ini serta berapakah modalnya
    jika boleh saya meminta admin mereka bentuk pelan rumah ini secara kasar bagi ilham binaan saya
    insyaallah saya akan membuat belian ebook dlm masa terdekat ini kerana saya amat berminat dengan ilmu yang ada dlm ebook ini

    • Salam En Mokhtar,

      Terus terang saya katakan yg saya belum pernah bina rumah mengikut sistem dinding beracuan. Sistem ini sudah lama tapi jarang digunakan pada rumah. Dari segi kos saya pun kurang pasti tapi dari segi masa mungkin lebih cepat. Jika nk gunakan cara ini dapatkan kontraktor atau tukang rumah yg berpengalaman dlm binaan rumah sistem ini. Sistem concrete wall ni ada 2 jenis iaitu pre-cast conc. wall dan cast in-situ conc. Yg biasa digunakan pd rumah adalah pre cast wall iaitu kepingan konkrit yg sudah siap dipasang panel by panel dijadikan dinding. Konkrit cast in situ bermaksud kerja2 konkrit dinding dilakukan di tapak. Dari pengalaman kerja saya..membina dinding konkrit di tapak (cast in insitu) bermula selepas siap foundation. Foundationnya adalah berbentuk strip footing berbeza dgn cara biasa iaitu pad footing.

      Ada satu projek rumah flat gunakan cara pasang siap ni (pre cast conc wall), selepas lebih 10 tahun semua penghuni flat tersebut diarahkan kosongkan kediaman mereka kerana tk selamat lagi. Banyak keretakan berlaku pada bahagian sambungan2 dinding rumah. Perlu diingat rumah jenis ini tak ada tiang dan beam. Semua beban di tanggung oleh dinding rumah. Jika berlaku kegagalan pada dinding bermakna struktur bangunan juga terjejas.

      Tapi jika en nak bina rumah setingkat dgn cara ini tk ada masalah cuma bila nak ubah suai rumah nanti masalah timbul. Dinding konkrit selain sukar hendak dipecahkan ia juga bertidak sebagai struktur bangunan. Tidak boleh suka2 nak buat opening pada bhg ini. Untuk besarkan rumah tak apa.

      Minta maaf banyak2, sebagai kontraktor binaan saya bukan org yang arif buat lakaran rekabentuk rumah. En boleh tanya dan minta pendapat dari blog berikut:-

      http://lukispelan.com/
      http://www.pelanbanglo.com/
      http://www.facebook.com/pages/Khidmat-Lukis-Pelan-dan-Lesen-Perniagaan-PBT/226470037399188?sk=info

  32. zara says:

    salam en fatah,
    berapa anggaran kos untuk pembinaan rumah 30 x 60 sq ft. pembinaan di atas tanah sendiri 1 ekar.kalau boleh saya nak dapatkan no. ctck tuan? sbb saya akan mulakan kerja ni secepat mungkin.tq

    • Salam Cik Zara,

      Anggaran kos 30 x 60ka = 1800kps lebih kurang RM130k ~ RM 140k.Anggaran Harga ini tk termasuk cat, finishing dan pagar. Mintak maaf banyak2 saya tk boleh bagi no. tel…jika ada apa2 soalan teknikal boleh tanya dlm ruangan ini atau emailkan saya. Lagi pun dlm ebook PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH saya sudah jelaskan segalanya tentang bina rumah sendiri.

  33. Ikmal says:

    Salam, En. Fatah.
    Saya baru menerima e-book keluaran En. Fatah. Syabas di ucapkan kerana ebook ini mempunyai banyak maklumat berguna.
    Saya bercadang membina sebuah banglo di tanah luas 8000 kps di Seremban.
    Kalau nak buat sendiri rumah built-up lebih kurang 2500 kps, adakah lebih murah buat rumah 1 tingkat atau satu-setengah tingkat? Berapakah anggaran kos.

    Berapakah anggaran kos khidmat pelukis pelan, siap sign jurutera dan submit ke majlis dan dapat approval?

    Terima Kasih.

    • Salam En Ikmal,

      Terimakasih krn membeli ebook saya.
      Luas lantai 2500kps memang luas dan sesuai dgn tanah en 8000kps. Anggaran kos lebih kurang RM180k ~ RM190k. Anggaran Harga ini tk termasuk cat, finishing dan pagar. Jika nak buat 1 1/2 tkt mungkin kos lebih sedikit krn lantai atas adalah slab conc. perlu ada re-bar y12 (jika tak silap 2 layer …ikut pelan struktur design by engineer) dan formwork (12mm thk plywood) ukt buat support/acuan slab semasa concreting. Mungkin tukang rumah akan charge lebih sikit for this portion.

      Anggaran kos semasa bagi pelan arkitek, pelan struktur dan approval saya pun kurang pasti krn ini bukan urusan kontraktor. Saya agak2 RM3 ribu lebih. Jika nak tahu lebih detail boleh layarihttp://www.pelanbanglo.com/

      • Ikmal says:

        Terima kasih, En.Fatah.

        Dua soalan.
        Perlukah guna khidmat QS untuk menganggar harga barang?
        Siapakah yang akan memantau kerja tukang rumah itu mengikut pelan yang di beri? Kalau nak dapat CF, tak kena ada tandatangan engineer ke?

        • Salam En Ikmal,

          Nak anggar harga barang, pantau kerja dan CF. Ini semua adalah rahsia pengurusan kontraktor…tk boleh bincangkan di ruangan ini..nanti saya emailkan jawapan pada en…Sebenarnya ia sudah ada dalam Ebook “Rahsia Pengurusan Kontraktor”..

  34. shahril says:

    salam en. kontraktorCyber..saya difahamkan adalah lebih elok sekiranya kita sendiri yang terlibat dalam membina rumah..dalam erti kata lain, kita cuba tidak menggunakan khidmat kontraktor..cuma, mcm mana caranya untuk kita memantau tukang rumah yang kita cari sendiri sekiranya kita terlalu sibuk bekerja..mohon feedback…terima kasih en. kontraktorCyber..

    • Salam En Shahril,

      Memang inilah yang saya jelaskan dlm ebook “PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA” DAN “RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR”. Saya rasa En belum lagi melayari webpage ‘Bina Sendiri Rumah Anda’ http://bina-rumah.com/info/home.php juga belum download ebook percuma saya ‘Kaedah Penyelesain Milikki Rumah Sendiri’

      Mengurus sendiri pembinaan rumah bukan bererti En Shahril mesti:-

      1.Menjaga tiap-tiap pekerja samada mereka bekerja atau tidak.
      2.membayar gaji harian mereka.
      3.memerhati mereka masuk kerja pukul berapa
      4.hari-hari nak kena tengok pekerja bekerja.
      5.pergi ke kedai hardware setiap kali hendak beli barang.
      6.mengetahui harga setiap bahan binaan.
      7.mengira kuantiti bahan yang hendak dibeli.
      8.mencari / menyewa pengangkutan setiap kali membeli barang.

      “SEMUA PERKARA DI ATAS TIDAK DILAKUKAN OLEH KONTRAKTOR BINAAN SEPERTI SAYA.”

      Layari http://bina-rumah.com/info/home.php

      • Shahril says:

        Salam En Fatah

        Terima kasih banyak-banyak..insyaAllah saya akan beli ebook encik as soon as possible. Saya ada sedikit persoalan. Saya bercadang untuk membeli tanah bersaiz 76.5 x 62.5 di kawasan sungai buloh. Ianya adalah geran individu, berapa luas kaki persegi yang maksima boleh dibina.
        Lagi satu, adakah wajib kita patuhi building by law tu..
        Terima kasih sekali lagi encik fatah..

  35. azli says:

    salam tuan
    saya ada menawarkan khidmat perunding,design (lukis pelan)dan submission utk penambahan (renovation) atau bina baru bangunan (new build) submission ke MBSA, MPSJ, MBPJ, MPK, DBKL, MPAJ, MPSepang….jika berminat boleh ke address ni http://www.facebook.com/pages/Khidmat-Lukis-Pelan-dan-Lesen-Perniagaan-PBT/226470037399188?sk=info atau boleh email ke [email protected]

  36. Khairul says:

    Salam En. Kontraktorcyber,

    Saya ada beberapa soalan nak tanya:

    1. Adakah dalam ebook ada dinyatakan di mana nak cari tukang rumah yang bagus? Ada tak senarai tukang yang direkomen dalam ebook?

    2. Bolehkah saya guna pelan lain selain daripada yang diberikan daripada ebook ini?

    3. Saya bercadang hendak beli satu bidang tanah lereng bukit di pinggir KL. Adakah terdapat apa-apa kos tambahan atau nasihat daripada ebook encik berkenaan pembinaan rumah di tanah lereng bukit?

    Harap encik boleh balas secepat mungkin.

    Terima kasih.

    • Salam En Khairul,

      1. Dlm ebook ini..ada dijelaskan bagaimana cara nk dapatkan tukang rumah, berurusan dgn tukang dan ciri2 tukang yg bagus. Saya tk ada senarai tukang. Di kaw saya ada lah.

      2. Memang digalakkan en guna pelan sendiri krn. pelan percuma saya tu mungkin kurang sesuai dgn ukuran tanah en. Lagi pun pelan yg saya berikan itu adalah utk sapa2 yg nak jimatkan duit..dan kebetulan sesuai dgn tanah dan kehendak mereka. Kos buat pelan ni mahal jugak bagi yg kurang kemampuan.

      3. Dlm ebook saya tk ada panduan bagi pembinaan di lereng bukit. Ini bab civil & structural design. Dapatkan nasihat dari Civil Engineer (Perunding Kejuruteraan Awam). Lagi pun En memang kena berurusan dgn mereka kerana sebelum memulakan kerja En kena submit pelan struktur rumah serta design calculation report ke majlis daerah/perbandaran bukan utk kelulusan tetapi utk rekod dia orang.

  37. zaid says:

    salam,

    setelah habis membaca, saya kurang faham bab pengiraan bahan agak susah, bila habis kira m3 dinding konkrit, macamana nak tau berapa banyak, simen , pasir & batu nak dibeli?

    Patutkah setalah ada semua pelan saya dapatkan khidmat juruukur bahan untuk mendapat checklist lengkap barangan yg perlu dibeli?

    untuk kerja paip , letrik , tingkap, bahan2 kena beli sendiri macam tukang rumah jugak atau bayar trus kepada tukang?

    terima kasih
    Zaid

  38. Salam en Razif,

    Boleh….jika en selalu ada kat tapakbina dan selalu jaga dia org samada kerja atau curi tulang. Saya rasa ini bukan cadangan yg baik…lagipun en kena berhadapan dgn 4 org yg berlainan perangai..jaga pekerja ni bukannya senang kecuali en seorang tukang rumah dan kerja sekali dgn mereka.

  39. Razif says:

    En.fatah.
    Bagaiman kalo saya upah 4 org pekerja binaan dengan bayaran gaji harian.. contohnya seorng sehari RM50.. dan buat perjanjian dengan pekerja tersebut utk siapkan dlm tempoh 3 bulan.. Jika berjaya siapkan dlm tempoh 3 bulan saya akan bg bonus seorang Rm1000 contohnya.. Adakah cadangan ini baik bag en. Fatah?

  40. Ajang says:

    Akum En. Kotraktor & Selamat Hari Raya,

    Saya ada tanah lot seluas 66ka x 143ka. Saya bercadang utk membina rumah sendiri dgn berpandukan Ebook En. yg akan saya beli nanti. Sebelum itu saya nak minta pendapat, dgn pelan percuma yg en. berikan tu, yg mana satukah sesuai dibina dgn keluasan tanah yg saya ada ni? Thanks..

    • Salam en Ajang,

      Tanah en Ajang memang cukup luas dan sesuai bagi semua plan bungalow. Jika tanah en. bhg hadapan 66ka maka yg paling sesuai adalah bungalow C , jika bhg hadapan 143ka bungalow A paling sesuai. Bungalow B pun boleh tapi ia lebih kecil.

  41. Rhisdy says:

    Assalamualaikum,

    Saya mempunyai tanah seluas 2.3 ekar bersebelahan dengan kawasan perumahan di Sungai Long, Cheras, Selangor.

    Saya bercadang untuk membina 8 buah rumah semi-d 2 tingkat di atas tanah tersebut dan menjualkannya kepada orang ramai.

    Pada pandangan tuan, adakah lebih baik sekiranya saya pecahkan geran tersebut kepada 2 geran (1.0 ekar & 1.3 ekar) untuk di buat fasa 1 dan 2? Fasa 1 terdiri dari 4 buah rumah semi d begitu juga dengan Fasa 2. Mungkin tuan boleh nasihat cara yang lain pula..

    Semasa submission kepada relevant authorities, perlukah dimasukkan Fasa 1 & 2 atau berasingan? Tunggu Fasa 1 lulus dan siap dibina dan seterusnya mendapatkan kelulusan untuk Fasa 2? Adakah banyak perbezaan kos mendapatkan kelulusan dari relevant auhorities?

    Semasa saya membina rumah untuk Fasa 1, bolehkah saya menjualkan rumah tersebut semasa dalam pembinaan untuk mendapatkan modal pusingan untuk Fasa 2? Saya bercadang hanya menggunakan company enterprise shj utk tujuan ini.

    Maklumbalas tuan amat2 saya hargai. Terima kasih.

    • Salam En Rhisdy,

      Saya berasa bangga sekali dgn en. krn berani menjadi pemaju perumahan walaupun secara kecilan. Jika en bercadang menjual semua atau sebahagian rumah tersebut adalah lebih baik dipecahkan tanah tersebut kpd setiap rumah yang nak dibina. Jika tanah itu boleh muat 8 buah rumah maka hendaklah dipecahkan dahulu tanah tersebut kpd 8 lot yang berasingan dan setiap lot juga mempunyai geran masing2 yang tercatat no lot supaya senang dijual nanti krn jualan rumah tersebut adalah sekali dgn tanah tapak rumah dan proses pindahmilik tanah kpd pembeli tiada masalah.

      Ya fasa 1 dan 2 perlu berasingan..siapkan fasa 1 terlebih dahulu. Kos submission adalah bergantung kpd berapa buah rumah yg nak dibina. Semasa submission kat majlis daerah perlu bayar bayaran proses pelan sahaja…dikira mengikut jumlah keluasan lantai rumah yg akan dibina. Bayaran kpd. pelukis pelan/arkitek adalah berasingan. Boleh minta dia orang buat submission krn mereka lebih arif. Jika nak submit sendiri elok tanya sendiri kat majlis daerah bahagian teknikal. Setiap majlis daerah berbeza procedurenya.

      Ya…boleh jual rumah tersebut semasa dlm pembinaan utk dapatkan modal pusingan melalui progress claim. Memang inilah pemaju perumahan lakukan. Cuma pembeli ni selalunya banyak songeh sikit…selalu nak ubahsuai semasa dlm pembinaan. Pandai2lah en handle pembeli ni.

      Nak gunakan company enterprise ni utk apa? Jika sebagai kontraktor..ok takde
      masalah…Jika nak gunakan sebagai pemilik kepada rumah2 yg nak dibina tu…semak dulu geran tanah atas nama individu atau syarikat en.

      Sekian setakat yg saya tahu,

      Wassalam

  42. Salam..

    Hebat juga rumah en mustaffa ni..bila dah siap sepenuhnya nanti..dgn corridor sambung terus ngan carporch dan tiang rekaan sendiri…atap tu jenis yg mahal..berkilat..brp RM sekeping?

  43. Salam En Mustaffa
    Saya ucapkan terima kasih atas sokongan dan tahniah krn berjaya membina sendiri rumah en.

  44. Mustaffa says:

    Bagus kerana menerbitkan ebook bina rumah sendiri untuk panduan orang ramai yg berminat. Memang dapat membantu menjimatkan kos.
    Memang sangat menjimatkan sb saya sendiri telah berjaya membina sebuah rumah idaman dengan mengupah pekerja saja. Asalnya nak upah kontraktor sb malas nak pening2 mengurus buat rumah ni tapi bila kontraktor letak harga yg melebihi budget( agak mahal juga ) saya ambil keputusan buat sendiri aje le. Saya beli barang sendiri dan upah 5-6 pekerja ( RM 60 – 80 sehari)

    Akhirnya bila siap, saya dapat jimat RM 60,000. Kos rumah saya RM 135,000 . Banyak beza tu!
    Harga bahan dll – RM 90,000
    Kos upah – RM 45,000
    Size rumah 55×32 (termasuk kaki lima)

  45. Salam En Amir,

    Sebagai individu yg ingin membina rumah di atas tanah sendiri, dibenarkan bina setakat 4 buah rumah saja secara serentak. Jika lebih dari 4 perlu dapatkan sendiri lesen pemaju atau berurusan dgn mereka yg sudah ada lesen. Saya syorkan jika mahu keuntungan yg lebih dan tk perlu lesen atau khidmat pemaju..bina 4 buah dahulu..selepas siap bina lg 4 dan seterusnya.

    Saya syorkan en pecah lot kpd lot2 semi-D..krn senang dijual..disamping harganya yg tinggi..kat bandar kecil rumah semi-D berharga RM250k ~ RM300.

    Berapa biji rumah yg boleh dibina dalam 1 ekar tanah en. ni saya tk pasti krn tak tahu bentuk sebenar…utk panduan 1 ekar tanah boleh dipecah kpd lot2 bungalow sebanyak 6 atau 7 lot bergantung kpd bentuk.

    ***bagi pecah lot hendaklah berurusan dgn juruukur berlesen.

    • Amir says:

      Salam,

      Terima kasih dengan jawapan encik. 4 biji rumah memang sesuai kerana modal saya tidak banyak dan memang bercadang untuk membina rumah semi d untuk dijual. Saya baru sahaja ‘refinance’ rumah yang dibeli 2 tahun lalu dan akan menggunakan duit tersebut untuk membuat pecah lot tanah terlebih dahulu. Untuk membina rumah terpaksa mencari modal lain.

      Setelah memeriksa harga rumah-rumah di kawasan tersebut, kebanyakannya berharga RM300k+ untuk rumah teres 2 tingkat dan RM500k-RM600k untuk rumah semi d. Ebook encik nampak menarik dan saya akan membelinya untuk rujukan. Terima kasih sekali lagi.

  46. Amir says:

    Salam,

    Saya ada tanah seluas satu ekar jenis pertanian di Sungai Merab Selangor (Berhampiran Putrajaya dan Bdr. Baru Bangi). Saya bercadang untuk menukar kepada tanah perumahan dan seterusnya memecah kepada lot-lot dan membina rumah-rumah di atas tanah tersebut untuk dijual.

    Soalan saya, adakah saya perlu mendapat lesen atau mendaftar sebagai syarikat/kontraktor untuk membuat rumah-rumah tersebut. Jenis rumah apakah yang encik boleh syorkan untuk dijual kepada orang ramai? Soalan terakhir saya berapa biji rumah (teres dan berkembar) yang boleh dibina di atas tanah seluas satu ekar?

  47. Salam Cik Suria,

    Jika tanah Cik berada di luar pentadbiran majlis daerah tiada masalah nak buat mana pun..krn tiada siapa yg akan mengawasinya ..sebab tk perlu submit pelan utk kelulusan dan tk perlu ikut building by law. Cuba check dgn jiran2 setempat samada kg Cik ni di dlm atau luar pentadbiran majlis daerah.

    Anggaran kos:-
    luas lantai 1443ka2 (build up area)+ car porch (200ka2)
    total area= 1643ka
    Jenis bungalow : sederhana dari segi rekabentuk dan kemasan yg digunakan.

    Anggaran kos adalah RM105k ~ RM115k

  48. Suria says:

    Oh, satu lagi nak tanya, kalau tanah tu tak ada geran individu dan dalam kawasan kampung, boleh tak langgar undang2 kecil bangunan seragam tu?

    maksudnya, tak payah lalui permohonan PBT, tak payah CF. Boleh tak? saya rancang nak lebihkan kiri 5ka,kanan 5ka sahaja. depan separuh 10ka, separuh 5ka. belakang 5ka shj.

    saya dah draw pelan kasar (atas inisiatif sendiri). memang plan nak buat. cuma yg dirisaukan adalah kontraktor sahaja.

    Tu yg nak try buat sendiri. berapa dana yang mencukupi untuk bina rumah lebih kurang 1443kps kalau guna sistem buat sendiri?

  49. Suria says:

    saya hold dulu buat rumah tu. anyway, thanks.

  50. Salam Hamdi,

    Dengan ukuran tanah 45ka x 80ka, paling maksima keluasan rumah yang en. boleh bina ialah 25ka x 50ka = 1250ka2(build up area) dan jika termasuk carporch +- 1450ka2.

    Anggaran harga bagi keluasan 1450ka2
    1.Urus sendiri =RM90k ~ RM100k .
    2.lantik kontraktor =RM145k ~ RM155K

    ***tidak termasuk pagar

    Harga di atas adalah bagi rumah yang sederhana dari segi rekabentuk dan kemasan2 yg digunakan.

    Terus terang saya katakan tiada satu pun pelan rumah yg ada dlm simpanan saya sesuai dgn ukuran tanah en. 45 x 80ka. Jika en. pandai autocad program boleh edit dan ubahsuai sendiri..

    Sebagai panduan building by law..undang2 kecil bangunan seragam:-

    1. Jarak dinding rumah dgn sempadan tanah perlu ada minima 10ka. bagi sebelah tepi kiri/kanan dan sebelah belakang.
    2. Bahagian hadapan minima 20ka jarak antara dinding rumah dengan sempadan tanah.
    2.Tanah corner lot – sebelah tepi yang menghadap ke jalan bersebelahan minima 20ka.

    Wassalam…