About me

Blog Bina Rumah Anda ini dibuat untuk berkongsi pengalaman saya yang sudah berkecimpung dalam bidang industri binaan selama lebih kurang 20 tahun. Oleh kerana saya rasa ramai di antara kita yang kurang faham atau tidak tahu langsung tentang selok-belok industri binaan ini. Sebenarnya sektor pembinaan adalah sangat luas dan  menjadi sangat penting bagi sesebuah negara dalam menjana perkembangan ekonomi. Sektor pembinaan adalah meliputi projek-projek pembinaan jalanraya, lebuhraya, infrastruktur, pembinaan bangunan, perumahan, projek  oil and gas, jambatan, kerja-kerja tanah dan banyak lagi.

Dalam Blog ini saya lebih fokas kapada industri perumahan kerana rumah adalah kediaman bagi kita semua. Semua orang mahukan rumah. Ada orang mempunyai banyak rumah manakala yang lain belum mampu mememiliki rumah sendiri. Bagi yang bercadang untuk memiliki rumah, membeli rumah atau membesarkan rumah di sini anda boleh dapatkan banyak maklumat-maklumat berguna untuk dijadikan panduan. Di sini saya lebih tumpukan kepada soal-soal teknikal dan spesikasi dalam pembinaan sesebuah rumah. Pengalaman saya selama 20 tahun dalam sektor binaan adalah meliput dari projek projek kecil, projek perumahan, projek-projek besar ratusan juta, projek oil & gas sehinggalah sekarang sebagai kontraktor. Saya pernah bekerja sebagai site supervisor. quantity surveyor, land surveyor, clerk of works, site manager, site coodinator, draughtman, plumber, project engineer, superindent officer., Bekerja dalam sektor binaan adalah sangat mencabar dan tidak kira masa terutamanya bila bekerja dengan kontraktor. Kerja sampai malam dah jadi macam biasa. Kalau projek urgent nak cepat siap kena kerja hari minggu. Tapi gaji mahal dan banyak kemudahan seperti tempat tinggal, transport, makan minum dan lain-lain

Jimatkan Duit Anda….

Dengan mengurus sendiri pembinaan rumah anda, banyak duit anda dapat diselamatkan. Anda tahu berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor jika anda membeli rumah yang sudah siap dibina atau sedang dalam pembinaan. Jika harga yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak adalah RM 200,000.00 bagi sebuah rumah bungalow biasa termasuk tanah, maka keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor tersebut adalah dianggarkan RM30 hingga RM50 ribu. Ini adalah kos pengurusan yang kita bayar kepada kontraktor tersebut tetapi kita tidak merasainya kerana ia termasuk dalam harga rumah dan tanah tapak rumah tersebut. Apalah sangat kerja-kerja pengurusan untuk membina sesebuah rumah. Anda semua boleh lakukan sendiri iaitu 90% adalah beli bahan-bahan binaan dan uruskan pekerja. Selebihnya adalah berurusan dengan pihak berkuasa tempatan seperti JBA, TNB dan Majlis Dearah kawasan anda. Dalam ebook “PANDUAN MEMBINA SENDIRI RUMAH ANDA” – Jangan Tertipu Dengan Kontraktor-

Saya akan jelaskan dari proses penyediaan pelan rumah sehingga ke rumah siap sepenuhnya. Anda juga akan diajar kaedah membaca pelan arkitek dan juga pelan struktur. Juga akan diajar cara-cara mengira kuantiti bahan binaan yang diperlukan iaitu ‘taking off ‘. Taking off adalah kaedah yang digunakan oleh firma-firma juruukur bahan (quantity surveyor) untuk mengira bahan-bahan binaan daripada pelan dan dimasukkan dalam dokumen tender. Kalau di Universiti Taking off adalah salah satu major subject bagi penuntut yang mengambil kursus juru ukur bahan.

 

 

18 Comments

  1. Salam tuan. Ebook tuan utk ajar cara bina rumah sndiri tu masih valid ker? Ada apa2 perubahan tak. Saya perlu panduan utk bina rumah sendiri di SG Merab bawah PBT Sepang. Kalau saya beli ebook tu bole tak saya jadikan panduan nak bina rumah sendiri.tq

  2. Assalam…
    Lantai bilik air saya pebble wash..tp dh rosak sbb mada pemasangan maybe gam x byk….bila kena air…pebble tu terkopek satu2….x spai setahun pasang…lagi satu masalah…water proofing pun dh leak…kesian jiran bwh rumah saya….sy tinggal di perdana villa ting 2…
    Mcm mana dan di mana nk cari kontraktor yg dipercayai untuk renovate lantai bilik air dan buat water proofing yg betul…keluasan bilik air 11′ x 9’….kos anggaran utk buatsemua + water proofing betapa agak2nya yek…
    Tlng bantu…sbb sh byk kali kena tipu ja…

    • wslam…pegi cari tukang tile..buang semua pebble wash dn gantikan dgn floor tile..Tukang tile pun bole lay waterproofing (cuma lay cam sapu cat je)..
      Nk buat anggaran kena site visit dulu..

  3. salam, rumah asal sy adalah semi-d 2tingkat, saya merancang utk extend rumah 2 tingkat di tanah tepi rumah asal, keluasan extension adalah 14×50 kaki persegi, adakah perlu sy membuat piling atau mencukupi stakat buat footing shj? minta penjelasan, tq

  4. Askm sdara.. sya baru nak plan buat rumaH..sya nAk tanya kebiasaannya ketebalan dinding rumah dan bilik brape ye..dan saiz tiang rumah bape yE

  5. Salam Kontraktorcyber,

    Saya ingin mendapatkan info jika ingin mengantikan bumbung rumah banglo setingkat (ada empat bilik & 2 bilik air, rumah konkrit atas tanah lot),

    1) material apa yang sesuai digunakan?
    2) berapakah estimated budget kos untuk mengantikan bumbung tersebut ( termasuk kos beli bahan binaan + upah tukang rumah + upah lain yg berkaitan)

    Harap encik kontraktor dapat membantu dengan memberikan info mengenai hal diatas. Terima kasih

    • Salam Azyy….

      Anggaran kos bagi kerja2 ubahsuai perlu lihat sendiri keadaan bumbung rumah utk dapatkan maklumat yg tepat ….dan bergantung kpd jenis atap yg akan digunakan dan lain2 kerja yg terlibat. Saya syorkan dapatkan tukang rumah yg berdekatan utk minta pandangan dan nasihat.

    • Salam Shieda…
      Saya dah reply email you..
      PRODUK adalah dlm bentuk digital….boleh di download melalui link download yg akan dihantar via email selepas transaksi pembayaran disahkan.

  6. hai i dah baca lama web u memang interesting i nak bina rumah tetapi sedikit unsure boleh kah dapat kan email u atau no tel untuk berbincang keteramgan lebih lanjut?

  7. salam ,

    saya ingin membuat rumah sewa 3 pintu , agak -agak berapa kos untuk membuat rumah sewa ini?perancangan saya hendak gunakan plan rumah kos rendah.mohon bantuan

  8. Salam Encik,

    Saya ada membeli sebuah rumah 2 tingkat. Saya mahu menambah satu lagi tingkat untuk buat bilik tidur & mini library. Menambah ruang dapur basah juga laluan di sebelah luar/atas rumah.Saya juga mahu buat hiasan dalaman juga laman. Saya ada banyak idea untuk pengubahsuaian rumah juga ID cuma saya tidak tahu di mana untuk bermula. Saya rasa apa yang ada di fikiran saya mungkin akan memakan kos yang tinggi.

    Soalan saya, siapa yang patut saya panggil dahulu, kontraktor atau syarikat ID. Adakah syarikat ID boleh buat pengubahsuaian sekali? Bagaimana utk mencari kontraktor yang bagus? Adakah saya perlu memoho lesen dari Majlis Perbandaran utk pengubahsuaian? Bolehkah encik mengubah suai rumah saya?

    Minta maaf encik kalau banyak sangat soalan 🙂

    Terima kasih

    • Salam Puan norhaira,

      Terimakasih krn bertanya…
      Puan boleh panggil kontraktor atau pelukis pelan dulu… Memanglah jika nk senang cari kontraktor aje(maksud saya kontraktor yg khas bina rumah)…mereka boleh bagi cadangan, cari pelukis pelan dan ID kontraktor sekali juga urusan memohon kelulusan pelan. Tapi kosnya memang tinggi. Utk jimatkan kos saya syorkan cari pelukis pelan utk buat perubahan atau penambahan pada pelan sediada termasuk buat submission utk kelulusan majlis daerah. Lepas kelulusan cari 3 atau 4 kontraktor utk qoute harga dan buat perbandingan harga yg paling munasabah. Perlu diingat kos buat renovation tk sama dgn bina rumah baru. Mungkin lebih tinggi jika ada banyak kerja 2 demolishing works. Jika Puan nak jimatkan lagi…terus deal tukang renovate rumah tapi semua bahan2 bina kena urus sendiri. Kontraktor ID boleh cari kemudian semasa rumah Puan dalam proses pengubahsuian bermula. Kadang2 kontraktor ID juga ada buat renovate rumah tapi kurang.

      Maaf saya dah kurang aktif…lebih tumpukan online business ..

Leave a Reply to Shieda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

301 Moved Permanently

Moved Permanently

The document has moved here.