Kenapa tangki najis tersumbat

 

Sebenarnya bukan tangki najis yg tersumbat tapi saluran paip yg menghubungkan antara manhole ke manhole. Saluran paip ini dipanggil sewerage pipe. Kebanyakkan rumah menggunakan PVC pipe yg berwarna merah bersaiz 100 atau 150mm dia. Ada dua jenis PVC pipe yg biasa digunakan . Warna putih atau gray digunakan utk aliran air buang dari sinky dan bilik mandi manakala warna merah atau oren khas utk aliran najis dari mangkuk tandas ke manhole dan seterusnya ke septic tank. Dari septic tank ke longkang juga disambungkan paip ini bagi membuang lebihan air dari septic tank (overflow).  Sebelum PVC pipe ada di pasaran, mereka menggunakan clay pipe yg panjangnya 2ka setiap satu disambung2 mengikut jarak yg dikehendakki.  Sekarang ini clay pipe yg digunakan berbentuk baru dipanggil Vitrified Clay Pipe (VCP) yg biasa digunakan bagi projek perumahan atau projek pembinaan  besar  yg mempunyai centralized septic tank dan oxidation pond.

PVC PIPE                                VITRIFIED CLAY PIPE (VCP) 

 

Kenapa saluran najis boleh tersumbat?

Perkara ini biasa berlaku terutamanya projek perumahan yg dibina oleh pemaju perumahan. Masalah ini disebabkan oleh  faktor kualiti kerja atau workmanship yg kurang baik. Cuba bayangkan projek perumahan yg membina 100 atau 200 buah rumah serentak. Bagaimana mereka nak menjaga kualiti kerja walaupun mereka mempunyai clerk-of-works yg mengawasi kerja2 yg dijalankan kontraktor. Dari pengalaman saya, clerk-of-works kurang beri perhatian kerja2 sewer pipe dan pemasangan septic tank terutamanya invert level dan kecerunan yg perlu diikuti sebagaimana dlm construction plan.

Kecerunan saluran paip najis bagi rumah kediaman adalah 1:60 (1 nisbah 60). Ini bermakna setiap 60ka panjang paip akan menurun sebanyak 1ka.  Jika paip rumah anda panjang keseluruhan adalah 70 ka maka penurunan paip sebanyak 70/60 x 1 = 1.167ka

Kecerunan paip amat penting diikuti dan tak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika tinggi maka air mengalir laju dan meninggalkan najis melekat pada dinding paip manakala jika kecerunan yg rendah menyebabkan air bergerak terlalu perlahan juga mengakibatkan aliran najis tersekat.

 

 

…….to be continued …

Take off Quantities

Take off Quantities adalah proses mengira keluarkuantiti  bahan binaan yang terdapat dalam sesuatu projek binaan samada projek binaan bangunan, jalan raya, jambatan atau apa saja kerja-kerja pembinaan. Proses taking off quantities sebenarnya dilakukan oleh firma Quantity Surveyor. Semua item-item yang terdapat dalam lukisan arkitek, juruukur dan  kejuruteraan dikeluarkan dan disenaraikan satu persatu dalam Bills Of Quantities. Bagi projek pembinaan yang besar item-item yang disenaraikan dalam bills of quantities boleh mencapai sehingga ribuan item. Bagi pihak kontraktor juga terdapat jawatan Quantity Surveyor yang diperlukan utk membida tender2 yang dimasukki. Ia juga akan menyediakan dokumen2 yang berkaitan dgn progress claim dan juga menyemak tuntutan yang dituntut oleh sub-contractor. Jika tuan/puan ingin mengurus sendiri pembinaan rumah tidak perlulah membuat taking off terhadap bahan binaan yang akan digunakan kerana ianya tidak relevant krn kuantitinya terlalu sedikit selain prosesnya yang rumit dan terlalu teknikal. Walaubagaimana pun saya akan tunjukkan sedikit bagaimana taking off terhadap bahan binaan dibuat.

Contoh Pengiraan Batu-bata.

CONTOH BILLS OF QUANTITIES (Housing Project)

TIPS MEMILIH KERJAYA DALAM BIDANG BINAAN

Adakah anda berminat mempuyai kerjaya dalam bidang binaan?

Kerjaya dalam bidang binaan banyak cabang-cabangnya. Sebaiknya kerjaya ini hendaklah ditentukan dari awal lagi semasa mula-mula memasukki alam pekerjaan. Saya dapati banyak orang tersilap pilih kerjaya kerana tidak betul-betul faham fungsi, tugas, suasana kerja, tanggungjawab dan sampai di manakah tahap sesuatu kerjaya. Continue reading