Bina Sendiri Rumah banglo

BINA SENDIRI RUMAH BANGLO ANDA

Bina sendiri rumah anda-  Apa yang saya maksudkan di sini ialah  mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Bagituan/puan yang ada tanah dan bercadang membina rumah, maka adalah lebih baik anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ianya sangat menjimatkan berbanding melantik kontraktor membina rumah anda.

Adakah anda tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh seseorang kontraktor apabila menyiapkan sesebuah rumah. Pada kebiasaanya harga rumah dikira mengikut keluasannya. Contohnya  bagi sebuah rumah bungalow satu tingkat yang sederhana dari segi rekabentuk  dengan keluasan 1600ka2 dan berharga RM200 ribu, maka keuntungan yang diperolehi dianggarkan 1/3 dari RM200k iaitu lebih kurang RM66 ribu. Ini upah bina rumah sahaja. Jika anda membeli rumah yang sudah siap sepenuhnya sekali dengan tanah tapak rumah maka keuntungan kontraktor makin bertambah iaitu daripada jualan tanah tapak rumah tersebut. Cuba anda bayangkan berapa banyak anda dapat jimatkan wang jika anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ini belum diambil kira lagi jika kontraktor itu seorang yang tidak berapa jujur. Anda mesti ingat bahawa seseorang kontraktor akan memaksimakan keuntungan  yang ingin diperolehi hasil pembinaan sesebuah rumah itu. Jika anda tidak berapa tahu tentang selok-belok bidang binaan rumah seperti membaca pelan rumah, peringkat-peringkat  pembinaan,kualiti  bahan-bahan binaan, workmanship  dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan maka anda dengan mudah ditipu oleh kontraktor.

Mengurus sendiri pembinaan rumah anda bukan bermakna anda kena membuat sendiri kerja-kerja bina rumah anda. Tugas anda adalah sama dengan kontraktor yang membina rumah iaitu:-

  1. Berurusan sendiri dengan pelukis pelan
  2. Membuat permohonan kelulusan pelan
  3. Mencari tukang
  4. Mengurus pembelian bahan-bahan binaan
  5. Membayar gaji pekerja (hanya berurusan dgn tukang)
  6. Berurusan dengan pihak berkuasa tempatan

Adakah tugas-tugas di atas susah  atau tiada masa bagi anda. Saya dapati banyak penjawat-penjawat awam seperti mereka yang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan, guru-guru terlibat dalam bidang binaan rumah. Dengan kata lain membina rumah kemudian jual. Untungnya berganda-ganda. Mereka-mereka ini bermula dengan membina satu dua buah rumah kemudian jual. Bila dapat untung lebih sedikit campur dengan duit simpinan mereka kemudian beli tanah dan terus pecah lot menjadikan lot-lot tapak rumah. Satu ekar tanah dapat dipecah menjadi 6 atau 7 lot. Sebahagian lot-lot ini kemungkinan dijual untuk mendapatkan modal bagi membina rumah di lot-lot tanah yang selebihnya. Rumah dibina kemudian dijual lagi dan begitulah seterusnya. Mereka-mereka ini secara tidak langsung adalah pemaju dan juga kontraktor.  Kalau anda ada duit dan ada tanah anda pun boleh menjadi seperti mereka. Jangan biarkan duit anda beku saja di dalam bank. Cair dan kembangkan ekonomi anda. Kalau anda tidak berapa faham tentang bidang binaan rumah…Dapatkan  e-book [wpPopWizard item_id=pop_tooltip clickthru=http://bina-rumah.com/info/home.php newwindow=yes ]PANDUAN LENGKAP –BINA SENDIRI RUMAH ANDA[/wpPopWizard] Dalam ebook ini saya akan lebih tekankan kepada soal-soal pengurusan dan hal-hal teknikal yang patut anda tahu.

 

Kadar harga semasa yang diguna pakai oleh kontraktor bina rumah adalah antara RM110 ~ RM130/ka2 buat masa ini tahun 2011. Kadar harga ini adalah termasuk upah pekerja, bahan binaan,  system pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja. Bagi Bandar besar ataupun rekabentuk yg rumit menjadikan kadar harganya melebihi RM130/ka2.

Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 ka persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-

1500 x RM110 = RM165,000

Pada asasnya kos pembinaan bagi sesebuah rumah adalah terbahagi kepada perkara berikut:-

 

 

Ini bermakna keuntungan kontraktor tersebut adalah sebanyak RM 52,800. Bayangkan duit jika anda sebanyak ini diberikan kepada kontraktor, tetapi kita semua tidak merasainya kerana duit sebanyak ini diserahkan secara berperingkat-peringkat melalui bank tempat anda membuat pinjaman perumahan. Kos pengurusan adalah kecil bermakna kerja mengurus pembinaan rumah bukanlah susah seperti kebanyakan orang fikirkan kerana ia boleh dilakukan seorang diri saja. Sebab itulah seorang kontraktor rumah boleh mengurus kerja-kerja pembinaan bagi 4 atau 5 buah rumah dalam satu masa. Kos pengurusan ini adalah tanggungjawab kontraktor tersebut dan bukannya pemilik rumah. Maka keuntungan yang diperolehi adalah bersih.

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Ebook Bina sendiri rumah anda (teknikal)

Ebook Rahsia pengurusan kontraktor (pengurusan)

Percuma Pelan rumah bungalow atau semi D

http://bina-rumah.com/info/home.php

ISI KANDUNGAN Ebook ” Membina Sendiri Rumah Anda”

Pengenalan

Memahami pelan rumah

Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.

Penyediaan pelan rumah

Memohon kelulusan pelan

Melantik tukang rumah

Peringkat-peringkat pembinaan

– Mengenal pasti sempadan tanah anda
– Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
– Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.
– Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
– Kerja-kerja membina tapak asas
– Membina grd. Beam
– Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit
– Tiang- tetulang, formwork dan konkrit
– Lantai konkrit
– Roof beam
– Dinding bata
– Plaster / melepa
– Bumbung
– Kerja kemasan
– Kemasan lantai
– Cara memasang jubin lantai
– Jubin dinding
– Kerja mengecat

Mengurus pembelian bahan binaan

Mendapatkan bekalan air dan letrik.

Kualiti binaan

Mendapatkan sjil layak mendudukki ( CF )

MASALAH MEMILIKI RUMAH SENDIRI BERIKUTAN HARGA RUMAH YANG MELONJAKAN NAIK 2011

“DAPATKAN KAEDAH PENYELESAIAN”PERCUMA!!!!

 

573 Comments

  1. Salam, saya nak bina rumah atas tanah lot 70×70 kps, berapa keluasan rumah (P x L) untuk bajet RM220000. Kalau boleh nak tahu luas ruang berdinding berapa dan ruang terbuka berapa.

  2. Saya bercadang hendak membina 2 biji rumah 1 1/2 tingkat. Lebar tanah 32 kaki dan panjang 30 kaki. Apa bezanya sekiranya saya gunakan kontraktor kampong dan kontraktor yang bersijil? Kontraktor kampong sudah banyak membina rumanh di kampong ini.

  3. Assalamualaikum, En Fatah Kontraktor cyber.
    Saya kagum dengan usaha pihak tuan dalam membantu masyarakat memperolehi pengetahuan selain memahami keperluan mereka dalam pembinaan.
    Semuga usaha tuan diberkati Allah swt, dan juga mendapat balasan dan ganjaran yang baik. Amin.

  4. Salam,

    tuan saya ingin renovate rumah bapa mertua saya, saya memerlukan perkhidmatan pelukis pelan, adakah tuan berminat?

  5. Salam en kontraktor, soalan saya, bolehkah saya buat rumah semi d menggunakan pinjaman kerajaan kemudian mejualkan satu unit dan duduk satu unit apabila siap rumah tersebut. Terima kasih…

  6. Salam tuan….

    Boleh tak nak bina Semi D , mempunyai ruang kosong lebih kurang 6 kaki antara dinding dua rumah bagi memberi ruang udara untuk bilik tidur dan rumah ini cuma bercantum dibhg ruang tamu dan ruang dapur.

    Terima kasih.

  7. Salam en fatah,

    Pelan saya baru diluluskan majlis. maka ada beberapa soalan:

    1. Bolehkah saya memohon utk bekalan air dan letrik (untuk pembinaan dan utk pekerja yg akan tinggal di kawasan pembinaan)? Bagaimana caranya?

    2. Untuk pendawaian elektrik, memandangkan saya ingin membuat pendawaian didalam dinding, adakah pendawaian dibuat sewaktu rumah sedang dibina? atau bina rumah dulu, baru buat wiring? Berapakah bentuk kos/caj yang biasanya terlibat?

    terima kasih didahulukan.

    • W’salam Ajak….

      1.Kebiasaannya kerja2 letrik dan air dilakukan oleh sub-contractor. Kita tk boleh lakukan sendiri…mesti upah dia org kerana mereka ada lesen kerja letrik dan air. Semua mereka uruskan dari isi borang permohonan bekalan sementara, urusan dgn TNB & JBA, bayar deposit dapatkan meter juga termasuk kerja penyambungan dr main cabel/pipe.
      Caranya cari sub-cont letrik dan air di kaw en. utk berbincang.

      2.Pendawaian dlm rumah juga dilakukan oleh sub cont. Kerja2 wiring dilakukan semasa dinding bata sudah siap dan bumbung hampir siap. Kos bergantung kpd berapa point yg diperlukan utk rumah tersebut.

  8. Salam tuan,

    saya nak bertanya, kalau nak disambung bahagian belakang rumah kita buat ruang rehat terbuka (awning/pergola) naikkan dinding separuh (simen/kayu) adakah perlu mohon kelulusan majlis & perlu sertakan lakaran plan juga.
    t.ksh

    • W’salam…
      Dari segi undang2 memanglah kena mohon…tp ramai org sambung belakang rumah tk buat submission. Jika sy tk silap sambungan utk ruang berdinding kurang dr 200ka2 tk perlu submit pelan dan ruang terbuka tk lebih 400ka2. Majlis daerah/perbandaran bertindak mengikut lapuran/aduan yg diterima. Jika ada jiran2 yg buat aduan ke pihak majlis berkenaan sambung rumah en yg sedang dibuat maka pihak majlis akan datang dan bertanya tentang surat kelulusan menyambung rumah. Jika tiada dia org suruh buat permohonan dan sertakan pelan. Saya syorkan buat dulu…jika diperiksa nanti buatlah permohonan dan bayar denda (tk sampai RM100).

  9. as kum,
    blh sy bertanya, kalau nak naikkan dinding kt bahagian belakang rumah jarak anggaran 10 x 20 kaki berapa kos yang perlu disediakan.buat sendiri tk de upah org.cukup tk klu anggaran rm 3k?

    • SAMBUNG RUMAH
      sambung rumah

      Bahan2 binaan:-
      1.kayu 2″x5″ = 12’/7 btg
      2.kayu 2″x3″ = 24’/4 btg
      3.papan fascia 1″x8″ = 46ka
      4.atap asbestos 7ka= 9kpg
      4.atap asbestos 6ka= 9kpg
      6.batu-bata = 2000 kpg
      7.batu aggregate 3/4″= 3 ton
      8.batu hardcore= 10ton
      9.pasir kasar= 1 lori(lori 3ton)
      10.pasir sedang= 1 lori(lori 1ton)
      11.pasir halus= 1
      12.simen= 50bag
      13.tiang pre-cast= 3 btg
      14.frame pintu= 1 no.
      15.frame tingkap= 4 nos.
      16.wiremesh exmet= 2 gulung
      17.sinky sistem = sinky & piping
      18.cat = undercoat & finishing coat
      19.floor tile = 1’x1″(200 kpg)
      20.wall tiles = 8″x10″ (360kpg)
      20.paku
      22.2’x4′ asbestos ceiling panel
      23.kayu 2″x2″=
      24.wiring = 1 switch, 3 pin plug=2point
      25.BRC =
      26.besi grd beam = Y12 dan link R6
      27.formwork grd beam = plywood 12mm thk.

      Kos bahan lebihkurang RM5000

      • Salam Tuan, saya br siap tempah pelan dgn pelukis pelan. dan sebelum membina rumah, saya ingin membina rumah secara 3D seperti tuan lukis seperti diatas. boleh saya tahu apa kah software yg mudah utk membuat model rumah sperti diatas. harap maklum

    • Salam cik/puan zahida…
      Ya..masih available

      Terimakasih krn ingin beli ebook saya,

      Untuk makluman PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA ada 3 produk iaitu:-

      1. Ebook Bina sendiri rumah anda (teknikal)
      2. Ebook Rahsia pengurusan kontraktor (pengurusan)
      3. Percuma Pelan rumah bungalow atau semi D (pilih satu pelan saja)

      Kesemua sekali ketiga2 produk di atas berjumlah RM50 shj.
      Cara bayaran cash deposit, online transfer fund dan kad kredit via paypal..

      Untuk tempahan layari minisite jualan di sini:-
      http://bina-rumah.com/info/home.php

      Jangan lupa isi borang pengesahan bayaran(juga dlm webjualan di atas) selepas buat transaksi pembayaran.

      **KESEMUANYA ADALAH PRODUK DIGITAL YG BOLEH DI DOWNLOAD MELALUI LINK DOWNLOAD YG AKAN DIBERIKAN VIA EMAIL SELEPAS TRANSAKSI PEMBAYARAN DISAHKAN DLM MASA 24 JAM.**

  10. Assalamualaikum tuan,

    Saya ingin bertanyakan beberapa soalan tentang pembinaan rumah.Isteri saya membeli tanah ayah saya di Ampang melalui pinjaman kerajaan. Tanah itu adalah jenis pajakan selama 100 tahun. Pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM 120 000 yang akan di bayar kepada ayah saya dan akan di kembalikan semula kepada saya untuk membina rumah. Buat pengetahuan tuan, tanah itu di bawah MPAJ. Saya telah bertanyakan syarikat arkitek dan membuat pelan. Ini adalah jawapannya.
    ” Setelah kami berbincang ketiga-tiga perunding yang terlibat untuk mengemukakan pelan bangunan rumah ke MPAJ, upah yang kena bayar kepada ketiga-tiga perunding tadi adalah dalam lebih kurang RM 21 000 iaitu pembayaran untuk perancang bandar, arkitek dan jurutera dan tidak termasuk bayaran memproses pelan di MPAJ.” Adakah harga ini munasabah bagi pengalaman tuan? Adakah cara lain atau alternatif yang dapat saya gunakan untuk mengurangkan kos RM 21 000 itu?

    Terima kasih tuan.

    • W’salam…
      Sebagai kontraktor saya bukanlah org yg arif utk jawab soalan2 berkaitan penyediaan pelan dan submission terutamanya dr segi caj bayaran yg dikenakan. Saya juga terkejut tp ianya mmg benar terutamanya majlis perbandaran kaw selangor. Saya tk pasti mungkin syarat2 nya berbeza dgn negeri lain. Bagi negeri lain..hanya perlukan drwg arkitek dan struktur pastu hantar ke majlis utk kelulusan. Sebelum tu perlu dapat kelulusan dari jabatan perancang bandar dan jabatan pembentungan negeri masing2. Sy tk pasti apa caj atau bayaran yg dikenakan oleh kedua2 jabatan ini skrg ni tp dulu tiada bayaran. Jika ada pun sikit je. Apa tugas perunding pd peringkat ini. Cuma submit pelan yg berkaitan dan tunggu surat kelulusan je… Semua kerja penyemakan dilakukan oleh jabatan2 berkenaan krn mmg tggjawab mereka. Lapuran kelulusannya hanya sekeping cover letter yg menyatakan permohonan diluluskan dihantar kpd pemilik ataupun perunding mengikut alamat semasa submission. Utk kelulusan lain2 jabatan kerajaan dilakukan oleh majlis daerah/perbandaran. Sebab itulah semasa submission ke pihak majlis perlukan 7,8,9 atau lebih…tujuannya utk diedarkan kpd agensi kerajaan yg lain(JKR, bomba,JPS dll) utk semakan , komen dan kelulusan. Selepas semua lulus barulah pihak majlis akan keluarkan surat kelulusan membina rumah kpd pemilik.

      Jika di negeri lain bayaran penyediaan pelan sekitar RM6 ~7k saja semua sekali termasuk bayaran submission ke majlis bagi rumah yg tk melebihi 3000ka2. Saya syorkan supaya en tanya sendiri kt MPAJ apakah syarat yg dikehendakki dan bolehkah kita lakukan sendiri tanpa khidmat perunding. Utk penyediaan pelan jika kurang dari 3200ka2 jangan dptkan khidmat arkitek tp carilah pelukis pelan berdaftar yg lebih murah cajnya.

  11. salam.

    1. saya hendak beli ebook ni masih available lagi x?

    2. berapa banyak design rumah yang diberikan percuma sebagai contoh jenis banglo. ada berapa design @ 1 design sahaja?

    Terima kasih…

    • Terimakasih krn ingin beli ebook saya,

      Untuk makluman PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA ada 3 produk iaitu:-

      1. Ebook Bina sendiri rumah anda (teknikal)
      2. Ebook Rahsia pengurusan kontraktor (pengurusan)
      3. Percuma Pelan rumah bungalow atau semi D (pilih satu pelan saja)

      Kesemua sekali ketiga2 produk di atas berjumlah RM50 shj.
      Cara bayaran cash deposit, online transfer fund dan kad kredit via paypal..

      Untuk tempahan layari minisite jualan di sini:-
      http://bina-rumah.com/info/home.php

      Jangan lupa isi borang pengesahan bayaran(juga dlm webjualan di atas) selepas buat transaksi pembayaran.

      **KESEMUANYA ADALAH PRODUK DIGITAL YG BOLEH DI DOWNLOAD MELALUI LINK DOWNLOAD YG AKAN DIBERIKAN VIA EMAIL SELEPAS TRANSAKSI PEMBAYARAN DISAHKAN DLM MASA 24 JAM.**

  12. Salam..
    Tumpang tanya, ada satu bidang tanah ni yg saya ingin beli utk pecah lot. Tapi tanah ni 1ekar 700 depa.. Berapa ekar sebenarnye keluasan tanah ni dalam kaki persegi? Saya tidak faham dgn ukuran 700depa tu.
    Soalan kedua , berapa lot kah yg boleh yg saya buat atas tanah sebesar ini?
    Harap tuan dapat menjawap soalan saya ni..
    Terima kasih..

    • W’salam….

      Saya tk pernah dgr ukuran tanah dlm depa….ia mungkin ckp org kampung.

      SEBAGAI PANDUAN:
      Satu ekar biasanya 1 rantai X 10 rantai. 1 rantai 66 kaki. Jadi 1 ekar bersamaan 66 kaki X 660 kaki = 43560 kaki persegi.

      1 ekar = 43560 kaki persegi.
      1 ekar = 4046.86 meter persegi (0.0045 km persegi)
      1 ekar = 0.4047 hektar
      1 ekar = 1.40625 relung persegi

      1 hektar = 2.471054 ekar
      1 hektar = 3.4749196 relung persegi
      1 hektar = 10,000 meter persegi (0.01 km persegi

      NOTE:
      1 ekar boleh pecah ke 6 atau 7 lot bungalow bergantung kpd betuk tanah samada 4 segisama atau 4 segitepat.

    • ukuran depa sangat mudah.

      1 ekar == 1000 depa

      kalau setengah ekar ==500 depa.

      Maknanya, sdr ada tanh dengan keluasan 1 1/2 ekar 200 depa.

      kalau buat banglo dalm 250 depa pon dh besar.

  13. salam…

    saya bercadang untuk membeli tanah kawan saya sebagai pelaburan, tapi tanah ini pelik sket luas 33 kaki x 300 kaki, dalam 10k KP dan berada di tepi jalan dan berdekatan bandar. Minta pandangan tuan sama ada saya patut membina rumah teres (berapa keluasan max. dengan mengambil kira undang2 tanah) atau buat lot gudang dan disewa kan jika saya betul-betul ingin membeli tanah itu nanti?

    • W’salam zaf….

      33ka ni terlalu pendek utk dibina rumah atau apa2 bangunan. Utk rumah jarak minina dari dinding ke sempadan adalah 20ka di bhg hadapan dan 10ka bhg belakang. Pandangan saya tanah ni sesuai utk dibina gerai atau parking lot.

  14. Assalamualaikum,
    saya ada tanah dan rumah di kampung, bawah batu dan atas papan..bahagian atas dah bayak rosak.. Saya ada tanya seorang kontraktor….untuk renovation, tapi katanya susah untuk renovate , sbb bahan sekarang tak sama dengan bahan dulu. Apa maksudnya.? saya kurang faham…. jadi dia kata lebih baik runtuh dan bina semula semua batu…..

    Soalan saya,

    1. kos renovation atau kos bina semula rumah lebih mahal?
    2. bagaimana nak pinjam lesen kontraktor? ada bayaran ke? takkan senang2 kontraktor bagi pinjam lesen, sedangkan tak ambil khidmat dia….

    • W’salam..

      Betul tu….rumah batu lebih senang renovate berbanding rumah kayu…Bahan skrg tk sama dgn dulu dari segi ukuran dan rekabentuk spt kayu,papan dinding,siling dan atap. Bila pasang tk matching dgn yg lama dan menyusahkan.

      1. Runtuh dan bina baru kerja lebih mudah dan anggaran harga dapat dianggar dgn lebih tepat (RM/ka2)….tapi kerja renovation tk ada harga standard. Ianya mengikut keperluan dan kuantiti bahan yg terlibat. Lagipun kerja lebih rumit.

      2.Jika nk pinjam lesen cari kontraktor kelas F. Ada ramai yg tk aktif. Tapi jangan ckp nk pinjam lesen krn mereka fikir Puan nk dapatkan projek kerajaan….ckp nk guna nama sykt utk diisi dlm dokumen pinjaman bank/kerajaan. Mereka tk kisah asalkan diberi saguhati RM2 ~ RM3 ribu.

  15. assalamualailum tuan….
    sy bercadang untuk membina rumah banglo bersaiz 40×50 di atas tanah bersaiz 60×80….
    sy telah berbincang dengan tukan rumah, dia meminta upah sebanyak rm18/kp……barg2 sy beli sendiri….
    atau rm85/kp dengan barg2 dia yg belikan……kalu dikira 40x50x rm85=rm170k……dengan nilai rm170k rumah akan siap sepenuhnya……
    harga upah rm85/kp tu mutah atau mahal?

  16. assalam.. saya nak buat rumah diatas tanah sendiri bersaiz 45 x 83 kp (saiz tanah).. tanah lot tersebut adalah lot tepi.. berapa saiz max rumah yg boleh sy bina???

    • W’salam….

      Jika tanah berada dlm pentadbiran majlis daerah perlu ikut building by law.
      Sebagai panduan building by law..undang2 kecil bangunan seragam:-
      1. Jarak dinding rumah dgn sempadan tanah perlu ada minima 10ka. bagi sebelah tepi kiri/kanan dan sebelah belakang.
      2. Bahagian hadapan minima 20ka jarak antara dinding rumah dengan sempadan tanah.
      3.Tanah corner lot – sebelah tepi yang menghadap ke jalan bersebelahan minima 20ka.
      4. Tanah lot tepi – Jarak dinding rumah dgn sempadan tanah perlu ada minima 10ka. bagi sebelah tepi kiri/kanan dan sebelah belakang.

  17. saya plan utk membina rumah sendiri berdasarkan tunjuk ajar di dalam web dan info tuan kontraktor cyber ni. saya telah mengenalpasti tukang yg akan dilantik dan juga supplier bahan2 utama. Saya bercadang utk membuat bayaran kepada tukang rumah berdasarkan progress binaan itu sendiri. oleh itu, bagaimana cara utk saya keluarkan upah berdasarkan progress ? saya bercadang upah dibayar setiap hujung minggu (jumaat) berdasarkan kerja2 yang telah dijalankan. mohon khidmat nasihat di dalam perkara ini.

    • Salam Asmah..

      Sebagai panduan:
      (a) kerja-kerja asas dan pertapakan 15%
      (b) rangka konkrit bertetulang 25%
      (c) dinding-dinding bangunan tersebut berserta rangka-rangka pintu dan tingkap terpasang pada tempatnya 20%
      (d) memasang bumbung, pendawaian elektrik dan saluran paip(tanpa lengkapan) 20%
      (e) kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut 15%
      (f) Longkang dan saluran najis bangunan tersebut 5%

      Walaubagaimanapun bayar upah pekerja lebih kpd budi bicara antara pemilik dan tukang. Kebiasaannya tukang rumah yg bagus tk akan claim melebihi dr % kerja yg telah disiapkan. Tukang hanya perlu duit setiap minggu bagi bayar gaji pekerja mereka saja. Keuntungan akan diambil selepas rumah siap.

      • salam tn kontraktor,

        terimakasih atas feedback. ini dah byk membantu.. ada tips tak utk mengelakkan pembaziran bahan2 binaan atau bagaimana kita boleh kontrol bajet agar tidak terlalu lari dari bajet asal. utk pengetahuan, saya based in KL tapi rumah dibina di kota bharu, kelantan. adik saya akan monitor keperluan bahan2 binaan, manakala abang saya, juruteknik JKR akan menjadi quality control rumah saya ini. ini projek pertama kami utk keluasan rumah 2100 kaki persegi dgn bajet 150-160k sahaja. rumah dibina 5 bilik dan 3 bilik air. kalau ikut contoh pengiraan yg tuan sediakan, anggaran kos adalah rm130-145k sahaja. cadangan projek bermula dlm bulan oktober ini dan mesyuarat pertama saya dengan tukang rumah pada awal oktober ini. mohon khidmat nasihat lanjut.

        • W’salam asmah…
          Dlm kerja binaan pembaziran pasti berlaku…cuma sikit atau banyak aje. Sebenarnya kadar pembaziran banyak bergantung tukang rumah sendiri spt cara kerja, sikap, tanggungjawab dan kejujuran. Saya syorkan selalu berbincang dgn tukang bila nk order bahan2 binaan dan susun atur tapakbina. Ada bahan yg boleh order sekali gus dan ada yg perlu order berperingkat.

  18. Salam tuan, saya ada sebidang tanah seluas 70 x 70 kps. Tanah kampung. Saya bercadang hendak membina rumah ala-ala rumah teres berkembar 3 bilik (untuk disewa). Di sini saya ada beberapa soalan ingin diajukan:-

    1) Berapakah keluasan setiap buah rumah yang boleh saya bina? (anggaran 3 bilik, 2 bilik mandi)
    2) Berapakah anggaran kosnya?
    3) Apakah saya perlu mematuhi building by law (untuk keluasan jarak di kiri,kanan, depan dan belakang)
    …kerana tanah ini tanah kampung dan tidak tertakluk dengan undang2 majlis daerah.

      • Terima kasih atas jawapan tuan. Selanjutnya saya ingin bertanya lagi,

        1) Kalau saya mempunyai budget dalam RM 100 ribu, cukupkah untuk pembinaan rumah teres 20 x 40 untuk 2 unit jika bina sendiri.

        2) Berapakah keluasan setiap bilik (3 bilik) yang boleh saya dapat?

        3) Berapakah standard ketinggian sesebuah rumah (lantai ke siling) yang biasa dibina?

        4) Apakah harga rumah mesra rakyat berharga RM65 ribu itu termasuk harga kontraktor? Kalau nak bina sendiri berapa kos sebenarnya yang boleh dianggarkan?

        Terima kasih. Harap mendapat jawapan daripada tuan.

  19. AS SALAM…

    saya nak buat rumah pakai loan kerajaan.

    soalans saya macam mana wang tu nak disalurkan sekiranya kita bertindak sebagai kontraktor sendiri..

    mohon bantuan,,,

    akmar

    • Salam akmar….
      Bertindak sebagai kontraktor dgn pinjam lesen dari kontraktor. Lantik lawyer dan wang progress claim akan masuk ke lawyer. En sebagai pemilik boleh arahkan lawyer kemana duit itu nk disalurkan.

  20. Salam,

    1. anda ada / tiada tanah – tapi perlukan orang untuk menguruskan pembangunan bagi projek perumahan?
    Dialu2kan kawasan selangor / Negeri sembilan.

    2. saya juga ada menyediakan perkhidmatan mencari tanah pembangunan rumah (area selangor, N9,) mengikut kehendak client. dari segi lokasi tanah yang ingin dibeli, saiz tanah, kajian kesesuaian tapak untuk membina banglo. Fee bergantung skop kerja.

    service lain –
    1.Buat Pelan susunatur / Pecah tanah / Cantum Lot / Tukar Syarat @ perubahan material dan kegunaan bangunan. Sekian.TQ

    Hubungi : – 012-7754604

  21. Salam En kontraktor. Soalan: berapakah keluasan rumah paling maksima boleh di bina jika keluasan tanah 100 kaki x 66 kaki. Rezab jalan 20 kaki sudah ditolak. Jika saya ingin membina rumah semi d, brape pula keluasan yang paling besar yg boleh dibina. Terima kasih..

    • Salam En Zamri…

      Sebagai panduan building by law..undang2 kecil bangunan seragam:-
      1. Jarak dinding rumah dgn sempadan tanah perlu ada minima 10ka. bagi sebelah tepi kiri/kanan dan sebelah belakang.
      2. Bahagian hadapan minima 20ka jarak antara dinding rumah dengan sempadan tanah.
      2.Tanah corner lot – sebelah tepi yang menghadap ke jalan bersebelahan minima 20ka.

      -keluasan rumah paling maksima = 46ka x 70ka
      -rumah semi d /keluasan maksima = 23ka x 70ka setiap unit

  22. Salam Tuan,

    Saya baru memiliki ebook berkaitan, ianya amat mudah difahami oleh orang seperti saya yang baru berjinak-jinak untuk membina rumah sendiri. Walaubagaimanapun, saya ada beberapa soalan yang saya harap Tuan dapat memberi sedikit tunjuk-ajar dan pandangan.

    Saya memiliki lot banglo yang bersaiz 8400 kaki persegi (i.e 140 sft x 60sft). Saya bercadang untuk mendirikan 4 buah rumah ‘Double Storey Semi-d Cluster’ (dimana bahagian belakang unit rumah tersebut bercantum dengan unit yang belakang disamping bercantum dengan unit yang sebelah tepi).

    Saiz tanah setiap unit Semi-D Cluster tersebut ialah 70ft x 30ft, manakala saiz rumah ialah 45ft x 20ft dan saya bercadang untuk menjual unit tersebut. Jarak antara dinding tepi setiap rumah dengan pagar ialah 10ft manakala jarak dinding depan dengan pagar rumah ialah 20ft. Sementara bahagian belakang setiap unit bercantum antara unit depan dan belakang.

    Soalan saya,

    1) Adakah saiz rumah tersebut menepati kehendak pihak berkuasa tempatan?

    2) Adakah saya perlu memecahkan lot asal saya kepada 4 bahagian dahulu baru saya boleh menjual lot-lot semi-d tersebut?

    3) Bolehkah saya membina ke empat-empat unit tersebut di atas 1 lot geran banglo, selepas dah siap baru saya pecahkan lotnya?

    4) Apakah cara yang terbaik dah mudah untuk melakukan perkara yang diinginkan seperti diatas,

    Mohon tunjukajar tuan. Sekian

    Wasalam

    Wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Page not found - Sweet Captcha
Error 404

It look like the page you're looking for doesn't exist, sorry

Search stories by typing keyword and hit enter to begin searching.