GST-Kerajaan menjangkakan harga rumah naik 3%

image

 

PUTRAJAYA 12 Nov. – Kerajaan menjangkakan harga rumah di seluruh negara mengalami peningkatan sebanyak tiga peratus selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun hadapan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan kajian yang dibuat harga rumah akan meng­alami peningkatan berikutan kenaikan harga bahan binaan dan sebagainya.

Katanya, pemaju perumahan tidak boleh menaikkan harga rumah melebihi peratusan yang ditetapkan itu atau mereka boleh didakwa di bawah Jawatankuasa Pemantauan Harga GST.

“Kajian yang dibuat Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan impak kenaikan harga rumah sebanyak tiga peratus berasaskan perincian bahan binaan dan sebagainya tetapi saya juga risau harga ini akan dinaikkan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu bukan sebab GST tetapi kerana mahukan keuntungan lebih.

“Kalau kenaikan melebihi tiga peratus disebabkan isu lain seperti bekalan buruh yang tidak mencukupi, itu merupakan fenomena di luar GST tetapi kalau naik mendadak pengguna boleh laporkan kepada jawatankuasa pemantauan yang khusus diwujudkan sebab kenaikan harga barang selepas GST,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perumahan negara di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal harga rumah sepenuhnya namun memberi pilihan kepada pengguna dengan pelbagai insentif seperti perumahan mampu milik yang ditawarkan oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan sebagainya.

Mengenai cadangan mewajibkan semua pemaju perumahan melaksanakan konsep bina kemudian jual pada tahun hadapan, katanya, kerajaan tidak berhasrat mewajibkan langkah tersebut kerana akan menyebabkan harga rumah meningkat.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan mengalu-alukan dan tidak menghalang mana-mana syarikat yang bersedia untuk melaksanakan konsep tersebut pada tahun hadapan.

“Konsep ini sebenarnya untuk menangani isu rumah terbengkalai tetapi di negara ini isu tersebut masih terkawal, yang menjadi kebimbangan saya sekiranya langkah ini dibuat, harga rumah akan meningkat naik disebabkan penawaran yang kurang kerana pemaju tidak mampu untuk mengeluarkan dana sendiri,” katanya.

Sementara itu, beliau juga meminta supaya kerajaan negeri dapat membantu agensi kerajaan seperti PR1MA, Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyediakan tapak tanah yang bersesuaian supaya rumah mampu milik dibina di kawasan strategik.

Katanya, tidak banyak yang mampu dibuat oleh pihaknya jika pihak kerajaan negeri tidak membantu menyediakan tapak bersesuaian untuk pembinaan perumahan tersebut.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-rumah-dijangka-naik-8232-tiga-peratus-selepas-gst-1.24021#sthash.POYzM0fE.dpuf

Kementerian Kewangan Nafi Bahagian Pinjaman Perumahan Akan Dimansuhkan

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Kementerian Kewangan hari ini menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dimansuhkan adalah sama sekali tidak benar.

“Kerajaan bercadang untuk menjadikan BPP sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini,” kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pada masa ini, BPP dan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan Rang Undang-undang (RUU) penubuhan BB berkenaan dan Skim Saraan baru bagi kakitangan BB tersebut.

Penjawat awam yang memilih untuk menyertai skim ini kelak dijangka menikmati beberapa faedah sebagaimana yang dinikmati oleh lain-lain agensi yang telah diperbadankan, katanya.

Antaranya faedahnya ialah tangga gaji yang lebih tinggi di samping faedah-faedah lain yang tidak diterima semasa berada dalam skim sedia ada.

“Kepada penjawat awam, kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah BB tidak akan merugikan mereka,” kata Mohd Irwan.

“Syarat-syarat pinjaman perumahan masih dikekalkan sebagaimana yang dinikmati mereka pada masa kini. Malahan sebagai peminjam, penjawat awam akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan,” tambahnya lagi.

— BERNAMA

WARGA KERAJAAN YANG BELUM MILIKI RUMAH

WARGA KERAJAAN YANG BELUM MILIKI RUMAH
Kuala Lumpur

Sumber : utusan online 10 Sept 2012

SAYA adalah antara 60 peratus kakitangan kerajaan yang belum memiliki rumah sendiri.

Mungkin ramai yang menganggap warga kerajaan disediakan kuarters, maka kami tidak mahu beli rumah sendiri.

Hakikatnya harga rumah semakin naik 10 hingga 20 peratus setahun tidak kira rumah itu baru dibina atau penjualan rumah sekunder.

Sekarang ini, berapa banyak rumah yang dijual pada kadar RM200,000 untuk memenuhi keperluan pertengahan? Melihat kepada pasaran sekarang, rata-ratanya rumah yang dijual melalui projek perumahan baru, harga sesebuah rumah teres bermula RM400,000 dan ke atas.

Yang peliknya, apartmen atau kondominiumpun serupa harganya. Bukankah ia sepatutnya murah sebab tidak melibatkan tanah yang banyak? Melihat kepada pasaran penjualan rumah sekunder harganya bermula RM280,000 dan ke atas. Itupun susah nak dapat.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) pula buat alasan kononnya harga rumah meningkat sebab permintaan melebihi penawaran, kos upah dan kos bahan pula meningkat setiap tahun serta kos perunding pereka bentuk rumah.

Tetapi kenaikan kos-kos ini mengakibatkan harga rumah naik secara mendadak. Umpama segelas air teh tarik RM1, apabila susu naik 20 sen, patutkah harga teh tarik naik RM1.20? Maksud saya, perlu ada kawalan kenaikan harga di sini dan siapa perlu ditanggungjawabkan?

Pemaju perumahan ini membeli bahan pembinaan secara pukal. Sifir untuk dia tanggung kenaikan itu ada tetapi dia serah bulat-bulat kenaikan itu kepada pembeli. Pada masa sama, dia mampu membina kediaman mewah.

Dengan angkuh REHDA kata rumah bawah RM250,000 tidak boleh bina sekarang sebab kos mahal dan tidak berbaloi apabila mendapat keuntungan. Kerakusan manusia tiada batasannya. Semua memikirkan untung satu pihak sahaja. Salah satu penyelesaianya di sini, pemaju boleh membina rumah tanpa memasang jubin lantai.

Aktiviti manipulasi banyak menyumbangkan kepada kenaikan harga rumah serupa pasaran saham. Spekulator kononnya pembeli sengaja menaikkan harga rumah.

Golongan tersebut membeli dengan harga serendah RM500 (booking) dan buat untung atas angin sehingga mencecah RM20,000 semasa jual balik. Pembelian secara pukal oleh syarikat hartanah menghancurkan harapan individu untuk membeli rumah.

Salah satu punca permintaan melebihi penawaran adalah disebabkan tiada kawalan ke atas had pemilikan rumah. Ingatlah rumah ini benda yang paling asas bagi manusia. Kalau benda asas ini dijadikan suatu bentuk perniagaan yang melampau akan mengakibatkan satu ketidakseimbangan sosioekonomi di Malaysia satu hari nanti. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Langkah-langkah membendung kenaikan harga hartanah.

Kementerian Kewangan yang mempunyai kuasa menyediakan dasar seperti penentuan kadar cukai keuntungan harta tanah dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan harta tanah perlu bertindak secara proaktif. Mereka perlu memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya memantau aktiviti urusan jual beli rumah kediaman. Pastikan pembeli terdiri daripada golongan pertengahan memiliki rumah daripada projek perumahan yang dilaksanakan dalam kawasan masing-masing.

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169) @ RGPT 1976 perlu dikuatkuasakan semula dengan kadar segera. Pelupusan aset dalam tempoh dua tahun selepas tarikh perolehan dikenakan 30 peratus cukai, pelupusan dalam tahun ketiga 20 peratus dan seterusnya. Untuk mudah cara, bekukan penjualan aset selama lima tahun pertama kecuali atas hal-hal yang dibenarkan.

Pelaburan-pelaburan syarikat tempatan dan multinasional perlu bertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur khasnya di Kelantan. Wujudkan Free Trade Zone serupa di Pulau Pinang. Lebih 50 peratus penduduk Lembah Klang adalah dari negeri-negeri Pantai Timur. Apabila peluang pekerjaan sudah ada, ini akan memudahkan mereka bekerja di negeri sendiri. Secara automatik, permintaan perumahan di Lembah Klang akan menurun dan harga rumahpun menurun.

Kerajaan mesti wujudkan akta had maksimum harga rumah mengikut kategori (murah, sederhana dan mahal) dan pastikan golongan sasaran memiliknya. Larang kumpulan pendapatan tinggi membeli rumah sederhana dan rendah untuk tujuan spekulasi ataupun penyewaan.

Putrajaya dan Cyberjaya perlu dibangunkan dengan rumah kediaman kos sederhana.

Pejabat operasi syarikat multinasional atau cawangan syarikat lebih bertumpu kepada pusat bandar yang dah lengkap dengan segala prasarana, contoh: Damansara, Petaling Jaya. Perlu buka di tempat lain. Contoh: Putrajaya, Dengkil, Sepang.

Untuk Skim Rumah Pertama (SRP) kerajaan perlu hadkan pinjaman 100 peratus sehingga RM220,000.

Terengganu sedia pinjaman rakyat bina rumah sendiri

KUALA TERENGGANU 5 Dis. – Satu lagi khabar menggembirakan untuk rakyat negeri ini apabila kerajaan negeri mengumumkan penyediaan Dana Pinjaman Perumahan Rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan buat permulaan dalam usaha memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah yang mereka idamkan.

Skim berasaskan syariah yang kini sedang diperhalusi kaedah pelaksanaan dan syarat pinjamannya itu akan membolehkan setiap pemohon meminjam sehingga RM50,000.

“Langkah ini membuktikan kerajaan sangat prihatin terhadap keperluan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa Ucapan Bajet 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Katanya, kemudahan itu disediakan setelah mengambil kira rakyat yang memiliki tanah tetapi tidak berkemampuan membina rumah di atas tapak berkenaan.

”Ini kerana mereka tidak boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan disebabkan tidak ada berpendapatan tetap.

”Bagi membantu golongan terbabit yang bakal memenuhi syarat yang ditetapkan kelak, kerajaan negeri setuju diadakan dana pinjaman,” ujarnya.

Ia merupakan pendekatan terbaharu kerajaan negeri selain meneruskan program pembangunan perumahan yang menjadi agenda utama memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

Kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 10,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun mulai 2008 dan sehingga kini 23 projek rumah kos rumah dan rumah mampu milik melibatkan 6,737 unit telah dilaksanakan dengan kos RM659.73 juta.

”Pada tahun depan, RM80 juta diperuntukkan untuk meneruskan projek-projek sambungan dan memulakan pelaksanaan tujuh projek yang melibatkan pembinaan 2,277 unit rumah,” ujarnya.

Sumber [utusan online]

 

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu hari ini meluluskan dana pinjaman perumahan berjumlah RM50 juta untuk rakyat negeri ini yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 untuk membina rumah sendiri.
Keputusan menyediakan kemudahan pinjaman yang boleh mencecah sehingga RM50,000 bagi setiap permohonan itu sebelum ini diluluskan dalam ucapan Bajet 2012 pada Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata petang ini, mereka yang masih tidak memiliki rumah sendiri wajar memohon pinjaman ini.

Selain kemudahan pinjaman yang mengenakan syarat utama hanya kepada pemohon yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, pemohon juga perlu membina sendiri rumah berkenaan di atas tanah milik pemohon berdasarkan geran hak milik.

Katanya, pemohon perlu mencagarkan geran itu kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (SEDC) bagi memastikan pemohon tidak mengingkari syarat tempoh bayaran balik pinjaman itu.
“Terpulang kepada pemohon berapa jumlah yang mereka mahu pohon, bagaimanapun kita akan beri sehingga tahap maksimum RM50,000 bagi setiap pinjaman, selain tanah perlu dicagar kepada kita melalui SEDC.

“Kalau tidak beri cagaran, jika kita luluskan pinjaman RM50,000, mereka tidak bayar, habislah kita..(cagaran) sebagai perlindungan kepada kerajaan,” katanya.

Kertas cadangan mengenai pinjaman perumahan ini akan dibawa kepada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan April nanti yang dibuat mengikut Seksyen 10, Akta Acara Kewangan Negeri.

“Ia bagi membolehkan kita mewujudkan tabung amanah ini,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Kerajaan negeri akan mengeluarkan syarat bagi memohon pinjaman itu secara terperinci sebaik sahaja Mesyuarat DUN meluluskan perkara itu nanti.

Berita gembira ini wajar disambut baik oleh rakyat Terengganu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan difahamkan Terengganu satu-satunya yang menyediakan pinjaman perumahan seperti ini.

Sumber [teganuku.blogspot.com]

 

pelan rumah bungalow

Had maksimum pinjaman rumah naik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mencadangkan supaya had maksimum harga rumah dalam Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

“Penambahbaikan itu boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012,” katanya semasa membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Najib berkata, kerajaan sebelum ini telah melancarkan skim berkenaan pada Mac tahun ini bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan perubahan itu bagi menambahbaik skim berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan juga sudah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.

Katanya, bagi tahun 2012, sebanyak 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja, Klang.

“Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju,” katanya.

Misalnya, katanya, satu unit apartmen dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Putrajaya dijual pada harga RM150,000 berbanding harga pasaran RM220,000.

Najib berkata, kerajaan juga akan memberi pengecualian sepenuhnya duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah program itu.

Kosmo online
talking me they would have to shape it back in very little optical and I think it back in dry skin I rolled my face and easier to apply the neckline or starts to remove the perfect color If you tilt your jaw The resin used to create this video
We love this facial rolling machine at this facial roller will only produce certain colours The crystals
A There are lots of foam rolling machine at this is a protective coat the photo
After a more compliments on the tube called a small list of compliments on your shimmery eye shadow with a small list of application For best results were no scientific studies done on this method especially rose quartz roller used to obtain a washcloth to your jawline to its

Harga rumah melambung tinggi di Lembah Kelang

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Harga rumah yang melambung tinggi sehingga melebihi setengah juta ringgit dilihat seakan fenomena biasa di sekitar Lembah Klang.

Jika 10 tahun lepas, rumah teres dua tingkat boleh dibeli dengan harga sekitar RM200,000 untuk kawasan-kawasan di pinggir bandar Kuala Lumpur, kini ia seumpama mimpi.

Harga rumah didapati terus meningkat dengan pantasnya sehingga mencecah angka yang sudah tentu tidak mampu dicapai oleh kebanya kan bakal pembeli yang berpendapatan sederhana terutama golongan muda.

Apakah sebabnya? Adakah ini menunjukkan penduduk di Lembah Klang telah meningkat pendapatan mereka atau ada pihak yang ingin mengaut keuntungan cepat?

Antara kaedah yang digunakan untuk memastikan harga rumah naik dengan cepat ialah menggunakan taktik menyimpan unit tertentu sebelum projek perumahan dilancarkan secara rasmi.

Usaha itu mencapai kejayaan berdasarkan kerjasama yang baik antara pemaju dan spekulator untuk melonjakkan harga pasaran.

Mengikut ‘peraturan’ tersebut, jika mahu mendapatkan pilihan terbaik, pembeli terpaksa akur dengan harga yang ditawarkan biarpun pada kadar lebih tinggi.

Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini

Sumber: Utusan Online

 

Harga rumah baru meningkat 20 peratus-Sept 2011

Harga rumah baru meningkat 20 peratus

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Harga kediaman yang bakal dilancarkan pada separuh kedua 2011 dijangka meningkat sebanyak 20 peratus, menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Presidennya, Datuk Seri Michael K.C. Yam berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan harga bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja.

”Perkara tersebut tidak membantu pemaju hartanah kerana melalui kaji selidik tersebut kami dapati kebanyakan pembeli mencari rumah murah walaupun di kawasan bandar yang tanahnya kurang dan kos adalah tinggi.

”Ia meletakkan pemaju hartanah dalam keadaan sukar untuk mengehadkan kos untuk memenuhi permintaan pasaran dan pada masa yang sama menguruskan kenaikan kos bahan mentah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai prestasi hartanah pada separuh pertama tahun ini dan tinjauan hadapan bagi separuh kedua 2011 serta awal 2012, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Rehda Cawangan Kuala Lumpur, NK Tong dan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd. (RAM), Dr. Yeah Kim Leng.

Tambah Yam, 47 peratus responden merancang untuk menaikkan harga rumah yang bakal dilancarkan syarikat mereka.

”Bagi separuh kedua tahun ini, 61 peratus responden merancang melancarkan projek pembangunan hartanah mereka yang menunjukkan sentimen positif dengan purata 150 buah kediaman akan dibina untuk setiap pemaju.

”Melalui kaji selidik itu juga, ahli-ahli kami lebih memahami pasaran mereka dan telah berjaya mentafsirkan tempahan diterima kepada jualan,” jelasnya.

Beliau berkata, pasaran hartanah tempatan masih lagi bergantung kepada pasaran domestik berbanding pembeli asing yang hanya sebanyak empat peratus.

Sementara itu, kajian itu mendedahkan, Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan kerajaan pada Mac lalu, masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana ketiadaan mekanisme dan ramai tidak mempunyai maklumat lanjut, kadar faedah tinggi serta kesukaran mendapatkan pinjaman.

Secara keseluruhannya, bagi 2012, Yam berkata, pasaran hartanah negara adalah optimistik tetapi dijangka berhati-hati kerana mungkin berlaku perubahan polisi yang bakal diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 nanti.

<<Utusan Online>>