myQSapp
02/14/2016
Salam sejahtera…
Ini adalah android app yang saya bina sendiri. Aplikasi myQSapp adalah ini adalah untuk pengiraan bahan-bahan binaan yg penting saja spt konkrit, kayu, besi, premix dll. Aplikasi ini sangat sesuai bagi sesiapa yang terlibat dalam industri binaan spt site supervisor, site QS, kontraktor kelas F,sub-cont. dan sesiapa yang ingin menguruskan sendiri pembinaan rumah mereka.
myQSapp
Video Demo
Dimuka depan myQSapp ada menu seperti berikut:-
1 – Pengiraan berat besi (ton)
Mengira berat besi dalam unit ton berdasarkan saiz besi. Oleh kerana pembekal dan dalam sebutharga, berat besi yang digunapakai adalah dalam ton atau kg. (1 ton = 1000kg). Tandakan saiz besi yang hendak dikira dan masukkan nilai panjangnya(m).
2- Pengiraan berat kayu (ton)
Oleh kerana kayu dijual mengikut RM/ton maka utk memudahkan tuan/puan mengiranya dengan cepat dan spontan bila berurusan dgn pembekal maka saya dah siapkan formula pengiraan mengikut saiz kayu. Hanya pilih saiz kayu yang nak dikira, kemudian masukkan bilangan kayu mengikut panjang(kaki) yg telah ditetapkan.
3- Pengiraan Konkrit/plaster
Ianya bermaksud mengira bahan-bahan asas yang terdapat dalam isipadu(m3) konkrit, plaster atau simen motar yang hendak dikira. Hanya pilih bahan yang nak dikira dan masukkan kuantitinya(m3).
4-Pengiraan Dinding bata dan plaster.
Dalam page ini saya telah masukkan formula pengiraan batu-bata, simen motar dan plaster sekali gus. Dinding sebelah luar semestinya ada pintu dan tingkap juga lain-lain bukaan(opening). Maka dinding kawasan ini perlu ditolak apabila kiraan dibuat. Hanya masukkan saiz dinding iaitu panjang x tinggi. Begitu juga kawasan yang nak ditolak spt pintu dan tingkap.
5- Pengiraan premix dan crusher run.
Kontraktor kadang2 susah nak agak kuantiti premix, crusher run dan pasir terutamanya bila berat dalam ton diperlukan semasa order atau mengisi sebutharga. Ianya makin rumit jika ketebalan yg dikehendakki berbeza-beza. Jadi utk kiraan yg cepat, spontan dan tidak berlaku tersalah kira maka saya cadangkan gunakan android app mudah ini yang telah diprogramkan formula2 pengiraan bahan tersebut.
6-Coverter
Saya juga sediakan page converter berbagai-bagai tukaran unit-unit pengiraan.
-
-: 0
-: 859819
-: 859819