Rahsia Bina Rumah

bsra1

jimatduit

 SILA LIHAT : CONTOH DAN PENGIRAAN

Apa yang maksudkan di sini ialah mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Tahukah anda bahawa anda boleh jimatkan duit anda berpuluh ribu ringgit jika anda mengurus sendiri kerja-kerja binaan rumah anda. Secara asasnya harga membina sesebuah rumah boleh dipecahkan kepada tiga perkara iaitu:-

1-kos bahan binaan

2-upah pekerja

3-keuntungan kontraktor

Jika kos binaan sesebuah rumah dianggarkan RM 90,000.00 maka keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor adalah RM 30 ribu. Bayangkan duit sebanyak ini sebenarnya adalah duit anda jika anda mengurus sendiri pembinaan rumah anda dan duit yang anda perlukan bagi membina dan menyiapkan rumah anda adalah cuma RM 60 ribu sahaja.

“KENAPA HARGA RUMAH YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN BEGITU MAHAL DAN MELAMPAU SEJAK AKHIR-AKHIR INI? ADAKAH KERANA BAHAN-BAHAN BINAAN YANG MENINGKAT NAIK? MEMANG YA…TETAPI BUKAN ITU SAJA. FAKTOR LAIN ADALAH KOS PEKERJA DAN JENTERA. HARGA RUMAH AKAN NAIK JIKA HARGA TANAH MENINGKAT. FAKTOR YANG PALING KETARA ADA MANIPULASI PEMAJU PERUMAHAN DENGAN BERITA-BERITA SPEKULASI HARTANAH YANG AKAN MEMPENGARUHI PASARAN  SEKTOR PERUMAHAN.

KADANG-KADANG TERJADI HARGA RUMAH NAIK MENDADAK TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN HARGA BAHAN BINAAN SEPERTI 2,3 TAHUN KEBELAKANGAN INI CONTOHNYA HARGA SIMEN 2,3 TAHUN DULU SEKITAR RM18~RM19/BAG TETAPI SEKARANG TURUN KE RM15.50 ~ RM17/BAG TETAPI HARGA RUMAH TETAP NAIK DAN TAK PERNAH TURUN…….INI DISEBABKAN OLEH PERMINTAAN TERHADAP HARTANAH INI BEGITU TINGGI SEKALI. BUKAN SAJA DI BANDAR BESAR SEPERTI K.L, PENANG ATAU JB TETAPI IANYA MENYELURUH KE BANDAR KECIL DAN SEDERHANA DI SELURUH NEGARA.

APABILA PERMINTAAN TINGGI MAKA PEMAJU AKAN MENAIKKAN HARGA TAMBAHAN PULA NILAI TANAH JUGA MENINGKAT SAMA . PEMAJU PERUMAHAN LEBIH BERMINAT KEPADA PROJEK PERUMAHAN MEWAH DARIPADA PERUMAHAN KOS SEDERHANA DAN RENDAH. KENAPA..? KERANA UNTUNGNYA BERKALI GANDA DAN BOLEH DIMILIKKI OLEH WARGA ASING YANG BERMASTAUTIN DI NEGARA KITA.

PEMAJU PERUMAHAN YANG MEMBINA PERUMAHAN KOS SEDERHANA DAN KOS RENDAH ADALAH DISEBABKAN OLEH TANGGUNGJAWAB SOSIAL BAGI MEMENUHI KEHENDAK KERAJAAN DAN RAKYAT TEMPATAN. TETAPI HARGA RUMAH TERSEBUT TIADA KAWALAN DAN BERGANTUNG KEPADA PASARAN SEMASA. HARGA SESEBUAH RUMAH YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN BERGANTUNG KEPADA LOKASI PROJEK TERSEBUT. JIKA DI BANDAR BESAR HARGANYA LEBIH MAHAL KERANA NILAI TANAH YANG LEBIH TINGGI.

pemajukontrak

 

1-TANAH PERSENDIRIAN

2-TANAH KERAJAAN

PEMAJU AKAN MEMBUAT CADANGAN ATAU PROPOSAL UNTUK MEMBANGUNKAN SESUATU KAWASAN DENGAN PROJEK PERUMAHAN DEMI MEMENUHI KEHENDAK ORANG RAMAI YANG MAHUKAN RUMAH. PEMAJU AKAN MENYERAHKAN CADANGAN INI KEPADA KERAJAAN NEGERI. SUDAH SEMESTINYA KERAJAAN AKAN BERSETUJU KERANA PROJEK INI UNTUK RAKYAT DAN SEMUA KOS AKAN DITANGGUNG OLEH PEMAJU TERSEBUT. SELAIN KAWASAN TERSEBUT MENJADI MAJU KERAJAAN JUGA AKAN MENGENAKAN PREMIUM KEPADA PEMAJU TADI DI ATAS PENGAMBILAN TANAH TERSEBUT. PEMAJU PULA AKAN MEMASUKKAN KOS PREMIUM TANAH INI KE DALAM HARGA RUMAH YANG TUAN/PUAN AKAN BELI NANTI.

 

pemajubeza

 

PEMAJU

PEMAJU PERUMAHAN ATAU PEMILIK/CLIENT ADALAH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMAJUKAN SESEBUAH KAWASAN DENGAN PROJEK PERUMAHAN. BAGI PROJEK PERUMAHAN YANG BESAR BIASANYA TERDAPAT PERUMAHAN KOS RENDAH, SEDERHANA DAN MEWAH. DALAM PROJEK PERUMAHAN SEPERTI INI PIHAK PEMAJU JUGA DIWAJIBKAN MEMBINA KEMUDAHAN ASAS SEPERTI JALANRAYA, DEWAN ORANG RAMAI, SURAU, PADANG PERMAINAN KANAK-KANAK, LONGKANG DAN SEBAGAINYA. JADI SEMUA KOS MEMBINA KEMUDAHAN ASAS INI ADALAH DITANGGUNG OLEH PEMBELI MELALUI HARGA RUMAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PEMAJU. BUKAN ITU SAJA, SAMADA KITA SEDAR ATAU TIDAK SEMUA KERJA-KERJA SEBELUM , SEMASA DAN SELEPAS PEMBINAAN JUGA DI TANGGUNG OLEH PEMBELI RUMAH 100%. MALAH PEMAJU JUGA MENGAMBILKIRA KOS YANG DITANGGUNG OLEH MEREKA BAGI MEMBAYAR GAJI PEKERJA ATAU KAKI TANGAN YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG KE ATAS PROJEK TERSEBUT. INI BELUM LAGI DIKIRA % KEUNTUNGAN YANG PEROLEHI KE ATAS SETIAP BUAH RUMAH YANG DI JUAL. ANTARA KOS SEBELUM PEMBINAAN ADALAH PERLANTIKKAN FIRMA-FIRMA PERUNDING SEPERTI ARKITEK, JURUTERA PERUNDING CIVIL dan M&E, LAND SURVEYOR DAN JURUUKUR BAHAN BAGI TUJUAN MEREKABENTUK DAN ANGGARAN KOS SESEBUAH PROJEK.

 

KONTRAKTOR

KONTRAKTOR ADALAH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH PROJEK. DALAM PROJEK PERUMAHAN YANG BESAR PEMAJU MELALUI FIRMA JURUUKUR BAHAN AKAN MENGELUARKAN DOKUMEN TENDER BAGI PROJEK TERSEBUT DAN MEMANGGIL KONTRAKTOR BAGI MEMBIDA HARGA SAMADA SECARA TERBUKA ATAU TERTUTUP. KONTRAKTOR AKAN MEMBIDA PROJEK PERUMAHAN TERSEBUT AKAN MEMASUK SEKALI % KEUNTUNGAN YANG DIKEHENDAKKI.

SELALUNYA KONTRAKTOR YANG MEMENANGI TENDER DINILAI BUKAN SAHAJA BERDASARKAN HARGA YANG MUNASABAH TETAPI JUGA DARI SEGI KEUPAYAAN MODAL, TEKNIKAL DAN JUGA PENGALAMAN.

 

PEMAJU / KONTRAKTOR

PEMAJU DAN KONTRAKTOR ADALAH PIHAK YANG SAMA SELALUNYA BAGI PROJEK PERUMAHAN YANG KECIL LEBIH KURANG 10 ~ 20 BIJI RUMAH SAHAJA. KEBIASAANNYA DIBINA DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN ATAU DALAM BENTUK USAHASAMA ANTARA PEMILIK TANAH DAN PEMAJU/KONTRAKTOR. RUMAH YANG DIBINA SELALUNYA MENGIKUT PERMINTAAN PASARAN SEMASA SAMADA BUNGALOW ATAU SEMI-D ATAU TERES.

 

KONTRAKTOR KECIL

KONTRAKTOR KECIL ADALAH KONTRAKTOR KELAS ‘F’ YANG HANYA BOLEH BEROPERASI DI DAERAH TEMPAT TINGGAL KONTRAKTOR TERSEBUT IAITU MENGIKUT SEBAGAIMANA ALAMAT YANG TERDAPAT DALAM ‘LESEN PKK KELAS ‘F MEREKA. WALAUPUN NILAI PROJEK YANG DIBENARKAN TIDAK BOLEH MELEBIHI RM200k TETAPI PROJEK YANG BERNILAI ANTARA RM100k ~ RM200k MEMANG BANYAK YANG DIKELUARKAN OLEH JKR, PEJABAT DAERAH, MAJLIS DAERAH DAN SEBAGAINYA.

KONTRAKTOR KECIL INILAH KEBANYAKANNYA TERLIBAT DENGAN KONTRAK BINA RUMAH KEPADA MEREKA-MEREKA YANG ADA TANAH SENDIRI ATAU BARU DIBELI DAN INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN MASING-MASING. KEBIASAANYA TUAN TANAH YANG TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP AKAN MEMBUAT PINJAMAN KERAJAAN ATAU BANK DAN MELANTIK KONTRAKTOR KECIL/KELAS ‘F’ BAGI MEMBINA RUMAH MEREKA.

PEMAJU

Lebih 2,000 Rumah Kuota Bumiputera Tersedia Untuk Dijual Di Melaka
MELAKA, 9 Mei 2011 — Sebanyak 2,078 rumah pelbagai kategori untuk kuota bumiputera telah tersedia untuk dijual di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 486 rumah merupakan jenis kos rendah, 420 rumah teres satu atau dua tingkat, rumah berkembar (300), banglo (869) dan selebihnya rumah kedai.
“Rumah kos rendah yang tersedia berharga antara RM35,000 dan RM42,000,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pameran dan Penjualan Perumahan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.Beliau berkata harga bagi rumah teres satu atau dua tingkat antara RM138,00 dan RM238,000, rumah berkembar (RM188,00 ke RM338,000), banglow (RM266,000 ke RM419,000) dan rumah kedai (RM90,000 ke RM450,000).
Mohd Ali berkata daripada rumah kuota bumiputera yang tersedia itu kira-kira 300 buah untuk dibeli melalui Skim Rumah Pertamaku yang berharga dalam lingkungan RM200,000 ke bawah.Skim Rumah Pertamaku dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 8 Mac lepas dan menarik penyertaan lebih 20 institusi kewangan di negara ini.Mohd Ali juga berharap kakitangan kerajaan di Melaka yang telah mempunyai rumah turut mengambil peluang untuk membeli rumah itu melalui Skim Pembelian Rumah Kedua.“Walaupun kita tidak tinggal di rumah itu, kita boleh beli rumah itu terutama rumah kedai untuk dijadikan pelaburan pada masa hadapan atau beli rumah yang lebih besar lagi untuk keselesaan anak kita,” katanya.Beliau berkata rumah merupakan pelaburan yang terbaik kerana harga rumah sentiasa meningkat.Lebih 60 orang berminat untuk membeli rumah melalui skim itu pada program sehari yang dianjurkan Lembaga Perumahan Negeri Melaka, katanya. 

 SILA LIHAT : CONTOH DAN PENGIRAAN


 banner2

  • banner

SOFTWARE

-
-: 1
-: 858946
SHARE ON FACEBOOK