Software Pengiraan Bahan Binaan

 SOFTWARE2

softwarevista

Salam Sejahtera,

Saya berpengalaman dalam industri binaan sudah melebihi 20 tahun dan berbagai-bagai kerja yang berkaitan sudah saya lalui. Antaranya adalah “Site Quantity Surveyor” iaitu mengira kuantiti bahan binaan yang hendak dipesan atau dibeli disamping membuat progress claim. Kerja mengira kuantiti bahan memanglah rumit dan perlu tumpuan 100% kepada kerja tersebut.

Sejak terlibat dalam bisnes online ramai orang bertanya bagaimana nak kira bahan binaan dan keluarkan bahan tersebut dari pelan mengikut saiz/ukuran yang tercatit dalam pelan rumah.

Software pengiraan bahan-bahan binaan saya bina sendiri bagi kemudahan orang ramai yang tidak ada pengetahuan dalam bidang binaan bangunan terutamanya dalam pembinaan rumah.  Sebelum terlupa saya ingin nyatakan bahawa software ini saya reka hanya sesuai utk mengira bahan binaan bagi pembinaan rumah sahaja. Samada rumah bungalow setingkat, 2 tingkat atau rumah semi-D. Ianya tidak boleh digunakan utk pengiraan lain-lain pembinaan kerana berbeza rekabentuk strukturnya.

Saya ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan sesebuah rumah bungalow setingkat, 2 tingkat atau rumah semi-D rekabentuk strukturnya  adalah sama atau standard dan ianya sudah menjadi amalan bagi designer, pemaju, kontraktor atau tukang-tukang di kampung. Mereka semua sudah biasa dengan bahan-bahan yang perlu digunakan bagi pembinaan sesebuah rumah terutamanya saiz besi, kayu, beam, footing, kekuda bumbung atau kecerunan atap. Walaubagaimanapun mereka tidak dapat mengira kuantiti bahan-bahan tersebut dengan tepat dan hanya membuat anggaran berdasarkan pengalaman yang lepas.

Pengiraan kuantiti bahan binaan biasanya dilakukan oleh juruukur bahan(quantity surveyor) dengan menggunakan kaedah “take off quantities”. Iaitu dengan cara mengeluar setiap item bahan-bahan binaan  mengikut ukuran dan saiz sebagaimana yang ditunjukkan dalam construction plan. Kaedah ini adalah paling tepat tetapi memakan masa kerana perlu dikira satu persatu item yang terlibat dan mereka yang membuat taking off quantities ini perlu mahir membaca pelan. Ada beberapa jenis borang yang direka utk memudahkan proses pengiraan dan ianya sangat rumit.

BERIKUT ADALAH IMEJ-IMEJ BORANG “TAKE OFF QUANTITIES” YANG DIGUNAKAN DAN MASIH LAGI DIAMALKAN PADA MASA KINI.
large.propertyplan-1 img158 toq 3-building-a-house-for-children-in-Uganda-who-are-AIDS-orphans
willis-qs2 toq2
” sila klik pada imej untuk gambaran yang lebih jelas”

 

SOFTWARE PENGIRAAN BAHAN BINAAN“TAKE OFF QUANTITIES”    

Pengenalan

Software ini saya reka based on net.framework 4.5 . Kepada sesiapa saja yang ingin membeli software ini dinasihatkan download & install dulu software percuma yang saya edar online sejak dulu lagi. Tujuannya adalah untuk test software tersebut boleh running atau tak boleh di PC atau laptop tuan-puan. Jika tak boleh bermakna tuan-puan perlu format PC/laptop kemudian download dan install lagi. Jika software tersebut boleh running dan berfungsi dgn baik di PC atau laptop masing-masing maka software yang premium ni pun boleh berfungsi dgn baik. Kadang-kadang ada juga kes, software tak boleh berfungsi selepas dipasang dan saya tidak mahu perkara sebegini berlaku pada tuan-puan sebab itulah saya nasihatkan supaya tuan-puan download & install software percuma saya iaitu anggaran kos dan simple converter di sini <<DOWNLOAD>>

software
PERCUMA-SOFTWARE ANGGARAN KOS DAN SIMPLE CONVERTER

Software ini direka bertujuan untuk mengira kuantiti bahan-bahan binaan yang akan digunakan kelak semasa kerja-kerja pembinaan. Sebagaimana kita semua maklum semua projek yang nak dilaksanakan perlu ada perancangan. Jadi dalam pembinaan rumah, anggaran kos bahan binaan yang terlibat merupakan faktor utama yang akan mempengaruhi  perancangan dan budget kewangan kita. Oleh kerana kerja mengira bahan binaan secara “take off quantities” ini rumit, banyak dan perlu 100% perhatian, jika tidak akan ada item-item yang tertinggal dan tersalah kira, maka dengan adanya SOFTWARE PENGIRAAN BAHAN BINAAN tuan-puan tidak perlu lagi risau. Kaedahnya amat mudah hanya masukkan saja data-data yg dikehendakki, dan hanya satu klik saja anda akan dapat jawapannya sekelip mata.

 Software ini direka mengikut standard design rumah di Malaysia. Contohnya konkrit bertetulang (reinforced concrete) seperti footing, grd. beam, roof beam atau colomn mempunyai tetulang besi di dalamnya. Mengikut amalan praktis civil engineer sesebuah bangunan direkabentuk dengan menambah kekuatan sesebuah bangunan itu sehingga melebihi 2 kali ganda. Maka rekabentuk struktur rumah setingkat atau 2 tingkat mengikut amalan biasa adalah menggunakan besi Y12. Begitu juga kedudukan dan jarak atau bilangan besi sudah diprogramkan dalam software ini dengan memasukkan formula-formula pengiraan utk mengira kuantiti konkrit, formwork dan besi.

softwareweb2

 

footingcal

Software ini diprogramkan utk mengira bahan-bahan yang sukar dikira sahaja iaitu:

  1. Pad footing (asas)-konkrit, besi dan formwork(plywood)
  2. Grd. beam -konkrit, besi dan formwork(plywood)
  3. Grd. colomn-konkrit, besi dan formwork(plywood)
  4. Grd. slab-konkrit, pasir, hardcore dan brc
  5. Roof beam-konkrit, besi dan formwork(plywood)
  6. Brickwall and plastering
  7. Roof covering-atap dan kekuda bumbung

Walaubagaimanapun saya tambah lagi 3 item iaitu:-

  • Ringkasan kuantiti– Semua pengiraan akan dijumlah dan diringkaskan serta dibawa ke page “ringkasan kuantiti” secara auto supaya senang utk dilihat.

 

  • Peratus penambahan-Semua data dari ringkasan kuantiti akan dibawa ke page peratus penambahan. Tambahan peratus adalah kadar % yang perlu ditambah pada jumlah kerana berlaku pembaziran ditapakbina.
  •  Pecahan bahan dan penukaran unit- Simen konkrit dan plaster dipecahkan kpd bahan asal mengikut nisbah campuran bahan tersebut spt simen, pasir , batu dan air. Penukaran unit bagi kayu dan besi dlm meter kpd berat dlm ton kerana pembekal menjual bahan-bahan ini dalam unit ton.

 

software gbeam footing colomn
slab 
roofbeam bata roof
ringkasan peratus pecahan
 KLIK PADA IMEJ UNTUK GAMBARAN YANG LEBIH JELAS

 

SIAPAKAH YANG PERLU MEMILIKKI SOFTWARE INI.

1. Sesiapa saja yang ingin membina rumah samada ingin mengurus sendiri ataupun melantik kontraktor. Semasa perancangan untuk membina rumah seseorang itu mestilah sudah ada dalam fikiran masing-masing tentang budget kewangan atau kemampuan dari segi kewangan samada besar atau kecil. Jika tuan-puan bercadang untuk mengurus sendiri maka perkara utama yang perlu difikirkan adalah kos bahan binaan dan juga kos pekerja. Kos pekerja kita boleh tanya tukang rumah (RM/ka2 x luas lantai) tetapi kos bahan binaan perlu dapatkan kuantiti terlebih dahulu. 

2. Kontraktor bina rumah 

Saya tahu ramai para kontraktor pembina rumah diluar sana juga menghadapi masalah dalam pengiraan bahan binaan “take off quantities” dari pelan samada mereka juga tak tahu atau tiada masa. Mereka juga perlu merancang pembelian dan penghantaran bahan-bahan binaan ini ke tapakbina mengikut kuantiti yang bersesuaian jika tak mahu kerja tergendala (materials on site). Bukan semua bahan boleh dibeli dan dihantar ikut suka hati. Kuantiti yang berlebihan dalam satu-satu masa menyebabkan tapakbina menjadi sesak dan pembaziran kos akan berlaku kerana terpaksa pindah semula ke tempat lain. Manakala kuantiti yg kurang akan menyebabkan kerja tergendala kerana bekalan bahan cepat terputus dan kena tunggu 1,2 hari lagi.

 TEMPAHsoftbann

RM 200, RM150, RM100

SEKARANG HANYA

RM50 sahaja

TERMASUK BONUS!!!!

1.  SENARAI PELUKIS PELAN BERDAFTAR SELURUH              MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SERAWAK

PELAN

2.  SENARAI JURUTERA PERUNDING AWAM SELURUH          MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SERAWAK

PERUNDING

3.  5 SET PELAN ARKITEK WESTERN STYLE + KITCHEN          DESIGN PLAN

DRAWING

PLAN

WESTERN HOUSE STYLE

===========================================

TEMPAH SEKARANG!!!

KESEMUA PRODUK DI ATAS AKAN MENJADI MILIK ANDA HANYA DENGAN RM50 SAHAJA

ORDERED


 banner2

  • banner

SOFTWARE

-
-: 2
-: 383241
SHARE ON FACEBOOK