PANDUAN MENGGUNAKAN MAYBANK2U DAN CIMBCLICKS UNTUK TRANSAKSI INTERNET

PANDUAN MENGGUNAKAN MAYBANK2U DAN CIMBCLICKS UNTUK TRANSAKSI INTERNET 

Isi Kandungan

  1. Langkah mudah pendaftaran Maybank2u
  2. Membuat transaksi wang secara Online
  3. Screenshot ATM dan laman Maybank2u
  4. Langkah mudah pendaftaran Cimbcliks
  5. Panduan Umum Transaksi Online

 

Langkah Mudah Pendaftaran Maybank2u 

  1. Pergi ke atm maybank, masukkan kad dan nombor pin seperti biasa.
  2. Pilih menu ‘Maybank2u’
  3. Pilih ‘pin laluan maybank2u’ untuk membuat pin baru maybank2u. Masuk 6 pin pilihan anda dan ingat untuk pendaftaran online nanti. Ikut arahan sampai habis.
  4. Sila daftar TAC telefon bimbit. Jika tiada telefon bimbit, pilih ‘permohonan maybank2u TAC’ untuk setiap transaksi online.
  5. Buka laman web www.maybank2u.com.my dan tekan ‘first time login’.
  6. Terima Terma.
  7. Masukkan no akaun anda(access no) dan pin yang anda pilih tadi.
  8. Cipta nama pengguna (username) dan katalaluan (password) baru anda. Peringatan: Ingat maklumat tersebut sampai bila-bila.
  9. Tekan ‘Confirm’.

* Anda telah selesai mendaftar di maybank2u dan seterusnya boleh melakukan sebarang  transaksi online.

Membuat Transaksi Wang Secara Online

Untuk membuat transaksi online, ikuti langkah ini:

  1. Log masuk dengan nama pengguna (username) dan katalaluan (password) anda.
  2. Tekan ‘utilities’ dan ‘tac request’.
  3. Tekan ‘request TAC now’.
  4. TAC akan sampai pada telefon bimbit anda melalui SMS.
  5. Tekan ‘funds transfer’ pada menu, ‘3rd party & own account’>>’open 3rd party account’ (untuk pembayaran wang ke akaun bank maybank orang lain) atau ‘interbank’ >> ‘open interbank (giro transfer’ (untuk pindahkan wang ke akaun bank lain seperti CIMB dan lain-lain)
  6. Isi maklumat seperti nombor akaun penerima, email penerima, jumlah bayaran, dan tarikh pindaan wang. Tekan ‘next’.
  7. Masukkan TAC yang anda terima tadi dan tekan ‘confirm’.

* Anda telah berjaya memindahkan wang ke akaun orang lain. Sila copy semua data pada ‘successful page’. Lagi bagus jika anda tekan ‘print screen’ pada keyboard anda dan ‘paste’ pada software paint (start>programs>accessories>paint). Simpan data tersebut untuk bukti pembayaran anda kepada orang lain secara online.



Paparan setelah memasukkan pin untuk mengakses mesin ATM Maybank. Sila pilih Maybank2u/phone banking untuk urusan Maybank2u

 

 

Sila pilih pin laluan Maybank2u untuk membuat pin baru Maybank2u. Sila daftar TAC telefon bimbit dan pilih ‘permohonan Maybank2u TAC’ untuk setiap transaksi Atas Talian

 

Paparan setelah memasukkan nombor pin untuk Maybank2u anda buat kali pertama. Masukkan kali kedua dan ikut arahan.

 

Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk pendaftaran nombor telefon bimbit.

 

Laman utama web maybank2u.com.my

 

Paparan setelah klik login pada laman utama> sila klik first time login untuk yang baru mendaftar. Jika sudah mendaftar, sila isi ruang username dan password dan klik login.

Langkah Mudah Pendaftaran Cimbclicks

  1. Buat internet banking e-pin di atm cimb.
  2. caranya: masukkan kad atm, masuk nombor pin anda, pilih ‘other’, pilih ‘internet e pin’, masukkan 6 digit e pin pilihan anda (lain dari pin atm anda), masukkan lagi untuk kepastian, siap ( internet e pin accepted), ingat nombor pin tersebut.
  3. Masuk laman web www.cimbclicks.com.my
  4. Klik ‘first time login’ dan ikut arahan untuk register.
  5. Cara transaksi tidak banyak beza dengan maybank2u.

 

 

 

Laman utama web cimbclicks.com

 

Paparan login untuk pengguna

 

Paparan setelah login

 

Paparan untuk memulakan transaksi

 

Panduan Umum Transaksi Online

  1. Klik ‘Account Enquiry’ untuk memeriksa baki akaun anda.
  2. Pastikan nombor akaun dan nama penerima transaksi sama.
  3. Klik ‘Transfer Funds’ untuk melakukan sebarang transaksi ke akaun lain.
  4. Klik ‘Pay Bills’ / ‘Bill Payment’ untuk membayar bil seperti bil-bil utiliti.
  5. Klik ‘Online Prepaid’ / ‘Prepaid Reload’ Untuk tambah nilai prepaid telefon bimbit anda .

 

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *