TIPS MEMILIH KERJAYA DALAM BIDANG BINAAN

Adakah anda berminat mempuyai kerjaya dalam bidang binaan?

Kerjaya dalam bidang binaan banyak cabang-cabangnya. Sebaiknya kerjaya ini hendaklah ditentukan dari awal lagi semasa mula-mula memasukki alam pekerjaan. Saya dapati banyak orang tersilap pilih kerjaya kerana tidak betul-betul faham fungsi, tugas, suasana kerja, tanggungjawab dan sampai di manakah tahap sesuatu kerjaya. Memilih kerjaya juga berkait rapat dengan kursus yang diikuti semasa menuntut di mana-mana pusat pengajian. Jika di pusat pengajian tinggi kursus bidang binaan ini  ditempatkan  di fakulti senibena, perancang Bandar dan wilayah. Jika di UiTM dipanggil Kajian Senibena,Perancangan Dan Ukur . Di fakulti atau Kajian ini pula dibahagi pula beberapa kursus bagi calon-calon untuk membuat pilihan seperti Kursus architectural, Perancang Bandar, Estate Management, Ukur Bahan, Binaan Bangunan atau ukur tanah. Lagi satu kursus yang penting tetapi diletakkan dibawah fakulti/kajian kejuruteraan adalah kursus kejuruteraan awam. Pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat bekerja dalam bidang binaan dinasihati supaya mencari atau bertanya kepada yang lebih berpengalaman tentang sesuatu kursus dan halatuju selepas tamat mengikuti sesuatu kursus. Maklumat sesuatu kursus boleh didapati dari buku panduan kemasukan ke Universiti atau melayari internet. Dalam buku panduan adalah tidak mencukupi dan terlalu ringkas. Sebagai panduan bagi para lepasan SPM yang berminat mempunyai kerjaya dalam bidang binaan, dalam blog ini saya akan bincangkan secara ringkas mengenai kursus yang  terdapat di fakulti/kajian senibina, perancancangan dan ukur serta kursus kejuruteraan awam.

 

Para pelajar yang ingin memasukki pusat pengajian tinggi terutama sekali dalam bidang binaan supaya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing supaya memilih kursus dan kerjaya yang sesuai dengan diri atau jiwa seseorang. Peringkat ini adalah sangat penting kerana ianya akan menjadi penyebab samada seseorang itu akan Berjaya atau gagal dalam kerjaya masing-masing kelak. Kepada ibubapa kenalpasti minat atau kecenderungan anak andaKadang-kadang ada ibubapa ingin anak mereka menjadi doctor, lawyer, jurutera atau sebagainya sedangkan anak mereka tidak minat dengan pilihan ibubapa mereka. Maka bila sampai sekarat jalan pelajar tersebut fail atau gagal dalam exam. Ada juga pelajar yang awal-awal lagi menukar kursus kepada yang lebih diminati. Ada juga pelajar yang mengikut sesuatu kursus itu kerana kawan baiknya kat sekolah juga memohon kursus tersebut sedang diri sendiri tidak berapa minat. Elakkan perkara ini berlaku kerana ia melibatkan masa depan anda. Sebenarnya memilih kursus juga berkaitrapat dengan sifat atau kerektor seseorang. Contohnya dalam kursus arkitek/senibina kebanyakan masa belajar dihabiskan dalam studio dan pergaulan dengan rakan sekuliah adalah lebih bebas berbanding dengan kursus lain. Cara belajar pelajar arkitek juga berbeza iaitu banyak kena buat projek dan membuat presentation. Bukan itu saja, pakaian juga berbeza dengan pelajar lain. Jadi kursus arkitek tidak sesuai bagi seseorang yang bersifat pendiam walaupun dia layak dari segi result SPM selain memerlukan belanja yang banyak.

 

 

Posted in Construction.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *