Take off Quantities adalah proses mengira keluarkuantiti bahan binaan yang terdapat dalam sesuatu projek binaan samada projek binaan bangunan, jalan raya, jambatan atau apa saja kerja-kerja pembinaan. Proses taking off quantities sebenarnya dilakukan oleh firma Quantity Surveyor. Semua item-item yang terdapat dalam lukisan arkitek, juruukur dan kejuruteraan dikeluarkan dan disenaraikan satu persatu dalam Bills Of Quantities. Bagi projek pembinaan yang besar item-item yang disenaraikan dalam bills of quantities boleh mencapai sehingga ribuan item. Bagi pihak kontraktor juga terdapat jawatan Quantity Surveyor yang diperlukan utk membida tender2 yang dimasukki. Ia juga akan menyediakan dokumen2 yang berkaitan dgn progress claim dan juga menyemak tuntutan yang dituntut oleh sub-contractor. Jika tuan/puan ingin mengurus sendiri pembinaan rumah tidak perlulah membuat taking off terhadap bahan binaan yang akan digunakan kerana ianya tidak relevant krn kuantitinya terlalu sedikit selain prosesnya yang rumit dan terlalu teknikal. Walaubagaimana pun saya akan tunjukkan sedikit bagaimana taking off terhadap bahan binaan dibuat.
Contoh Pengiraan Batu-bata.