Felda akan bina 20,000 rumah bernilai RM1.5b-bajet 2013

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Felda akan menyiapkan projek perumahan generasi baharu sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion.

Ini antara program yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi, sebagai menyokong usaha kerajaan merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, selain itu Felda juga memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan, di samping berbelanja RM100 juta setahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000 anak generasi baharu.

Menurutnya, 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.

“Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Yayasan 1MDB 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah arau untuk pelajar prasekolah di pedalaman Sarawak, klinik bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

Yayasan 1MDB ditubuhkan pada Januari 2010 bagi menguruskan dana CSR khusus bagi melancarkan beberapa inisiatif utama dalam usaha merapatkan jurang sosioekonomi, ke arah memenuhi nilai-nilai aspirasi 1Malaysia.

Antara inisiatif utama syarikat pembangunan strategik utama dipacu pasaran bagi membantu mengubah Malaysia menjadi ekonomi maju, yang kompetitif, inklusif dan berkekalan itu ialah, menggalakkan peluang sama rata kepada pendidikan dan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan GLC pula akan memperuntukkan hampir RM500 juta untuk menjalankan CSR dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam persekitaran. – BERNAMA

Sumber: Utusan Online

SPNB beli rumah untuk rakyat

PUTRAJAYA 27 Sept. – Hasrat golongan pertengahan dan bawahan memiliki rumah sendiri bakal menjadi kenyataan apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membeli rumah secara pukal daripada mana-mana pemaju perumahan sebelum dijual semula pada harga ditetapkan oleh kerajaan.
Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron (gambar) berkata, menerusi kaedah tersebut harga jualan rumah dapat dikurangkan berbanding harga pasaran semasa yang kini mengalami kenaikan mendadak sehingga menyukarkan golongan terbabit membeli rumah.
”Walaupun tindakan ini dilihat merugikan SPNB tetapi sebagai syarikat milik kerajaan kami melakukan tanggungjawab sosial meringankan beban rakyat dalam membantu mereka memiliki rumah.
”Sejak 1997, SPNB sebenarnya telah memainkan peranan utama dalam memberi nafas baru kepada projek-projek perumahan terbengkalai dan membina perumahan untuk semua,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, sudah sampai masanya untuk SPNB memainkan satu lagi peranan sebagai pembeli rumah secara pukal bagi mana-mana projek perumahan berdaya maju di seluruh negara sebelum menjualnya pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
SPNB yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.
Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, SPNB juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan sumber berbanding dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan itu untuk membina rumah.
”Bayangkan sekiranya SPNB mempunyai peranan yang sedemikian, sudah pasti syarikat itu dapat mempengaruhi dari segi harga, pakej pinjaman yang menarik dan sebagainya.
”SPNB boleh jual semula rumah pada harga mampu milik dan dengan cara itu objektif untuk meringankan beban rakyat dapat dicapai walaupun dengan cara yang berbeza malah lebih efektif,” katanya.
Dalam pada itu, Idris berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan bertindak mengawal harga tanah dan pengeluaran bahan pembinaan kerana kedua-duanya mempengaruhi harga rumah.

Sumber: Utusan Online

WARGA KERAJAAN YANG BELUM MILIKI RUMAH

WARGA KERAJAAN YANG BELUM MILIKI RUMAH
Kuala Lumpur

Sumber : utusan online 10 Sept 2012

SAYA adalah antara 60 peratus kakitangan kerajaan yang belum memiliki rumah sendiri.

Mungkin ramai yang menganggap warga kerajaan disediakan kuarters, maka kami tidak mahu beli rumah sendiri.

Hakikatnya harga rumah semakin naik 10 hingga 20 peratus setahun tidak kira rumah itu baru dibina atau penjualan rumah sekunder.

Sekarang ini, berapa banyak rumah yang dijual pada kadar RM200,000 untuk memenuhi keperluan pertengahan? Melihat kepada pasaran sekarang, rata-ratanya rumah yang dijual melalui projek perumahan baru, harga sesebuah rumah teres bermula RM400,000 dan ke atas.

Yang peliknya, apartmen atau kondominiumpun serupa harganya. Bukankah ia sepatutnya murah sebab tidak melibatkan tanah yang banyak? Melihat kepada pasaran penjualan rumah sekunder harganya bermula RM280,000 dan ke atas. Itupun susah nak dapat.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) pula buat alasan kononnya harga rumah meningkat sebab permintaan melebihi penawaran, kos upah dan kos bahan pula meningkat setiap tahun serta kos perunding pereka bentuk rumah.

Tetapi kenaikan kos-kos ini mengakibatkan harga rumah naik secara mendadak. Umpama segelas air teh tarik RM1, apabila susu naik 20 sen, patutkah harga teh tarik naik RM1.20? Maksud saya, perlu ada kawalan kenaikan harga di sini dan siapa perlu ditanggungjawabkan?

Pemaju perumahan ini membeli bahan pembinaan secara pukal. Sifir untuk dia tanggung kenaikan itu ada tetapi dia serah bulat-bulat kenaikan itu kepada pembeli. Pada masa sama, dia mampu membina kediaman mewah.

Dengan angkuh REHDA kata rumah bawah RM250,000 tidak boleh bina sekarang sebab kos mahal dan tidak berbaloi apabila mendapat keuntungan. Kerakusan manusia tiada batasannya. Semua memikirkan untung satu pihak sahaja. Salah satu penyelesaianya di sini, pemaju boleh membina rumah tanpa memasang jubin lantai.

Aktiviti manipulasi banyak menyumbangkan kepada kenaikan harga rumah serupa pasaran saham. Spekulator kononnya pembeli sengaja menaikkan harga rumah.

Golongan tersebut membeli dengan harga serendah RM500 (booking) dan buat untung atas angin sehingga mencecah RM20,000 semasa jual balik. Pembelian secara pukal oleh syarikat hartanah menghancurkan harapan individu untuk membeli rumah.

Salah satu punca permintaan melebihi penawaran adalah disebabkan tiada kawalan ke atas had pemilikan rumah. Ingatlah rumah ini benda yang paling asas bagi manusia. Kalau benda asas ini dijadikan suatu bentuk perniagaan yang melampau akan mengakibatkan satu ketidakseimbangan sosioekonomi di Malaysia satu hari nanti. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Langkah-langkah membendung kenaikan harga hartanah.

Kementerian Kewangan yang mempunyai kuasa menyediakan dasar seperti penentuan kadar cukai keuntungan harta tanah dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan harta tanah perlu bertindak secara proaktif. Mereka perlu memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya memantau aktiviti urusan jual beli rumah kediaman. Pastikan pembeli terdiri daripada golongan pertengahan memiliki rumah daripada projek perumahan yang dilaksanakan dalam kawasan masing-masing.

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169) @ RGPT 1976 perlu dikuatkuasakan semula dengan kadar segera. Pelupusan aset dalam tempoh dua tahun selepas tarikh perolehan dikenakan 30 peratus cukai, pelupusan dalam tahun ketiga 20 peratus dan seterusnya. Untuk mudah cara, bekukan penjualan aset selama lima tahun pertama kecuali atas hal-hal yang dibenarkan.

Pelaburan-pelaburan syarikat tempatan dan multinasional perlu bertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur khasnya di Kelantan. Wujudkan Free Trade Zone serupa di Pulau Pinang. Lebih 50 peratus penduduk Lembah Klang adalah dari negeri-negeri Pantai Timur. Apabila peluang pekerjaan sudah ada, ini akan memudahkan mereka bekerja di negeri sendiri. Secara automatik, permintaan perumahan di Lembah Klang akan menurun dan harga rumahpun menurun.

Kerajaan mesti wujudkan akta had maksimum harga rumah mengikut kategori (murah, sederhana dan mahal) dan pastikan golongan sasaran memiliknya. Larang kumpulan pendapatan tinggi membeli rumah sederhana dan rendah untuk tujuan spekulasi ataupun penyewaan.

Putrajaya dan Cyberjaya perlu dibangunkan dengan rumah kediaman kos sederhana.

Pejabat operasi syarikat multinasional atau cawangan syarikat lebih bertumpu kepada pusat bandar yang dah lengkap dengan segala prasarana, contoh: Damansara, Petaling Jaya. Perlu buka di tempat lain. Contoh: Putrajaya, Dengkil, Sepang.

Untuk Skim Rumah Pertama (SRP) kerajaan perlu hadkan pinjaman 100 peratus sehingga RM220,000.

Terengganu sedia pinjaman rakyat bina rumah sendiri

KUALA TERENGGANU 5 Dis. – Satu lagi khabar menggembirakan untuk rakyat negeri ini apabila kerajaan negeri mengumumkan penyediaan Dana Pinjaman Perumahan Rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan buat permulaan dalam usaha memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah yang mereka idamkan.

Skim berasaskan syariah yang kini sedang diperhalusi kaedah pelaksanaan dan syarat pinjamannya itu akan membolehkan setiap pemohon meminjam sehingga RM50,000.

“Langkah ini membuktikan kerajaan sangat prihatin terhadap keperluan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa Ucapan Bajet 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Katanya, kemudahan itu disediakan setelah mengambil kira rakyat yang memiliki tanah tetapi tidak berkemampuan membina rumah di atas tapak berkenaan.

”Ini kerana mereka tidak boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan disebabkan tidak ada berpendapatan tetap.

”Bagi membantu golongan terbabit yang bakal memenuhi syarat yang ditetapkan kelak, kerajaan negeri setuju diadakan dana pinjaman,” ujarnya.

Ia merupakan pendekatan terbaharu kerajaan negeri selain meneruskan program pembangunan perumahan yang menjadi agenda utama memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

Kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 10,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun mulai 2008 dan sehingga kini 23 projek rumah kos rumah dan rumah mampu milik melibatkan 6,737 unit telah dilaksanakan dengan kos RM659.73 juta.

”Pada tahun depan, RM80 juta diperuntukkan untuk meneruskan projek-projek sambungan dan memulakan pelaksanaan tujuh projek yang melibatkan pembinaan 2,277 unit rumah,” ujarnya.

Sumber [utusan online]

 

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu hari ini meluluskan dana pinjaman perumahan berjumlah RM50 juta untuk rakyat negeri ini yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 untuk membina rumah sendiri.
Keputusan menyediakan kemudahan pinjaman yang boleh mencecah sehingga RM50,000 bagi setiap permohonan itu sebelum ini diluluskan dalam ucapan Bajet 2012 pada Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata petang ini, mereka yang masih tidak memiliki rumah sendiri wajar memohon pinjaman ini.

Selain kemudahan pinjaman yang mengenakan syarat utama hanya kepada pemohon yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, pemohon juga perlu membina sendiri rumah berkenaan di atas tanah milik pemohon berdasarkan geran hak milik.

Katanya, pemohon perlu mencagarkan geran itu kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (SEDC) bagi memastikan pemohon tidak mengingkari syarat tempoh bayaran balik pinjaman itu.
“Terpulang kepada pemohon berapa jumlah yang mereka mahu pohon, bagaimanapun kita akan beri sehingga tahap maksimum RM50,000 bagi setiap pinjaman, selain tanah perlu dicagar kepada kita melalui SEDC.

“Kalau tidak beri cagaran, jika kita luluskan pinjaman RM50,000, mereka tidak bayar, habislah kita..(cagaran) sebagai perlindungan kepada kerajaan,” katanya.

Kertas cadangan mengenai pinjaman perumahan ini akan dibawa kepada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan April nanti yang dibuat mengikut Seksyen 10, Akta Acara Kewangan Negeri.

“Ia bagi membolehkan kita mewujudkan tabung amanah ini,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Kerajaan negeri akan mengeluarkan syarat bagi memohon pinjaman itu secara terperinci sebaik sahaja Mesyuarat DUN meluluskan perkara itu nanti.

Berita gembira ini wajar disambut baik oleh rakyat Terengganu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan difahamkan Terengganu satu-satunya yang menyediakan pinjaman perumahan seperti ini.

Sumber [teganuku.blogspot.com]

 

Kenapa tangki najis tersumbat

 

Sebenarnya bukan tangki najis yg tersumbat tapi saluran paip yg menghubungkan antara manhole ke manhole. Saluran paip ini dipanggil sewerage pipe. Kebanyakkan rumah menggunakan PVC pipe yg berwarna merah bersaiz 100 atau 150mm dia. Ada dua jenis PVC pipe yg biasa digunakan . Warna putih atau gray digunakan utk aliran air buang dari sinky dan bilik mandi manakala warna merah atau oren khas utk aliran najis dari mangkuk tandas ke manhole dan seterusnya ke septic tank. Dari septic tank ke longkang juga disambungkan paip ini bagi membuang lebihan air dari septic tank (overflow).  Sebelum PVC pipe ada di pasaran, mereka menggunakan clay pipe yg panjangnya 2ka setiap satu disambung2 mengikut jarak yg dikehendakki.  Sekarang ini clay pipe yg digunakan berbentuk baru dipanggil Vitrified Clay Pipe (VCP) yg biasa digunakan bagi projek perumahan atau projek pembinaan  besar  yg mempunyai centralized septic tank dan oxidation pond.

PVC PIPE                                VITRIFIED CLAY PIPE (VCP) 

 

Kenapa saluran najis boleh tersumbat?

Perkara ini biasa berlaku terutamanya projek perumahan yg dibina oleh pemaju perumahan. Masalah ini disebabkan oleh  faktor kualiti kerja atau workmanship yg kurang baik. Cuba bayangkan projek perumahan yg membina 100 atau 200 buah rumah serentak. Bagaimana mereka nak menjaga kualiti kerja walaupun mereka mempunyai clerk-of-works yg mengawasi kerja2 yg dijalankan kontraktor. Dari pengalaman saya, clerk-of-works kurang beri perhatian kerja2 sewer pipe dan pemasangan septic tank terutamanya invert level dan kecerunan yg perlu diikuti sebagaimana dlm construction plan.

Kecerunan saluran paip najis bagi rumah kediaman adalah 1:60 (1 nisbah 60). Ini bermakna setiap 60ka panjang paip akan menurun sebanyak 1ka.  Jika paip rumah anda panjang keseluruhan adalah 70 ka maka penurunan paip sebanyak 70/60 x 1 = 1.167ka

Kecerunan paip amat penting diikuti dan tak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika tinggi maka air mengalir laju dan meninggalkan najis melekat pada dinding paip manakala jika kecerunan yg rendah menyebabkan air bergerak terlalu perlahan juga mengakibatkan aliran najis tersekat.

 

 

…….to be continued …

BINA SARANG BURUNG WALET PADA RUMAH KEDIAMAN

BINA SARANG BURUNG WALET PADA RUMAH KEDIAMAN

Membina sarang burung walet memerlukan kos yang tinggi dan perlukan tanah yg berasingan dan jauh dari kawasan rumah kediaman. Walaubagaimanapun sarang burung walet juga boleh dibina di mana saja asalkan tidak menggangu ketenteraman penduduk setempat.

Jika di bandar-bandar, orang2 cina membina rumah walet di atas kedai-kedai mereka. Bagi mereka2 yang kurang berkemampuan atau yg tak ada tanah, boleh membina sekali dgn rumah kediaman masing2 tetapi pastikan rumah anda agak jauh dari rumah jiran. Takut mengganggu jiran berdekatan dgn bunyi speaker suara burung walet yg dipasang utk memanggil burung. Membina rumah burung walet di tanah yg jauh dari kampung selain kos yg tinggi juga tidak menjamin burung akan singgah dan bersarang di dalamnya. Suara memanggil burung adalah faktor penting samada burung walet akan tertarik dan singgah. Kadang2 suara memanggil tiadak sesuai dgn jenis walet yg ada di kawasan tersebut. Perlu ada banyak suara memanggil utk diuji yang mana satu sesuai bagi sesuatu kawasan. Harga burung walet ada di pasaran yg ditawarkan juga tinggi sehingga ribuan ringgit.

 

Projek Perumahan Dan Kualiti Binaan

Bagi mereka yang kurang faham di sini saya jelaskan bahawa pemaju perumahan adalah owner/client bagi satu-satu projek perumahan. Mereka ini memajukan sesuatu kawasan dengan membina ratusan atau lebih rumah bagi satu projek yang dilaksana dalam beberapa fasa dan mengambil masa bertahun-tahun untuk siap sepenuh.

Semua infrastruktur dan kemudahan asas untuk penghuni rumah di situ adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk menyediakannya. Bagi sesuatu projek perumahan yang besar pihak pemaju akan melantik firma-firma perunding seperti akitek untuk proses rekabentuk dan penyediaan pelan atau lukisan arkitek dan berurusan dengan pihak berkuasa tempatan. Samada pemaju atau kadang kala arkitek akan melantik pula consultant/perunding(civil, mechanical,electrical) bagi kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan dan quantity surveyor bagi penyediaan dokumen tender ‘bills of quantities’. Land surveyor juga terlibat untuk kerja-kerja perukuran kawasan dan menyediakan pelan ukur.

 

Selepas semua pelan-pelan rekabentuk dan segala dokumen-dokumen yang terlibat siap serta mendapat kelulusan pihak kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan barulah tender projek tersebut di buka kepada kontraktor-kontraktor yang berminat untuk dibida.

Kualiti binaan sesebuah rumah itu bergantung kepada perkara-perkara berikut:-

1. Bahan binaan

2. Spesifikasi

3. Pengawasan

4. Sikap kontraktor/pemaju

5. Workmanship

 

Bahan binaan

Bahan-bahan binaan ini termasuklah kayu,simen, pasir, jubin, batu aggregate, plywood, besi, atap, siling dan banyak lagi. Kesemua bahan-bahan ini mempunyai gred masing-masing. Ada yang berkualiti dan ada yang tidak. Adakah kita tahu kontraktor menggunakan bahan yang kurang berkualiti atau tidak ikut spesifikasi. Contohnya pasir. Ada pasir kasar, sedang dan halus. Pasir lombong atau pasir sungai dan ada juga pasir kotor. Semua pasir-pasir ini digunakan dalam binaan rumah dengan fungsi dan harga yang berbeza-beza. Begitu juga besi (reinforment bar) yang digunakan sebagai tetulang dalam konkrit . Ada berbagai saiz besi yang digunakan dalam binaan sesebuah rumah. Sebagai pembeli atau tuan punya rumah kita mestilah tahu serba sedikit tentang bahan-bahan yang digunakan.

 

Spesifikasi

Spesifikasi adalah standart atau gred bahan yang digunakan dalam pembinaan rumah. Spesikasi ini selalu dinyatakan atau tercatit dalam pelan rumah. Contohnya ruang untuk lantai akan dicatit sebagai cement render sahaja atau ceramic tile, terrazzo, mosaic, glazed, parquet atau lain-lain jenis. Besi(re-bar) akan dinyatakan kod seperti ini : 4Y12, R6-150. Kayu ditulis dengan h.w timber gred A,B. Tidak semua bahan-bahan binaan dapat dinyatakan dengan jelas di dalam pelan binaan rumah. Selalunya spesikasi yang dinyatakan di dalam pelan rumah ini adalah standart yang biasa digunakan pakai di Malaysia. Pihak yang bertanggungjawab menentukan spesifikasi ini adalah akitek atau pelukis pelan dan dipersetujui oleh pemaju bagi projek-projek perumahan. Jika kita bercadang hendak mengurus sendiri pembinaan rumah di atas tanah kita, maka perbincangan dengan arkitek/pelukis pelan adalah perlu bagi menentukan spesifikasi bahan-bahan yang akan digunakan.

 

Pengawasan

Kerja-kerja binaan yang sedang berjalan mestilah diawasi. Bagi projek yang perumahan yang besar yang dimajukan oleh pihak-pihak pemaju perumahan, mereka biasanya mempunyai pegawai-pegawai mereka sendiri yang akan mengawasi kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor ataupun mereka melantik consultant/peruding untuk tugas ini bagi pihak merekapemaju untuk menyediakannya. Pegawai penguasa atau ‘clerk of works’ akan memantau dan mengawasi kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor supaya mengikut spesikasi yang terdapat dalam tender dokumen supaya mencapai kualiti atau standart yang di kehendakki oleh pemaju. Mereka juga memantau kerja-kerja kontaktor dari segi masa, susunatur tapakbina, kerja penting yang mesti di dahulukan, menasihati kontraktor,

 

Antara tugas-tugas pegawai penguasa tapakbina ialah:-

Memastikan kontraktor mematuhi arahan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kualiti kerja dan bahan binaan yang digunakan. Mengikut spesifikasi yang di tentukan dalam tender dokumen.

Selain dari perkara-perkara teknikal pegawai penguasa juga mengawalselia kontraktor dari segi:-

1. susunatur tapakbina

2. jadual kerja

3.  tempoh masa pembinaan

4. kerja-kerja penting yang mesti di dahulukan.

5. Keselamatan tapakbina

6. Laporan harian

7. Mengurus mesyuarat tapak

8. Menyelesaikan masaalah-masaalah teknikal luar jangka dengan merujuk kepada pihak perunding.

9. Berurusan dengan pihak berkuasa tempatan dalam hal-hal yang berkaitan seperti bekalan air, letrik dan juga dengan majlis daerah kawasan tersebut.

 

Kenapa kerja-kerja kontraktor perlu diawasi dengan ketat?

Ini kerana memang sikap kontraktor yang selalu mengambil kesempatan kalau tidak diawasi. Pada kebiasaannya kontraktor akan memaksimakan keuntungan yang ingin diperolehinya dari projek tersebut. Caranya ialah dengan menggunakan bahan binaan yang tidak mengikut spesifikasi. Contoh lain ialah mereka tidak mengikut ukurun sepertimana yang terdapat dalan pelan. Jika dalam pelan tercatit ketebalan lantai konkrit 150mmm tetapi kontraktor membuatnya hanya 75mm -100mm sahaja. Selepas siap tiada siapa yang tahu ketebalan lantai tersebut. Itu belum lagi diambil kira tetulang-tetulang besi yang mesti ada sebelum kerja-kerja konkrit boleh diteruskan. Dan banyak lagi cara-cara menipu dalam bidang binaan ini selalu diamalkan oleh kontraktor. Di sinilah pentingnya pegawai penguasa yang akan memerhati kerja-kerja di tapakbina. Seseorang pegawai penguasa selalu mempunyai pengalaman kerja di tapakbina sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas. Sebaik-baiknya pengalaman kerja dengan kontraktor. Pegawai penguasa yang bagus selalunya mempunyai pengalaman selama 10 tahun ke atas dan yang tahu serba serbi dengan tipu helah kontraktor. Daripada pengalaman saya bekerja di tapakbina, walaupun begitu ketat diawasi, kontraktor masih lagi boleh mencari ruang untuk melakukan kerja yang tidak mengikut spesifikasi. Pegawai penguasa tidak boleh mengawai semua perkara yang berlaku dalam tapakbina. Biasanya mereka lebih menitikberatkan bagi kerja kerja kejuruteraan seperti kerja piling (tanam cerucuk), konkrit, pemasangan besi-besi tetulang dan kerja-kerja lain yang melibatkan struktur sesuatu bangunan. Bagi kerja architectural work kontraktor susah sedikit untuk menipu kerana ia boleh dilihat bila kerja siap.

 

Sikap kontraktor / pemaju

Di sini saya ingin jelaskan mengenai pemaju dan kontraktor adalah orang yang sama. Perkara ini selalunya berlaku bagi projek perumahan yang kecil iaitu kurang dari 10 biji rumah untuk satu-satu projek dan kebiasaanya diamalkan di bandar-bandar kecil seluruh Malayasia. Bagi membina 4 biji atau kurang sekaligus kita tidak memerlukan lesen pemaju. Bagi anda yang ada duit dan tanah untuk dimajukan anda boleh mengambil inisiatif untuk membina rumah kemudian menjualkannya. Bagaimana caranya? Saya sudah terbitkan Ebook dengan tajuk “PANDUAN MEMBINA SENDIRI RUMAH ANDA” – Jangan Tertipu Dengan Kontraktor-

 

Bagi projek perumahan yang kecil-kecil, tiada sesiapa yang mengawasi mereka dalam menjaga kualiti semasa pembinaan rumah kerana mereka adalah pemaju dan mereka juga adalah kontraktor. Dalam hal ini kualiti sesebuah rumah itu terletak sepenuhnya kepada pemaju/kontraktor tersebut. Jika mereka hendak menjaga nama baik, mereka akan membuat dengan teliti. Kalau anda membelinya sesudah siapnya rumah tersebut maka anda tidak tahu rumah itu dibina mengikut spesifikasi atau tidak dan setelah mendiami selama 6 bulan barulah anda perasan dengan dinding ada retak-retak longkang ada yang turun / tertanggal dari apron(kakilima), atap bocor, cat luar luntur, pintu retak dan susah untuk buka/tutup dan banyak lagi. Jika anda membeli rumah itu sebelum atau semasa proses pembinaan berjalan maka anda berpeluang untuk mengawasi kerja-kerja mereka. Anda tiada masa? Ianya tidak memerlukan banyak masa jika anda tahu serba sedikit tentang pembinaan rumah. Semasa balik kerja atau hari minggu pun anda boleh pergi lihat dan perhati bahan-bahan yang digunakan dan beli tape ukur untuk buat pengukuran lebih kurang dan bandingkan ukuran dengan pelan rumah. Dapatkan ebook “PANDUAN MEMBINA SENDIRI RUMAH ANDA” – Jangan Tertipu Dengan Kontraktor- Semuanya saya jelaskan dalam ebook ini.

 

Workmanship

 

Workmanship adalah perkara yang berkaitan dengan kemahiran seseorang atau sekumpulan pekerja-pekerja/tukang yang melaksanakan sesuatu bidang kerja. Kumpulan pekerja ini diketuai oleh seseorang yang berpengalaman yang dipanggil ‘kepala’. Jika ketua tukang ini seorang yang berpengalaman dan yang paling penting adalah yang sikap bertanggungjawab terhadap kerja yang diamanahkan kepadanya maka kerja akan menjadi mudah dan cepat. Ketua tukang atau kepala yang baik akan menjaga kualiti kerjanya walaupun tidak ada sesiapapun mengawasinya. Kepala yang baik akan memberi keuntungan kepada kontraktor manakala yang tidak bertanggung adalah sebaliknya malah mendatangkan lebih banyak masaalah. Maka jika anda bercadang mengurus sendiri pembinaan rumah anda, saya nasihatkan carilah tukang yang bertanggungjawab. Ini penting supaya ia tidak mendatangkan banyak masaalah kepada anda. Buat kaji selidik dengan bertanya kepada beberapa orang yang mengenali dia.

 

 

Ciri-Ciri Utama Sebelum Membeli Rumah

Apabila kita hendak membeli atau membina sesebuah rumah, di antara perkara paling utama yang mesti difikirkan adalah seperti berikut:-

Harga

Keluasan

Rekabentuk

Lokasi

Kualiti

Kesemua ciri-ciri di atas adalah berkait rapat antara satu sama lain.

 

Harga bagi sesebuah adalah berbeza-mengikut lokasi. Bagi rumah yang sama yang dibina di Kuala Lumpur atau Selangor lebih mahal harganya berbanding model yang sama jika dibina di Kuantan. Ini adalah disebabkan harga tanah di Kuala Lumpur lebih tinggi. Harga rumah juga bergantung kepada keluasan rumah/tanah, rekabentuk dan juga kualiti. Dalam laman web ini saya akan menyentuh soal kualiti dalam sektor binaan/perumahan. Harga, keluasan, reka bentuk dan lokasi adalah bergantung kepada anda sendiri. Kalau anda mahu rumah besar sudah mestilah ianya lebih mahal. Begitu juga dengan rekabentuk dan lokasi adalah terpulang kepada anda sendiri yang membuat pilihan. Semua orang ada cita rasa tersendiri dan berbeza-beza. Ada orang suka rumah teres 2 tingkat. Orang lain pula suka rumah berkembar atau semi-D. Ada yang suka kediaman mereka jauh dari kesibukan bandar walaupun jauh ke tempat kerja. Tetapi dalam soal kualiti mereka tidak boleh buat pilihan kerana mereka tidak nampak atau merasai kualiti itu. Mereka yang bukan pakar dalam bidang binaan tidak dapat menilai sesebuah rumah itu dibina mengikut spesikasi ataupun tidak. Rumah yang tidak berkualiti akan cepat rosak seperti dinding akan retak terutamanya tempat yang ada tiang, frame tingkap/pintu dan roof beam. Rumah yang nampak cantik luarannya tidak semestinya berkualiti. Dinding, lantai atau jubin lantai/dinding nampak cantik adalah kerana workmanship. Workmanship adalah tahap kemahiran seseorang tukang itu dalam bidang masing. Tukang plaster yang mahir dan berpengalaman akan dapat memberikan hasil yang baik pada dinding atau lantai. Dinding akan kelihatan sama atau sekata. Plaster di dinding adalah campuran pasir halus+simen+kapor. Jika terlebih kapor, plaster dinding lama kelamaan akan terdapat retak-retak. Jika kurang kapor pula, plasterer susah hendak meletakkan bahan plaster itu ke dinding dan hasilnya kurang cantik dan kemas.

 

pelan rumah bungalow

Had maksimum pinjaman rumah naik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mencadangkan supaya had maksimum harga rumah dalam Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

“Penambahbaikan itu boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012,” katanya semasa membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Najib berkata, kerajaan sebelum ini telah melancarkan skim berkenaan pada Mac tahun ini bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan perubahan itu bagi menambahbaik skim berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan juga sudah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.

Katanya, bagi tahun 2012, sebanyak 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja, Klang.

“Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju,” katanya.

Misalnya, katanya, satu unit apartmen dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Putrajaya dijual pada harga RM150,000 berbanding harga pasaran RM220,000.

Najib berkata, kerajaan juga akan memberi pengecualian sepenuhnya duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah program itu.

Kosmo online
talking me they would have to shape it back in very little optical and I think it back in dry skin I rolled my face and easier to apply the neckline or starts to remove the perfect color If you tilt your jaw The resin used to create this video
We love this facial rolling machine at this facial roller will only produce certain colours The crystals
A There are lots of foam rolling machine at this is a protective coat the photo
After a more compliments on the tube called a small list of compliments on your shimmery eye shadow with a small list of application For best results were no scientific studies done on this method especially rose quartz roller used to obtain a washcloth to your jawline to its

Harga rumah melambung tinggi di Lembah Kelang

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Harga rumah yang melambung tinggi sehingga melebihi setengah juta ringgit dilihat seakan fenomena biasa di sekitar Lembah Klang.

Jika 10 tahun lepas, rumah teres dua tingkat boleh dibeli dengan harga sekitar RM200,000 untuk kawasan-kawasan di pinggir bandar Kuala Lumpur, kini ia seumpama mimpi.

Harga rumah didapati terus meningkat dengan pantasnya sehingga mencecah angka yang sudah tentu tidak mampu dicapai oleh kebanya kan bakal pembeli yang berpendapatan sederhana terutama golongan muda.

Apakah sebabnya? Adakah ini menunjukkan penduduk di Lembah Klang telah meningkat pendapatan mereka atau ada pihak yang ingin mengaut keuntungan cepat?

Antara kaedah yang digunakan untuk memastikan harga rumah naik dengan cepat ialah menggunakan taktik menyimpan unit tertentu sebelum projek perumahan dilancarkan secara rasmi.

Usaha itu mencapai kejayaan berdasarkan kerjasama yang baik antara pemaju dan spekulator untuk melonjakkan harga pasaran.

Mengikut ‘peraturan’ tersebut, jika mahu mendapatkan pilihan terbaik, pembeli terpaksa akur dengan harga yang ditawarkan biarpun pada kadar lebih tinggi.

Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini

Sumber: Utusan Online